Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 5 Januari 2017

RPK Dedahkan Skandal XXX Datok Bahri Pula..

Datuk Bahri sekarang menjadi musuh no 1 kerajaan. Dari dituduh sebagai agent DAP membawa kepada skandal seks. Tu baru 2 hari Datuk Bahri buat pendedahan. Selain Datuk Bahri, dorang serang juga isteri dia beb.

Refer gambar jap ;


Dan RPK pula menerusi portalnya menulis dengan membayangkan Datok Bahri sepertinya seseorang yang tidak layak bercakap tentang intergriti kerana pernah terkait skandal hubungan sulit.. pelik kan? Asal lawan Najib semua ada skandal xxx. Korang baca sendiri hujah dorang nak mencalarkan reputasi Datok Bahri. Dari skandal seks sampai kepada isu kerugian forex. Semuanya dia pula yang bersalah secara tiba-tiba.

Dorang lupa kot Datok Bahri bukan terus-terus naik jadi pegawai kanan SPRM. So macam bangang juga nak salahkan Datuk Bahri dalam skandal forex dan kerugian MAS yang berlaku sejak 10 - 12 tahun lepas. Datok Bahri bercakap tentang isu SRC dan 2.6b sebab memang SPRM diberikan akses menyiasat kes berkenaan.


Memang ada banyak skandal penyelewengan di Malaysia tapi tak bermakna semuanya SPRM dibenarkan untuk siasat. Ini taktik nak selamatkan Najib pukul curi Mahathir lepas tu kita pun jadi lemah semangat nak melawan sebab dah dedua pun nampak macam serupa je.

Seperti dilaporkan oleh MalaysiaToday.

Saya rasa Tian Chua, Rafizi Ramli dan Tony Pua telah “lost track” pelan perancangan mereka, dan mungkin juga mereka telah kehilangan fokus pada misi utama mereka. Dan kenyataan Rafizi di bawah – ditambah dengan kenyataan oleh Tian Chua dan Tony Pua sejak beberapa hari lalu – memberi gambaran bahawa mereka tidak benar-benar memahami apa yang sedang berlaku lagi. 

Apa yang Rafizi katakan (lihat di bawah) hanya lah mengesahkan bahawa Bahri Mohamad Zin adalah agen DAP di SPRM. “Jika mereka menjatuhkan pegawai bermoral seperti Bahri untuk menyelamatkan kredibiliti Najib, ianya merupakan satu strategi yang tidak baik kerana ia akan memakan diri pula,” kata Rafizi.

Apakah yang Rafizi maksudkan dengan bermoral? Adakah Rafizi berkata bahawa Bahri bukan pegawai kanan SPRM yang mempunyai hubungan sulit dengan kakitangannya, seorang wanita yang sudah berkahwin, di pejabat? Jika ianya bukan Bahri maka siapakah pegawai tersebut? Dan jika Bahri tidak mendedahkan siapakah pegawai itu bagaimana mungkin beliau seorang yang bermoral dengan menutup jenayah? Dan jika pegawai tersebut adalah Bahri maka bagaimana mungkin beliau boleh menjadi bermoral?

Oleh yang demikian Rafizi, Jika pegawai tersebut bukan Bahri maka perjelaskanlah dan beritahu kami siapa pegawai tersebut memandangkan berjuta-juta rakyat Malaysia sedang tertunggu-tunggu nama pegawai kanan SPRM yang mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang di atas meja pejabatnya. 

Adakah Rafizi juga berkata bahawa Bahri tidak terlibat dalam menutup pembunuhan Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani Mohamed? Sekarang, ingat, Pakatan Rakyat yang mengatakan bahawa Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani Mohamed telah dibunuh. Dan Pakatan Rakyat pernah berkata bahawa SPRM telah menutup pembunuhan ini. 

Jadi, mereka telah dibunuh dan SPRM menutup kes pembunuhan itu. Mungkin ini bermaksud bahawa ada orang yang sangat kanan dalam SPRM terlibat dalam pembunuhan atau terlibat dalam menutup pembunuhan ini. Dan Bahri adalah pegawai yang sangat kanan dalam SPRM. 

Jadi, sama ada Bahri terlibat dalam pembunuhan atau terlibat dalam menutup kes pembunuhan itu. Dan jika dia tidak terlibat dalam pembunuhan atau menutup pembunuhan, memandangkan dia sangat kanan dalam SPRM, maka beliau akan tahu siapa yang terlibat. 

Oleh itu, bagaimana pula Bahri boleh menjadi pegawai SPRM yang bermoral? Mungkinkah seorang pegawai SPRM yang sangat bermoral menutup dua pembunuhan? Seorang pegawai SPRM yang bermoral akan mendedahkan penjenayah dan memastikan mereka dipenjarakan. Seorang pegawai SPRM yang bermoral tidak akan membantu pembunuh terlepas daripada hukuman. 

Dan bagaimana pula dengan kes Rosli Dahlan dan Ramli Yusuff? Apakah Bahri yang bermoral bersedia untuk mengaku bahawa SPRM, Peguam Negara dan Ketua Polis Negara terlibat dalam kes Rosli Dahlan dan Ramli Yusuff? Dan adakah Bahri yang bermoral bersedia untuk mendedahkan bahawa Rosli Dahlan dan Ramli Yusuff telah dibunuh kerana mereka mahu untuk menutup fakta bahawa syarikat penerbangan nasional, MAS, hilang RM8 bilion untuk menampung RM30 bilion kerugian Forex dan juga untuk menutup fakta bahawa KPN mempunyai hubungan dengan kongsi gelap Cina, perjudian, pelacuran, dadah dan sindiket Ah Long? 

Ya, Rafizi, kita memerlukan Bahri yang bermoral untuk menyatakan kebenaran dan mendedahkan fakta-fakta tentang semua jenayah-jenayah ini. Dia tidak boleh menjadi bermoral jika dia hanya cuba untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi menutup semua jenayah lain yang lebih serius. 

Tuduhan jenayah yang melibatkan RM2.6 bilion adalah masalah besar untuk anda. RM8 bilion MAS dan RM30 bilion kerugian Forex (yang digabungkan bernilai RM70 bilion hari ini) bukan pula masalah besar. Dan ia menjadikan Bahri seseorang yang bermoral. 

Biar saya terangkan perkara ini dengan lebih jelas. Bahri seorang yang sangat bermoral kerana dia cuba untuk menjatuhkan Perdana Menteri. Dia tidak perlu mendedahkan pembunuhan Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani Mohamed atau fakta-fakta di sebalik kes Rosli Dahlan dan Ramli Yusuff kerana ianya tidak melibatkan proses untuk menjatuhkan Perdana Menteri. 

Jadi, jika dia berdiam diri mengenai pembunuhan Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani Mohamed, atau fakta-fakta di sebalik kes Rosli Dahlan dan Ramli Yusuff, ianya tidak menjadikan Bahri kurang bermoral selagi dia memberi tumpuan kepada menjatuhkan Perdana Menteri. 

Ya, ini adalah Rafizi yang merancang Langkah Kajang tetapi menafikan bahawa Langkah Kajang itu bertujuan menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Dan ini adalah Rafizi yang berkata bahawa Khalid perlu diganti kerana beliau rasuah dan kemudian Saifuddin Nasution terpaksa memohon maaf secara terbuka kepada Khalid untuk semua tuduhan palsu yang dibuat terhadapnya. 

Lebih baik Rafizi tutup mulut sebelum saya buat sesuatu. Saya sangat malu kerana pernah menganggap beliau sebagai seorang pemimpin akan datang. Beliau adalah salah satu sebab saya berpaling menentang Pakatan Rakyat. Rafizi telah membuktikan bahawa beliau hanyalah “pariah” politik. Adakah ini pelajar terbaik yang MCKK keluarkan? Memalukan! 

*****************************************
Rafizi mempertahankan agen DAP dalam SPRM 

(Malaysiakini) – Serangan terhadap Pengarah Khas Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Bahri Mohd Zin boleh memakan diri, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli beri amaran. 

Beliau berkata terdapat pelbagai serangan terhadap Bahri baru-baru ini oleh mesin propaganda Umno, seperti portal MyKMU, dalam usaha untuk menjatuhkan pegawai kanan SPRM. 

“Jelas sekali terdapat percubaan untuk menakut-nakutkan Bahri dan pemimpin SPRM lain. Ini adalah modus operandi biasa alat-alat propaganda. 

“Ia sering melibatkan cerita yang direka untuk menjatuhkan sesiapa sahaja yang mereka anggap sebagai ancaman,” katanya kepada Malaysiakini hari ini. 

Ahli-ahli politik adalah tokoh masyarakat, maka ianya boleh diterima apabila mereka menjadi perhatian masyarakat, beliau berkata, tetapi ianya amat membimbangkan apabila serangan kini tertumpu kepada Bahri. 

“Ancaman terhadap pegawai-pegawai kanan awam seperti Bahri jelas satu usaha untuk campur tangan dalam pentadbiran keadilan,” katanya. 

Ia juga adalah satu percubaan awal untuk menjatuhkan apa sahaja atau tindakan yang diambil oleh Bahri dan SPRM terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, berhubung dengan isu 1MDB. 

Rafizi menasihatkan alat-alat propaganda bahawa “tidak ada jumlah spin” boleh memperbetulkan kredibiliti Najib; orang ramai tidak boleh menerima justifikasi yang diberikan dengan menutup kes terhadap Perdana Menteri. 

“Lebih buruk lagi, jika mereka masih cuba menjatuhkan pegawai bermoral seperti Bahri untuk menyelamatkan kredibiliti Najib, iaitu strategi yang tidak baik kerana ia akan memakan diri mereka sendiri,” katanya.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...