Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 4 Januari 2017

Najib Berhak Bercuti Menggunakan Pesawat Rasmi Kata Menteri - Maka Sahla Rakyat Tanggung Percutian Najib Anak Beranak!

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed  berkata kepada pemberita; 



"Sebagai perdana menteri, beliau berhak untuk menggunakan pesawat itu,".
"Ya. Ya. Ya (Ramai yang tidak sedar) Pokoknya:... perdana menteri berhak menggunakan jet."
"Perdana menteri menggunakan jet itu untuk pergi bercuti. Ini adalah haknya.
"Sama ada ini adalah sensitif dari segi politik atau tidak, bagi saya itu isu yang berasingan. Tetapi beliau berhak untuk menggunakan jet itu sebagai perdana menteri," katanya seperti yang dipetik dari sumber Malaysiakini.
Ini bermaksud Nur Jazlan mengesahkan yang Najib berhak menggunakan pesawat rasmi kerajaan untuk bercuti atas nama Perdana Menteri dan membawa ahli keluarga bersama.
LAKONAN HEBAT ISMAIL SABRI. Buat-buat taktahu konon tentang penggunaan jet tersebut oleh Najib.
Semua perbelanjaan yang melibatkan penerbangan tersebut dari kakitangan kepada minyak dan caj di lapangan adalah dibawah tanggungan rakyat Malaysia. 
Di saat rakyat sedang berhadapan dengan masalah kos sara hidup Najib sepatutnya membantu mengurangkan beban rakyat dengan tidak menggunakan wang rakyat sesuka ahti tetapi malangnya dia slumber je gunakan wang rakyat untuk bercuti selama 2 minggu?
Pergi bercuti guna duit rakyat boleh, upgrade sekolah tak boleh? Bersepah sekolah teruk dan mundur di pendalaman perlu pembaikan tetapi Najib gunakan wang rakyat untuk bercuti? Hebat. Hebat. Ada menteri mempertahankan tindakan Najib. Memang wassatiyah pemimpin kat negara neh. Kita pula yang dipersalahkan sebab tak menyedari wujudnya peruntukan sedemikian ke atas Perdana Menteri.
Sebenarnya, seorang pemimpin yang baik jika wujud sekalipun peruntukan sedemikian dia takan tergamak nak guna kalau menyedari rakyatnya sedang kesusahan.
Tetapi lihatlah apa yang Najib anggap kita neh.
Dia buat bodoh jerk walaupun kita neh dah terhimpit dengan pelbagai jenis masalah termasuklah masalah kos sara hidup yang naik melampau-lampau sejak-sejak Najib mentadbir negara. Bodoh la kita kalau masih nak sokong Najib dan BN. Fikir-fikirlah wei.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...