Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 12 Januari 2017

Lukisan Sindir Amalan Bodek 'Hilang' Dari Pameran Balai Seni - Kenapa? Pembodek Najib Terasa Ka?

Dengan kemaskini. 

Selepas kehilangan karya tersebut kecoh di laman sosial, ia kembali semula dipamerkan di balai seni visual. Sebelum ini pelukis meluahkan perasaan karya pamerannya 'hilang' dari balai seni visual tanpa sebarang penjelasan diberikan. Luahan tersebut dikongsikan di laman facebook pelukis berkenaan.

Tulis sang pemilik karya, Suddin Lappo ;


Bodek

1. Dari seorang kawan, aku terima berita bahawa salah satu karya ku sudah ‘hilang’ di dinding pameran yang sedang berlangsung di Balai Seni Visual Negara. Iaitu pameran berkumpulan Sage: Ties of Tenggara. 

2. Aku langsung ke BSVN petang tadi untuk melihat sendiri, ya catan itu memang sudah tiada. Digantikan dengan sekeping foto karya dan disertakan bersama kapsyen “Karya ini diturunkan sementara bagi penyelenggaraan galeri.” 

3. Aku sedikit bingung, juga khuatir kalau karya itu sudah rosak, tercalar atau bagaimana? 

4. Sementara aku tidak dihubungi oleh mana-mana pihak sebelumnya. Dan cuma dapat tahu hal ini baru kemarin. 

5. Sebuah karya yang diletakkan di ruang awam, bebas untuk dibaca oleh penghayat. Aku sendiri sebagai pelukis, tidak mampu untuk memaksa penghayat menuruti makna dan konteks karya seperti yang coba aku sampaikan. 

6. Imejan yang kaku dan bisu itu bebas untuk ditafsir, ditelaah menurut pengalaman dan pengetahuan penghayat masing-masing. Kerana pelukis tidak selamanya bisa berada disamping karya untuk membetulkan persepsi khalayak. 

7. Maka disini aku ambil kesempatan untuk menulis sedikit catatan tentang kenyataan dan latar karya tersebut. Supaya kau tidaklah fikir sampai berlebih-lebihan. 

8. Karya catan “The Subtitle” terhasil dengan meminjam imejan dari salah satu shot scene filem trilogy “The Godfather”, karya Francis Ford Coppola. 

9. Teks pada karya tersebut juga dipetik dari dialog watak utama, Don Vito Corleone, “I’ll make him an offer he can’t refuse” yang diterjemahkan secara kreatif oleh pelukis sebagai teks sari kata pada karya. Penghayat disaran untuk melihatnya sebagai sebuah layar filem. Cuma mungkin saiz karya tidaklah cukup besar seperti dalam panggung wayang. 

10. Inti utama yang cuba disampaikan adalah kritikan pelukis terhadap budaya bodek dalam masyarakat. Golongan lemah terpaksa (atau dengan rela hati) untuk membeli jiwa seseorang yang memiliki kuasa. 1

1. Ini dapat dilihat pada aksi/postur salam cium tangan. Ya, aksi ini pun boleh ditafsirkan dalam dua keadaan, sama ada sebagai rasa hormat, atau rasa tunduk (lemah) kepada kuasa yang lebih besar. 

12. Sama seperti salam seorang murid terhadap gurunya, atau anak terhadap ibu bapanya, pekerja dan majikannya, isteri dan suaminya, hatta salam seorang pelukis dengan kolektornya.. hahaha 

13. Itu saja. Selebihnya khalayak sendiri yang pandai-pandai menafsir makna. Pengkarya pula tidak punya kuasa untuk menghalang. Kerana karya itu bisu, dan fikiran manusia yang becok. Sekian.

----------------


Tak kan la puak-puak neh terasa. Mustahil. Mereka jenis tebal muka tak mungkin akan rasa tersindir atau terperli dengan karya tersebut. Mesti ada alasan lain neh.

Kah Kah Kah

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...