Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 22 Februari 2017

Dikritik Dalam Isu Audi Q7 - Ini Jawapan Ahli Parlimen PAS Kepada Pengkritik.

“Saya ada hak beli apa yang saya mahu". 

“Saya boleh beli lori atau kapal terbang, ini bukan urusan mereka,” , demikian respon Anggota parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Khairuddin Aman Razali kepada netizens yang mengkritik isu pembelian Audi Q7, lapor portal The Star Online.


Sejak beberapa hari lepas, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali telah dikritik oleh netizens dalam insiden pembelian Audi Q7. 

Semua ini bermula apabila, isteri kedua beliau telah memuatnaik satu gambar kereta baru yang kononnya dihadiahkan oleh Dr Khairuddin Aman Razali, dan posting itu dikecam kerana sikap isteri yang terlalu memaparkan amalan gaya hidup mewah dikala PAS seringkali dikaitkan dengan parti kutip derma.

Sungguhpun dikecam hebat, pengikut PAS mempertahankan kritikan ke atas Ustaz Khairuddin Aman Razali atas alasan isteri kepada Ustaz Khairuddin Aman Razali sebenarnya kaya kerana mempunyai rangkaian perniagaan kosmetik yang berjaya. 

Hasil semakan kami, perniagaan kosmetik yang dimiliki oleh isteri kepada Ahli Parlimen Kuala Nerus itu sememangnya berjaya dan agak terkenal di seluruh negara. Oleh itu tidak aneh jika mereka mampu memiliki beberapa jenis kenderaan mewah.

Sebelum ini, ustaz turut menjawab kritikan tentang pembelian tersebut di fbnya, dan berikut dibawah adalah jawapan tersebut.
 
Oleh : Ustaz Dr. Khairuddin At-Takiri 

Tidak pernah lagi sepanjang duk mengaji, guru saya ajar zuhud itu maksudnya kena jadi miskin, nampak lekeh dan 'dok rok cettong'. 

Yang saya belajar zuhud maksudnya 'tidak merasa hairan, takjub, tidak membesarkan soal dunia'. Maksudnya tiada apa dalam dunia boleh menghalang urusan kewajipannya terhadap Allah. 

Kerana itu walaupun Nabi Sulaiman a.s kaya raya dgn mahligai istana yg sehingga terpegun Puteri Balkis melihatnya, atau Nabi Daud a. s yg menjadi raja kepada bani Israel, mereka juga terkenal sangat zuhud. Kepada yg biasa ke pameran tamaddun Islam, selalu dipamerkan pedang pedang milik pahlawan2 Islam yg terkemuka. 

Perhatikan. Ia bukan jenis yg murah. Hayati pelbagai riwayat tentang kenderaan, kuda kuda milik para pahlawan yg berjuang di medan jihad. Bukan sebarang kuda. Dari jenis baka terbaik. 

Sebagai seorang Islam, saya lebih cenderung menggalakkan umat supaya menjadi orang orang yg berjaya dalam hidup. Jadi profesional yg berjaya. Usahawan dan pedagang. Kontraktor2 yg paling sukses. Tampilkan Islam dengan penampilan yg kuat, gagah, berpengaruh. 

Tunjukkan walau berjuang Islam, tak perlu terikut buat kerja haram, Allah tetap bagi rezeki. Beri gambaran kepada semua yg belum Islam, atau yg sudah Islam tapi belum menghayati hidup secara Islam, bahawa Islam bukan maksudnya hidup susah. 

Waliyullah Sheikh Abd Qadir Jailani didatangi seorang kafir yg hidup melarat yg merasa keliru bila melihat beliau hidup senang, tidak susah dikelilingi begitu ramai pengikut. Si kafir bertanya, bukankah Nabi Muhammad s.a.w bersabda bahawa Dunia adalah Neraka untuk orang mukmin dan syurga untuk orang kafir? 

Lalu bagaimana pula Tuan Sheikh, seorang Islam, mukmin boleh hidup senang sedang aku yg kafir sedang hidup melarat? 

Lalu Sheikh Abd Qadir Jailani suruh sikafir melihat ke dalam lengan jubah sebelah kanannya untuk melihat kehidupannya (orang mukmin) di syurga. Maka tercengang sikafir itu melihat nikmat hidup disyurga yg seolah kesenangan di dunia ini tidak bernilai sedikitpun. Kemudian disuruh melihat ke dalam lengan jubah sebelah kirinya. 

Nah lihatlah hidup seorang kafir diakhirat. Maka diperlihat oleh Allah SWT azab siksa yg tidak terperinya yg perlu dilalui selama lamanya oleh orang yg kafir di neraka sehingga kesakitan dan kesusahan hidup di dunia ini sebenarnya satu keringanan yg besar bagaikan satu nikmat pula. Sekarang fahamkah kamu mengapa dunia ini neraka bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir? 

Jika benar menjadi miskin itu lebih diutamakan oleh Islam, Nabi s.a.w tidak akan bersabda yg maksudnya "hampir hampir sahaja kemiskinan itu membawa kekufuran". Dan begitu Nabi s.a.w bersabda "Tangan yg di atas (yg memberi) lebih baik dari tangan yg di bawah (yg menerima/meminta minta". 

Moga ditanamkan kefahaman yg betul supaya umat Islam berusaha gigih menguasai dunia ini kerana rosaknya dunia bila yg menguasai dan menjadi khalifah adalah yg tidak beriman. 

Islam adalah agama kejayaan. Dunia dan akhirat. Jangan dibuat sehingga Islam dilihat utk mereka yg gagal, malas dan tidak mahu memajukan diri dan negara.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...