Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 8 Januari 2017

Orang Miskin Beli Barang Tiada GST Kata KSU - Ini Jawapan Rakyat Malaysia Untuk Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar.

Pada 5 Jan 2017 lepas, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar dipetik sebagai berkata, orang miskin beli barang tidak dikenakan GST kerana mereka hanya membeli makanan (keperluan) asas yang mana barangan tersebut dikecualikan daripada GST (zero rated) dan rakyat tidak wajar memburukkan GST.


Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar juga berkata inflasi di Malaysia adalah antara yang paling rendah di Asia. Apa yang berlaku sekarang ialah persepsi masyarakat yang beranggapan ekonomi negara bermasalah sedangkan keadaan sebenar tidaklah seperti itu.

Dalam laporan Sinar TV, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar turut membandingkan harga petrol di UK dan harga petrol di Malaysia yang mana harga petrol di Malaysia adalah jauh lebih murah berbanding di UK.

"Masyarakat membeli di sana sini, mereka melancong, mereka keluar membeli", kata Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar bagi mengambarkan betapa bagusnya ekonomi negara.

Rujuk video di akhir artikel.

Betul ke orang miskin hanya membeli barangan keperluan asas yang zero rated? Kalau kita beli ayam nak masak kari tak perlu beli serbuk kari (barang diproses)? Kari buat sendiri eh? Asam jawa (barang diproses) pun buat sendiri eh? Tanam pokok dan proses asam jawa dan asam keping? Garam (barang diproses) dan ajinamoto (barang diproses) pun kita proses sendiri eh? Naik bukit untuk cari garam bukit, turun laut untuk cari garam laut? Macam tu ke orang miskin makan? Roti (diproses) pun kita buat sendiri eh? Beli tepung dan masak roti (orang miskin takde oven) kita guna cahaya matahari? Bakar guna dapur arang ke?

Cis. 

Zero rated untuk barangan asas yang non proses. Macam telur, ayam, ikan, daging. Nak masak nasi goreng = kita kena beli minyak masak (yang dah diproses berserta gst now takde subsidi) juga. Tang mana barangan keperluan asas takde GST? Ini la jadinya bila dia tak pernah ke dapur beli barangan dapur ataupun memasak di dapur. Satu lagi, jangan lupa kerajaan pernah nasihatkan kita beli barang perlu sahaja selepas GST dilaksanakan kerana GST mengajar rakyat jadi jimat cermat. 

Nah, tengok.


Eh, tapi KSU kata orang miskin beli barang takde GST pula? Takde GST sampai kerajaan kena nasihatkan rakyat beli barangan perlu sahaja eh? Akai. Akai. Masa neh aku nampak monyet pun lagi bijak dari korang neh.

Tambahan lagi. Makanan aje ke orang miskin perlu sebenarnya dalam hidup ini? Orang miskin tak perlu beli baju, barangan persekolahan, kasut, beg dan keperluan lain seperti telefon misalnya?


Bandingkan harga petrol di UK dan kalikan dengan 4? Bagaimana dengan gaji? Adakah seseorang yang berjawatan tinggi seperti Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar terlupa nak bandingkan kadar gaji di Malaysia juga?

Ekonomi negara tidak bermasalah? Ia hanyalah persepsi masyarakat yang diapi-apikan oleh sekumpulan kecik masyarakat? Oh ye ke?

Jadi kenapa kerajaan Najib potong subsidi sana sini, potong peruntukan itu ini dan meminta agensi kerajaan melakukan penjimatan bagi menanggani keadaan ekonomi yang sedikit merundum disebabkan kejatuhan harga minyak dunia? Najib juga terpengaruh dengan persepsi yang dimainkan oleh sekumpulan kecil manusia eh?

Cakap banyak takmao. Bacalah jawapan netizens sendiri dalam mengulas kenyataan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar yang juga ada kaitan dengan skandal 1MDB. Ia ada di page rasmi Sinar Harian. Komen dah dekat 2 ribu lebih. Rata-rata komen menunjukkan rasa marah, geram dan meluat dengan kenyataan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar!





Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...