Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 3 Februari 2017

Bloggers UMNO Makin Gila : Najib Pemimpin Muslim No 2 Paling Berpengaruh Di Dunia? Karutlah Wei - Lihat Bukti Ini!

KAHKAHKAHKAHKAH
KAHKAHKAHKAHKAHKAH

Guling-guling aku gelak tadi. Kebetulannya je pun nampak penyebaran puak-puak neh. Kes nak siasat betul ke pemimpin DAP cadang solat Jumaat diadakan pada hari ahad. Puak-puak neh tengah bising isu tu time godek-godek info nampak dorang sebarkan link blog dan video yang mengatakan Najib telah mendapat pengiktirafan sebagai PEMIMPIN MUSLIM PALING BERPENGARUH DI DUNIA. NAJIB BERADA DI POSISI NO DUA KOT.

Aku macam, seriously, Najib? Pengaruh apekemendanya kau? Yang aku tahu satu dunia kenal Malaysia dan piem Malaysia sebab skandal 1MDB. Maksudnya, kot-kot sapa yang tak kenal bumi Malaysia neh kat ceruk mana, kau sebut je la 1MDB. Sah-sah dia ingat. Atau kau sebut MH370. Seriyus. Aku cakap cukup dua isu neh. Satu dunia buka mata kenal negara kau. MH370 takpe la. Bukan kita kecam kerajaan. Ia tragedi. Nahas. Kedukaan. 

Tapi 1MDB? Ye, ye negara lain pun bersepah skandal korup kan? So, nak bangga eh? Maksud aku, alangkah bagusnya kalau Malaysia dikenali kerana kecemerlangannya bukan kerana isu-isu bangang macam 1MDB tu. Takpe abaikan. Bukan nak mengumpat isu 1MDB pun.

Then aku godek-godek la blog post dorang. Khusyuk aku baca. Dorang buat versi English dan versi Melayu. Video pun ada. Tapi sumber pengiktirafan tu takde. Sapa yang iktirafkan Najib kat posisi nombor dua neh? Siapa? Takan nak kredit kat bloggers UMNO kot? Bloggers UMNO kalau boleh nak letakkan Najib no 1 tapi nak bagi nampak macam penyebaran dorang tu sahih, dorang letakkan la Najib di tempat no dua. Ini je aku fikir sekarang. 

Lepas tu aku pergi search google. Search punya search, hanya naik link blog depa je. Sah-sah puak neh buat kerja mengarut. Adoiyai. Najib sedar ke tak sedar neh? Bayar bulan-bulan buat kerja bangang perjatuhkan Najib je. Kakakaka.

Yang aku dapat link wiki (refer sini). 500 muslims berpengaruh di dunia ada la. Untuk tahun 2016 dan 2017 mana ada nama Najib tersenarai dalam top ten pun. Ini kau kata no 2? Jangan buat citer syok sendiri la setannn.

Yang kelakar tu. Dalam dorang dok viralkan post tu, haram orang nak share. Jadi bahan ejekan lagi la ada. Ada la satu dua kerat yang bengap pergi share.


Btw, kalau korang tengok list kat sini (top 50), nama Najib langsung tak tersenarai pun. Even dalam top 50. Nak berangan masuk top ten konon. Kakakaka. Nama Jokowi adalah no 13. Yang dari Senegal, Nigeria, Morroco pun ada. Tapi Malaysia sorang pun tak tersenarai. Perasan betul puak2 sebelah sana neh.

Aku bukan apa. Isu neh simple je. Aku cuma taknak yang sebar dan share benda karut-marut neh terjerat dengan permainan pihak sebelah sana. Korang neh pun. Kot ye pun nak kempen PRU ke 14. Jangan la sampai buat citer tak masuk akal. Najib pemimpin muslim berpengaruh no dua? Dalam mimpi pun mustahil beb. Kakakakaka. 

Cuba kalau kita pula sebarkan benda sama. Mao dipanggil polis laju-laju. Kakakaka.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...