Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 27 Mac 2017

4,000 Kakitangan KTMB Yang Terjejas Dengan RNAA Tidak Akan Dibuang Kata Menteri Namun Kenyataan Menteri Di Parlimen Berbeza Pula..

Hari ini Kementerian Pengangkutan telah mengeluarkan satu kenyataan media. 

Kenyataan media yang diterima oleh pihak kami itu menyatakan bahawa dakwaan 4,000 kakitangan KTMB yang berisiko kehilangan pekerjaan akibat usahasama KTMB dengan Railway Network Access Agreement (RNAA) adalah tidak benar.

Kenyataan media yang dikeluarkan oleh Datuk Aziz Ab Kaprawi, Timbalan Menteri Pengangkutan itu juga menafikan harga tiket dan lain-lain perkhidmatan di bawah KTMB akan meningkat berikutan perjanjian usahasama tersebut.



Menurut Timbalan Menteri itu, kesemua kakitangan KTMB yang terlibat dalam RNAA akan diserap masuk ke dalam anak syarikat milik KTMB. Gaji, faedah dan apa-apa kelebihan yang diterima oleh kakitangan yang terlibat dalam pertukaran itu juga tidak akan berkurangan jamin kementerian tersebut.

Tuduhan yang mendakwa RNAA akan meningkatkan amalan kronisme dan ketirisan dalam KTMB juga adalah tidak betul, katanya dalam kenyataan itu.

Bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Aziz Kaprawi agak sedikit berbeza nadanya ketika berucap di Parlimen pada 16 Mac 2017 yang lepas.

Dalam Hansard Parlimen itu, Datuk Aziz menyatakan kerajaan sedang merancang menubuhkan syarikat-syarikat subsidiari yang akan mengambilalih perkhidmatan penyelenggaraan dan aset-aset infrasktuktur dan stok kereta api. 

Syarikat-syarikat baru itu juga akan mempertimbangkan untuk menyerap masuk 4,000 kakitangan KTMB yang terjejas dengan RNAA namun ianya tertakluk kepada syarat dan terma-terma yang tertentu.

Jawapan yang dibacakan oleh Datuk Aziz Kaprawi itu adalah bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kota Bharu, Dato Takiyuddin Bin Hassan yang mewakili PAS. 

Berikut adalah petikan jawapan oleh Datuk Aziz Kaprawi berhubung isu yang menjadi polemik.




Ruang yang ditandakan menunjukkan bahawanya kementerian;

1. Terdapat syarat, terma tertentu yang perlu dipersetujui bagi kedua-dua belah pihak bagi tujuan serapan semula sedangkan dalam kenyataan media yang terbaru menteri berkata segala yang berkaitan gaji, faedah dan lain-lain kelebihan akan dikekalkan. Yang mana satu yang patut diterima sebagai benar - agaknya? Apa agaknya syarat dan terma yang dimaksudkan oleh menteri ya?

2. Perkataan 'mempertimbangkan' digunakan oleh menteri ketika membahaskan isu masa depan pekerja di mana ia membayangkan boleh jadi kerajaan tidak akan menyerap semula semua kakitangan yang terjejas dengan RNAA.

Malahan tinjauan kami di laman sosial mendapati sebilangan kakitangan KTMB merasa gelisah dengan sikap flip flop kementerian dan berharap kementerian dapat mengeluarkan satu jaminan yang lebih kukuh, bukan sekadar kenyataan media bahawanya kesemua kakitangan KTMB akan diserap semula ke dalam syarikat yang baru dengan tangga gaji, faedah dan kelebihan yang sama. 

Ini perlu supaya nasib pekerja-pekerja KTMB tidak akan menjadi seperti nasib sebilangan kakitangan MAS Berhad yang mana ada di antara mereka yang diberhentikan tanpa sebarang persediaan dari segi masa mahupun peluang untuk membuat rayuan ketika proses penjenamaan semula MAS berikutan kerugian syarikat yang teruk terutamanya sejak kehilangan MH370.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...