Mahathir Kritik Mufti Yang Mempertahankan 1MDB Dan Nik Amar Mengkritik Mahathir - Sejak Bila Nik Amar Jadi Bodyguard Najib? - Ameno World
Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 10 Januari 2017

Mahathir Kritik Mufti Yang Mempertahankan 1MDB Dan Nik Amar Mengkritik Mahathir - Sejak Bila Nik Amar Jadi Bodyguard Najib?

Pelik bin ajaib.

1. Mahathir kritik BRIM. Mahathir kritik isu Haji & 1MDB.

2. Mufti pro BN marah. Mufti Kelantan dan Perak membidas kritikan Mahathir terhadap pemberian BRIM. Juga mempertikaikan statement Mahathir tentang HAJI TAK MABRUR dengan wang curi/seleweng/haram.

3. Kemudian Mahathir membalas semula. Mempertahankan kritikannya dan mengkritik pula mufti yang mengkritik tindakannya mengkritik BRIM dan 1MDB.

4. Dan kat sini tiba-tiba Nik Amar out of nowhere mengkritik tindakan Mahathir yang mengkritik mufti isu BRIM dan 1MDB (isu haji).

5. Nik Amar = PAS = sedar tak yang Mahathir sedang mengkritik BN & Najib?

6. Nik Amar neh satu geng dengan Najib eh? Tanya je neh tau. Tanya.

7. Adapun aku setuju bukan semua kritikan Mahathir itu berasas tapi bersetuju dengan point Mahathir bahawanya Najib menggunakan BRIM untuk 'merasuah' minda rakyat. Juga bersetuju dengan point Mahathir menunaikan haji menggunakan wang curi akan membuatkan haji tidak mabrur. Bukan pula kita diluar pengetahuan tentang status 'kehalal'an' wang 1MDB. Pendakwaan di Mahkamah Singapura, siasatan di Australia, Switzerland dan Amerika membuktikan sesuatu paling koman, status halal diragui. Masih bangga dapat tunaikan haji dengan wang 1MDB? Seharusnya Nik Amar bila mengkritik perlu la memperjelaskan adakah dia bersetuju menunaikan haji dengan wang curi hajinya akan mabrur? Cuba bagi pandangan tentang isi kritikan Mahathir bukannya mengkritik batang tubuh Mahathir.

8. Sebab tu bila Nik Amar mempertikaikan kritikan Mahathir, Nik Amar memberikan gambaran dia sekapal dengan Najib. Patutnya pressure la mufti yang membela Najib. Takan la kerana dia mufti kita tak boleh nak kritik mufti? Mufti ialah satu jawatan yang diwujudkan manusia. Adakah Nik Amar tak faham konsep? Ia jawatan yang diberikan/ditentukan/dilantik oleh manusia. Jangan la bayangkan macam kita neh buat kerja berdosa besar pula bila mempertikaikan pandangan mufti tentang satu2 perkara.

9. Satu lagi yang pelik bila Nik Amar berkata jika berlaku kerjasama antara PAS - PPBM, PAS tetap tidak akan bekerjasama dengan Mahathir dan enggan mendengar kata-kata Mahathir. <-- logik ke pun?

10. PPBM ialah Mahathir, Mahathir ialah PPBM. Tak perlu la keluarkan statement bercelaru dan mengelirukan penyokong2 kamu. Pun begitu bukan tak biasa juga Nik Amar bersikap mengelirukan. Kata tiada kerjasama dengan BN. Tapi tak pernah mengkritik 1MDB. Kata tak suka korupsi. Tapi tak pernah kritik apa-apa penyelewengan yang dilakukan BN. Duduk dalam PAS tapi tak nampak macam PAS. Siapa sebenarnya Nik Amar neh? 

Laporan berita ;

Pakatan pembangkang yang diketuai DAP akan menghadapi masalah sekiranya terus menjalinkan kerjasama dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana sikap bekas Perdana Menteri itu yang tidak pernah berubah sejak dahulu.

MOHD. AMAR NIK ABDULLAH
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, hal demikian kerana, Dr. Mahathir sentiasa merasakan dirinya betul termasuk sanggup melemparkan tu­duhan tidak berasas terhadap golongan ulama termasuk mufti.

Katanya, disebabkan itu, Pas awal-awal lagi memutuskan tidak akan bekerjasama dengan Dr. Mahathir meskipun beliau merupakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“Kerjasama kalau berlaku sekalipun hanya antara Pas de­ngan PPBM bukan dengan Dr. Mahathir sebab kita tahu dia tidak boleh bekerjasama. Kita juga sama sekali tidak akan mende­ngar apa-apa panda­ngan Dr. Mahathir.

“Dr. Mahathir ini, tidak boleh bekerjasama dengan sesiapa pun. Kalau betul nak kerjasama, beliau mesti ubah sikapnya. Dr. Mahathir kena ingat beliau bukan lagi Perdana Menteri atau Presiden UMNO,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Projek Perdagangan Karbon dalam hutan simpan kekal antara kerajaan negeri dengan Syarikat Climate Protector Sdn. Bhd., di salah sebuah hotel di sini hari ini.

Sementara itu, mengulas me­ngenai tindakan Dr. Mahathir melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap mufti berhubung isu haji mabrur, Mohd. Amar hanya menyerahkan kepada rakyat untuk menilai sendiri perangai bekas Presiden UMNO itu.

Dalam masa sama, Mohd. Amar yang juga Timbalan Menteri Besar turut menasihatkan Dr. Mahathir agar kembali ke pangkal jalan.

“Itulah sikap Dr. Mahathir sejak dulu, dia bercakap semua perkara walaupun tidak faham apa pun. Dr. Mahathir daripada zaman jadi Perdana Menteri dan selepas jadi Perdana Menteri sama sahaja.

“Bukan hari ini sahaja dia berdepan dengan mufti, dulu pun begitu juga, sebab dia merasakan dirinya setaraf dengan golongan ulama,” katanya. - Utusan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...