Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 23 Februari 2017

Tak Perlu Pertikaikan Kekayaan Orang Lain Tapi Bila Dah Kaya Sangat Usahlah Minta Derma Lagi Kata RORA.

"Saya fikir tidak perlu kita pertikaikan kekayaan orang yang diberi rezeki lebih dari kita. Ia adalah kelebihan untuk beliau".

"Cuma bila beliau kata dah boleh kapal terbang dan lori itu bagi saya sangat bagus. Tidak perlu lagi digerakkan tabung tin milo untuk kumpulannya lagi. Pelajar agama luar negara yang susah juga boleh buat proposal untuk minta bantuan dari beliau", demikian status Ustaz Rozaimi yang dipetik dari fb rasminya.

Walaupun secara halus dan tidak menyebut nama, semua pihak rasanya maklum bahawa sindiran yang ditulis oleh Ustaz Rozaimi, pakar hadis itu merujuk kepada Datuk Ustaz Khairuddin At-Takiri, Ahli Parlimen PAS di Kuala Nerus yang juga merupakan salah seorang AJK dalam Dewan Ulama PAS Pusat.


Ini berikutan kontroversi yang dihadapi oleh ustaz PAS itu apabila isteri kedua beliau berkongsikan satu gambar kereta Audi Q7 yang dihadiahkan kepadanya di media sosial. Netizens lantas 'tangkaplayar' post tersebut dan ianya menjadi tular sehingga Ustaz Khairuddin dikecam bertubi-tubi di media sosial sejak dua hari lepas.

Troll Oleh Tentera Troll Kebangsaan Malaysia
Melihatkan kecaman itu semakin memuncak, Ustaz Khairuddin akhirnya menjawab kepada kritikan tersebut. Menurut Ustaz Khairuddin, ianya tidak menjadi masalah jika beliau membeli Audi kerana beliau ada hak untuk berbuat demikian. Malahan jika beliau mahu membeli lori dan kapal terbang sekalipun, ianya bukan urusan mereka (netizens).

Jawapan itu bukan sahaja tidak meredakan kritikan masyarakat malahan ianya semakin bertambah apabila semakin banyak pihak yang tampil mempertikaikan Ustaz Khairuddin kerana bersikap riak dan berlagak. Ada juga yang mempersoalkan PAS tidak sepatutnya meminta derma memandangkan pemimpin-pemimpin PAS kini hidup kaya-raya dan memiliki rangkaian kereta mewah.

Status-status lama Ustaz Khairuddin diselongkar dan dipertikaikan netizens apabila post-post meminta derma diperlekehkan umum. Malahan video-video ceramah nya juga turut menjadi bahan gelak-tawa di laman sosial kerana pandai menasihatkan orang lain untuk sabar bila menghadapi dugaan namun dirinya sendiri gagal menguruskan kritikan umum apabila memberikan jawapan seakan-akan berlagak di pandangan masyarakat.

Troll Oleh Tentera Troll Kebangsaan Malaysia
Ustaz Khairuddin turut dipertikaikan kerana gagal membayar saman yang menimbun tetapi dalam waktu yang sama sibuk meningkatkan jumlah denda wang dalam usul pindaan #RUU355. Lebih banyak hal peribadinya diselongkar netizens dan menjadi bahan kritikan di media sosial.

Oleh kerana selama ini pembangkang seringkali menjadikan gaya hidup mewah pemimpin BN sebagai modal kritikan maka kami tidak nampak kenapa keadaan yang sama berbalik ke atas pembangkang. 

Sebelum ini, Ustaz Nasruddin, Ustaz Zaharuddin, Azmin Ali, Lim Guan Eng, Adam Rosly, Hilman, Zuraidah Kamaruddin turut menerima kecaman yang sama berhubung isu gaya hidup mewah mereka di kala rakyat bergelut dengan kesusahan hidup pemimpin parti sibuk mengumpulkan harta kekayaan kata netizens lagi.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...