Jumaat, 6 Januari 2017

Salasiah Chin Peng Dan Kaitannya Dengan DAP - Kenali Idelogi Komunisme Dan Kapitalisme.

Siapakah sebenarnya Chin Peng?

Chin Peng dilahirkan pada 21 Oktober 1924, nama samaran Ong Boon Hwa, ketua Parti Komunis Malaya. Chin Peng bukannya berasal dari China sebagaimana sangkaan ramai. Chin Peng dilahirkan di sebuah kedai kecil dua tingkat menjual basikal, di No. 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan yang terletaknya 50 kilometer dari barat daya bandar Ipoh, Perak. 

Beliau merupakan anak kedua daripada enam beradik yang hidup dalam kemiskinan. Ayahnya datang dari negara China dan kecewa akibat kemelesetan ekonomi 1930. 

Buku memoirnya bertajuk "Chin Peng: Sejarah dari belah saya" (Chin Peng: My Side of history) diterbitkan di Singapura.


Chin Peng ada kaitan dengan DAP atau tidak?

Tidak. Chin Peng beridelogi komunisme. Manakala DAP beridelogi kapitalisma. Chin Peng mula terpengaruh dengan idelogi komunisma ketika di alam remaja. Chin Peng membaca karya Mao Tze Tung yang menulis On Protected War dan sejak itu dia mula mendalami idelogi tersebut dan seterusnya aktif dalam pergerakan komunis menentang penjajah. Pada awalnya Chin Peng sebenar berkecederungan nasionalisma sebelum karya Mao mengubah pemikirannya.

Apa itu idelogi komunisme?

Komunisme adalah ideologi politik dan struktur sosio ekonomi yang menggalakkan penubuhan masyarakat yang egalitarian, tanpa kelas, dan tanpa negara berdasarkan pemilikan dan kawalan sama ke atas faktor pengeluaran dan harta secara umumnya.

"Komunisme tulen" menurut Marx merujuk kepada masyarakat tanpa kelas, tanpa negara dan bebas penindasan di mana keputusan tentang pengeluaran dan dasar yang dibuat secara demokratik bermakna membenarkan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan dari segi ekonomi, politik dan sosial.

Komunisme cuba untuk memberi satu alternatif kepada masalah dalam ekonomi pasaran kapitalisme dan warisan penjajahan dan nasionalisme. Marx menyatakan hanya satu jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah ini adalah bagi golongan pekerja (proletariat), yang menurut Marx adalah pengeluar utama kekayaan dalam masyarakat yang dieksploitasi oleh kelas kapitalis (borjuis), menolak golongan borjuis ini daripada kelas pemerintah bagi menubuhkan masyarakat bebas tanpa pembahagian kelas dan kaum. (Komunis - Suatu pengenalan ringkas)

Apa pula maksudnya idelogi kapitalisme?

Kapitalisme merupakan sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan bermatlamatkan keuntungan. Takrif individu di sini tidak semestinya merujuk kepada orang perseorangan tetapi juga termasuk sekumpulan individu seperti syarikat. 


Sistem ekonomi kapitalis digerakkan oleh kuasa pasaran dalam menentukan pengeluaran, kos, penetapan harga barang dan perkhidmatan, pelaburan dan pendapatan. Pengkritik sistem kapitalis berpendapat sistem ini mewujudkan jurang perbezaan yang ketara antara yang kaya dengan yang miskin. Sistem yang bertentangan dengan ideologi ini ialah komunisme dan sosialisme. 

Kapitalisme berasal dari perkataan kapital (bahasa Inggeris: capital) yang bermaksud "modal". Istilah kapitalisme mula diperkenalkan pada pertengahan abad ke-19 oleh Karl Marx, pengasas komunisme. Pasaran bebas dan sistem pasaran adalah antara istilah yang sering bertukar ganti dengan kapitalisme untuk menerangkan ekonomi moden bukan komunis. Amalan ekonomi kapitalis mengukuh di England di antara kurun ke-16 Masehi dan ke-19 Masehi. 

Walaubagaimanapun telah wujud ciri-ciri kapitalis sejak dulu lagi terutamanya di kalangan saudagar Zaman Pertengahan.[1] Kapitalisme menjadi dominan di Barat semenjak berakhirnya era Feudalisme.[1] Dari England, kapitalisme merebak ke seluruh Eropah dan pada abad ke-19 dan 20, dan menjadi sistem ekonomi utama dunia yang menggerakkan era perindustrian.[2] (Wikipedia - Apa itu kapitalisma

Chin Peng dan Lim Kit Siang bersaudara?

Tidak. Lim Kit Siang lahir pada 20 Februari 1941 di Batu Pahat. Lim Kit Siang berketurunan (etnik) hokkien manakala Chin Peng ialah dari etnik Hockchia. Chin Peng orang Perak berasal dari Sitiawan dan sama sekali tiada pertalian kekeluarga dengan Lim Kit Siang.

Perkara ini mula disebarkan secara berperingkat oleh beberapa bloggers UMNO bagi memberikan gambaran bahawanya Lim Kit Siang = Chin Peng = bersaudara dan dengan menggunakan DAP = Kit Siang dan Guan Eng akan mewujudkan semula aliran komunisme.

Seperti dimaklumkan awal, DAP TIDAK MEMBAWA IDELOGI KOMUNISMA.

Tiada mana-mana parti di Malaysia ketika ini sedang membawa idelogi komunisma. PSM membawa idelogi SOSIALISMA manakala PKR, PAS, DAP, BN, AMANAH membawa idelogi KAPITALISMA yang bercampur-aduk dengan acuan liberalisma dan Islam.

Jadi, DAP bukan pro komunis?

Ya, mereka bukan sahaja tidak pro kepada komunisma bahkan idelogi parti mereka bertentangan dengan komunisma. DAP juga bukan parti pro SOSIALISMA.

Komunis menghakmilikan semua aset ialah aset kerajaan. Semua rakyat perlu mendapat hak sama rata samada mereka berusaha atau tidak, semua perlu diberikan nilai yang serupa. Tidak ada konsep miskin kaya dalam komunisma.

Kapitalisma membenarkan pemilikan peribadi.
DAP membenarkan pemilikan peribadi contohnya seperti projek perumahan, penjualan tanah etc. Ada miskin kaya dan mengalakkan persaingan, pasaran bebas dan kurangkan campurtangan kerajaan ke atas pemilikan swasta.

Tapi kenapa ada orang kaitkan DAP dengan komunis?

Pertama. Sebab orang tu bodoh. Tak membaca dan tak memahami konsep kapitalisma dan komunisma.

Kedua. Sebab nak menakutkan masyarakat terutamanya kaum melayu. Kaum melayu di Malaysia telah dilatih anti komunis bukannya anti kepada sikap atau keputusan yang salah. 

Ketiga. Atas tujuan politik dan perebutan kuasa.

Ringkasnya, idelogi ekonomi DAP dan BN ialah sama. Mereka tidak berbeza dari segi idelogisma ekonomi walaupun tidak dapat dinafikan mereka mungkin menggunakan pendekatan yang berbeza.

Faktanya, keluarga Lim Kit Siang tidak bersaudara dengan Chin Peng. Nizar Jamaluddin juga tiada kaitan dengan Chin Peng dan Lim Kit Siang. 

Mohon sebarkan tulisan ini kepada geng-geng UMNO dengan ucapan lainkali baca, semak, faham dan baru sebar. 

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...