Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 16 Januari 2017

Ketua Cabang PKR Sound Brotherhood Lando & Kenapa Aksinya Ini Sebenarnya Memalukan Parti Dan Dirinya.

Rasanya ramai dikalangan kita yang sedar kewujudan team Brotherhood yang diasaskan oleh Brother Lando. Brotherhood ialah satu kumpulan yang terdiri dari kalangan rakyat Malaysia yang cintakan 'jalanraya yang selamat dan sihat' untuk semua pemilik kenderaan di Malaysia.

Mereka ini seringkali memperjuangkan masalah berkaitan keselamatan jalanraya yang mana ada di antara masalah-masalah berkenaan mendatangkan risiko bahaya ke atas nyawa pengguna jalanraya terutamanya penunggang motorsikal. 

Bahkan bukan lagi rahsia ramai penunggang-penunggang motorsikal di negara ini seringkali kemalangan dan maut juga apabila terlanggar lubang di atas jalanraya yang mana ianya tidak diselanggara dengan baik oleh beberapa agensi kerajaan yang mempunyai kuasa.

Atas kesedaran ini, demi menjaga kepentingan nyawa pengguna jalanraya dan mempertahankan hak rakyat, maka team Brotherhood pun mulai wujud dan berkembang di beberapa buah negeri. 

Bermula dengan kritikan dan kecaman, dan apabila proses itu tidak menunjukkan apa-apa perubahan, mereka bergerak lebih berani dengan menampal jalan-jalan yang berlubang. Bahkan pernah berjumpa dengan beberapa pihak yang berkuasa juga bagi menyampaikan masalah meskipun hasil-hasil pertemuan tersebut kebanyakkannya sia-sia dan membuang masa sahaja.

Dan kini team Brotherhood pula yang mengajar agensi seperti JKR untuk menampal jalanraya dengan betul. Ianya agak memalukan sebenarnya bagi agensi kerajaan apabila orang awam tampil mengeluarkan wang poket sendiri untuk membaiki jalan. 

Tidak hanya mereka keluarkan wang, tenaga bahkan kemahiran mereka membaiki jalanraya pun jauh lebih bagus dari pihak-pihak yang dilantik. Apa sudah jadi? Makan gaji buta? Rakyat bayar cukai untuk menggaji kakitangan kerajaan, buatla kerja betul-betul. Takan nak tunggu sedara kau sendiri mampos kot baru nak bertindak?

Apa yang menariknya team brotherhood ini benar-benar focus bersepadu tentang masalah jalanraya di Malaysia tanpa pilih parti! Asalkan ada sahaja jalan berlubang yang menimbulkan masalah kepada pengguna, pasti isu itu akan dilawan habis-habisan.

Pernah suatu ketika dahulu, jalan rosak di hadapan rumah Azmin pun team Brotherhood yang tampalkan. Selepas aduan tidak dilayan, maka mereka ambil inisiatif membaiki jalanraya itu sendiri. Di saat Azmin mencari nyamuk Aedes di dalam bas ekpress bertutup tingkap dan mempunyai aircond, team Brotherhood dah bertindak selesaikan masalah jalan berlubang di hadapan rumah Azmin tau!

Dan mungkin kerana bengang pemimpin kesayangan diperli, lalu komen ini hadir 'rumah mesej' brother Lando.

"Assalammualaikum bro, lue tak payah nak kutuk MB kesayangan rakyat Selangor, sekali aku spanarkan baru tahu" - Ketua Cabang PKR


Seram. Dia ada spanar tau. Takut.

Dan kawan kita neh bukanlah orang biasa-biasa pula tu!

Ketua Cabang PKR!

 

Satu dua status kritik Azmin Ali dipedulikan sedangkan punyalah beratus-ratus status brotherhood bukan setakat kutuk bahkan siap memaki direct pemimpin-pemimpin BN lagi. Naik serang ke pejabat dan berhadapan dengan DBKL je pun dah beberapa kali! Ketua cabang baru LIKE page ke? Sesat jalan bertanya, janganla main sondol aje.

Mesej dari Zaki ini dikongsikan oleh brother Lando di fb dan sememangnya pemikiran dia neh teruk. Tak cerdik langsung!

Menegur Azmin Ali - tanggungjawab rakyat memberikan aduan jika ternampak masalah sebagai check and balance kepada pentadbiran sedia ada. 

Kerana kita manusia dan manusia tidak maksum. Pemimpin juga manusia dan pemimpin juga tidak maksum. Rakyat yang membayar gaji wakil rakyat perlu bertanggungjawab hingga ke penghabisan. Tidak hanya anda perlu mengundi bahkan perlu juga memerhatikan pergerakan wakil rakyat/pemimpin samada mereka benar-benar bekerja ataupun makan gaji buta. Rakyat tak boleh buat kerja separuh jalan. Lepas undi, biar aje wakil rakyat nak buat apa sesuka ahti. Langsung tak bertanggungjawab kalau anda rakyat yang sebegitu.

Memperjuangkan masalah rakyat - dalam kes ini soal keselamatan jalanraya kerana ia babitkan nyawa pengguna ialah satu usaha yang harus kita sokong kerana mereka menjaga kepentingan rakyat bersama, paling penting mereka tak dibayar gaji satusen pun, free aje!

Semoga penyokong-penyokong pembangkang diluar sana, janganla jadi seperti Zaki. Undi perubahan konon. Mentaliti sendiri kena ubah dulu sebelum seru perubahan dari orang ramai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...