Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 2 Januari 2017

Pelik Tapi Benar, Kerana Serbu Pusat Judi, Jamal Samseng Dipuji & Disokong Ramai Netizens.

Aku pernah cakap dulu. Jangan underestimate modus operandi Jamal. Gila dia bukan sebarang gila. Gila dia berjaya memperbodohkan EXCO negeri Selangor.

Sebelum ini kita dikejutkan dengan aksi Jamal yang berjubah dan kopiah untuk serbu beberapa pusat judi haram di sekitar Selangor.

Sebenarnya isu perjudian di Selangor bukan isu baru. Aku sejujurnya tiada fakta kes tentang ini tetapi hasil kaji selidik dengan beberapa rakan yang menetap di Selangor, mereka ada maklumkan kegiatan judi haram semakin bertambah dan pegawai penguatkuasa seolah-olah tidak mampu berbuat apa-apa.

Pandangan beberapa orang memang tak boleh dijadikan asas untuk menuduh kegiatan perjudian haram di Selangor semakin menambah tetapi selepas Jamal menyerbu beberapa pusat judi haram di sekitar Selangor, beberapa portal telah melaporkan hal tersebut dan aku membaca komen-komen netizens yang meluahkan perasaan. Aku dapati perjudian haram di Selangor sedikit sebanyak memang mengusarkan perasaan penduduk Selangor.

Dan apa yang paling penting ialah bagaimana sentimen netizens itu berubah dari mengejek, mengkritik dan marah bertukar kepada menyokong, memuji dan bersetuju dengan tindakan Jamal.

Ini apa yang aku berjaya screenshot pada beberapa hari yang lepas.







Sebenarnya Jamal bermain politik. Inila pandangan aku. Dia sedang mengumpul pengaruh disamping membentuk satu persepsi bahawanya perjudian haram di Selangor semakin bertambah semenjak Pakatan Rakyat memerintah Selangor.

Oleh kerana itu, pengundi seharusnya mula memikirkan untuk pangkah parti lain pada PRU ke 14 jika serius mahu menyelesaikan isu perjudian haram di Selangor.

Tetapi sayangnya bukan semua boleh kekal konsisten dan menolak BN untuk selama-lamanya. Lihat sahaja contoh respon-respon di atas. Ada yang merasa seronok dengan memikirkan Jamal sudah bertaubat. Bahkan ada yang sokong usaha Jamal dan mengkritik penguatkuasa sebagai lemah.

Nampak?

Jawapan oleh EXCO Selangor.

Kerajaan negeri Selangor tidak mempunyai kuasa untuk menutup atau menyita sebarang pusat perjudian kerana tanggungjawab mutlak untuk berbuat demikian terletak pada pasukan polis persekutuan, kata anggota Exco, Ean Yong Hian Wah.
Mengulas isu itu, Ean Yong mengingatkan Jamal bahawa kuasa untuk menyerbu atau memantau pusat perjudian adalah di tangan polis dan bukannya kerajaan negeri.
Oleh itu, beliau berkata Jamal tidak boleh melepaskan tanggungjawab berkenaan kepada kerajaan negeri.
"Saya gesa Jamal jangan bertindak tanpa mematuhi undang-undang.
"Jika beliau ada sebarang maklumat mengenai pusat judi haram, beliau perlu menyerahkannya kepada pihak polis," kata Ean Yong yang juga adalah ADUN Seri Kembangan pada sidang akhbar di Serdang hari ini. (rujukan)

Stastistik Pusat Judi Haram Di Selangor
Respon netizens

Netizens bukan sahaja tidak terbeli dengan alasan EXCO Selangor malahan menyifatkan jawapan itu sebagai tindakan lepas tangan.

Exco turut memberikan alasan mereka kekurangan kakitangan. Jika kurang kakitangan = tambahlah kakitangan.

Jika tidak boleh menyerbu, menyita, lakukanlah pemantauan dan berkerjasama dengan pihak polis.

Sebenarnya ada bermacam cara nak menyelesaikan isu berbangkit yang pasti jawapan EXCO terhadap tindakan Jamal dibaca sebagai alasan nak melepaskan diri dan mengalihkan kesalahan ke atas pihak lain. Jika yang memerintah pun tak dapat menyelesaikan masalah maka apa gunanya undi mereka untuk duduk di atas jawatan tersebut. Inila apa yang difikirkan oleh rata-rata rakyat Selangor.

Semoga kerajaan negeri Selangor jangan mengabaikan kritikan dan bersegera memikirkan penyelesaian konlusif bagi menyelesaikan masalah yang berbangkit.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...