Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 7 Disember 2016

Permainan Aku Kau Nampak Tak? - Najib Kepada Rakyat Malaysia.

Hai nama aku Najib.

Aku baru aje mempermainkan rakyat Malaysia dengan bangga dan jayanya. Terutama sekali melayu muslim. Dengan begitu mudah aku memperbodohkan minda mereka seperti tahun-tahun sebelumnya. Dan seperti biasa walaupun dah kena tipu dengan aku berkali-kali selama ini, mereka tetapla menjadi kaum yang begitu mudah lupa dan begitu senang didusta. Itulah dia melayu, rakyat kesayangan ku.


Baru-baru ini aku telah menghadiri satu perhimpunan yang ala-ala demo aman, bagi menunjukkan tanda solidariti terhadap etnik Rohingya yang tertindas di bumi Myammar. 

Ya, anda benar aku piem dan aku berdemo. Ia pelik? Tidaklah pelik sangat pun. Yang lebih pelik ialah terdapat spesis-spesis melayu bengap yang beria-ria bekap tindakan aku berdemo di laman sosial tau. 

Ada juga bebudak PAS membela aku kat group-group wassap. Aku baca je. Sambil senyum lebar. Sambil ketawa besar. Perangkap aku dah mengena. Taktik aku dah menjadi. 

Antara ayat cantik yang mereka karang elok-elok bagi membela diri ku ini ialah ;

- Melayu akhirnya dah bersatu.
- Kafir pasti membenci melihat kesatuan PAS - UMNO.
- Demi Islam, akhirnya Najib berusaha juga lakukan sesuatu.
- Ahti Najib dah terbuka sedikit demi sedikit ke arah Islam.
- Piem mula prihatin berkat nasihat dan doa PAS yang berterusan.

Aku perati je komen-komen mereka sambil tersenyum simpul.

Ketika aku berdemo beria-ria membantah Aung San Suu Kyi atas isu Rohingya, sempatla aku bercakap besar sedas dua.

 

Hebat kan aku?

Banyak juga rakyat yang terpedaya dengan propaganda aku. Maka aku pun diberikan pujian oleh mereka.

Sekali lagi. Aku senyum simpul. Baca dengan khusyuk kot respon-respon mereka. Bukan senang oi nak dapat pujian. Aku asyik kena maki aje. So, agak menikmati suasana la juga bila dipuji lambung sekali sekala dalam sehari dua neh.

Dan dipendekkan cerita. Untuk cover balik cakap besar aku yang sedas dua tu tadinya tu. Aku pun hantar la pegawai aku. Bukan calang-calang orang aku hantar woi. Nak baiki semula hubungan diplomatik yang rosak. Aku acah-acah aje time berucap dengan orang ramai hari tu. Bengong punya Myammar. Beria pula dia anggap aku seriyus. Dorang belum kenal aku sapa sebenarnya neh lagi. Aku jenis cakap main-main je. Sembang berapi memang la power. Tapi tindakan aku selalu kelaut kot.


Takdenya aku betul-betul nak musnahkan hubungan Malaysia dengan Myammar atas isu Rohingya neh. Ingat aku neh sewel sangat ke tolak rezeki? Hubungan Malaysia dan Myammar bukan terbina atas soal diplomatik je. Malahan lebih dari itu. Ia berkaitan ekonomi, kerjasama perniagaan dan pelaburan juga. Bodohla rakyat Malaysia yang beria-ria fikir aku akan amek tindakan tegas demi mengatasi masalah pelarian Rohingya dan penindasan ke atas etnik Rohingya. Tapi dorang nak fikir macam tu aku tak kisah sangat. Aku suka malahan galakkan. Yang aku harap, Myammar takla fikir macam tu ye. Tolong la jayakan lakonan mantap sehari dua aku neh. Janji lepas dapat undi melayu2 bengap yang acah-acah pejuang Islam jadilah.

Kah Kah Kah!

Sumber berita : http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/12/07/isu-rohingya-najib-panglima-atm-tak-sehaluan-kata-pas/

http://www.malaysiakini.com/news/365125

http://www.malaysiakini.com/search/my?q=rohingya

http://www.malaysiakini.com/news/365330

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...