Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 29 Disember 2016

Netizens Ragu-Ragu Dengan Pendedahan Rafizi - Ini Apa Yang Rafizi Patut Tahu.

Selalunya Rafizi yang akan membuat pendedahan, membuat teguran, memberi nasihat dan kenyataan. Jarang sekali Rafizi dinasihatkan. Terutamanya oleh penyokong-penyokong pembangkang ataupun yang anti BN meskipun tak semestinya dia pro kepada pembangkang. 

Dan ini adalah teguran terbuka kepada Rafizi. Sebelum dia tersadung lebih teruk, pergi lebih jauh dengan ego yang semakin melangit, mari kita sama-sama betul membetulkan kelemahan dan kesalahan masing-masing.

Baru-baru neh Rafizi ada buat satu poll.

Lihat eh.


Hasil dari poll itu menyatakan 69% konfius dengan kos keseluruhan MRT.

Poll ini dibuat oleh Rafizi pada 19 Dec 2016. Dua hari selepas Rafizi membuat pendedahan tentang kos MRT, iaitu pada 17 Dec 2016. Rujuk sini.

Majoriti memilih saya pun konfius. Ya, saya pun konfius. Di poll yang dijalankan oleh Rafizi sendiri ya.

Rafizi sebenarnya ada buat beberapa kesilapan dalam pendedahan yang pertama yang akhirnya memaksa aku membuat pembetulan disini.

Kenapa aku nak sangat buat pembetulan neh bukanlah kerana aku anti Rafizi ke apa tetapi kalau kita nak tarik kepercayaan orang dan keyakinan pengundi kita mesti gunakan fakta yang betul ketika mengkritik agar benda tu tak berbalik semula pada kita.


Rafizi juga ada buat pembetulan tetapi dia menyalahkan pihak MRT tidak mendedahkan kos sebenar padanya. Yang mana aku rasa, kemon la abang Rafizi. Kita dah tersilap tu tersilap je la. Better kita mengaku dan betulkan. Tak perlu kita perbesarkan kesilapan dengan salahkan orang lain pula.

Dalam pembetulan tersebut aku berpendapat adalah wajar jika kita minta kerajaan dedahkan kos keseluruhan (anggaran awal) tentang pembinaan MRT. 

Adakah ya atau tidak seperti yang tercatat dalam website bahawanya kerajaan menganggarkan kos keseluruhan MRT ialah 36b @ 40b pada tahun 2011 - 2012 ? ==> http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/445-kolumnis/10758-mrt-fungsi-dan-kebaikanya.html

Dan akhirnya MRT mengesahkan. Ya. Maksudnya ya pada AWALNYA MEMANG KERAJAAN ANGGARKAN KOS KESELURUHAN PROJEK INI BERNILAI di antata 36b - 40b. Fakta. Rujukan aku disini ==> http://www.malaysiakini.com/news/367156 

Ya atau tidak berlakunya peningkatan kos? Jawapannya YA.

Faham kan?

Rafizi dan PKR awalnya bagi peluru lain sebelum tukar peluru. Peluru awal PKR hanya menyebut MRTLINE1 dijangka akan mencecah 100b. Ingat ya MRT ada 3 jajaran. PKR serang jajaran pertama MRTLINE1. Kata PKR kos akan meningkat sehingga 100b. PKR suarakan kebimbangan dan benda tu dilaporkan secara berleluasa melalui hebahan media rasmi oleh PKR juga.


Perkara itu akhirnya dibuktikan salah. Ya salah. Kos MRTLINE1 ialah 21b. Fasa 1 dan fasa 2. Sekarang secara tiba2 PKR tukar peluru kepada kos keseluruhan projek MRT akan mencecah 100b.

Kesilapan kecil inila akhirnya digunakan oleh team cyber BN untuk memperlekehkan reputasi Rafizi. Rafizi seperti biasa teruskan perangai dia je yang betul pasti betul tetap betul, jika dia akui kesilapan kecil ini, pastinya tidak akan berbangkit kepada kesilapan lebih teruk. Rafizi enggan akui kesilapan tersebut dan aku macam tak berapa faham kenapa Rafizi ego. Benda tu dia je yang boleh jawab. 

Sebenarnya point penting dalam isu MRT neh ialah, memang berlakunya peningkatan kos. Ianya dah disahkan oleh MRTCorp sendiri. Bukannya fitnah. Titik.

Wajar atau tidak projek dinilai dengan kos tersebut?

Berlaku ketirisan atau tidak dengan projek tersebut?

Ini yang kita patut focus.

Rasanya Jabatan Audit Negara akan audit kewangan MRTcorp kerana projek neh dibawah kerajaan 100% meskipun Najib pernah nyatakan akan terima dana swasta sebanyak 40b dalam pembentangan bajet suatu ketika dahulu. Sehingga kita temui bukti berlakunya ketirisan lebih baik kita focus tang kewajaran kos. Setimpal atau tidak dengan nilai semasa. Itu yang patut dikaji oleh kita bersama. Lambung isu kos neh sebetulnya tak tepat jika dibuktikan nilai projek itu wajar.

Jika ditanya pada keperluan aku rasa kita memang perlu kepada pengangkutan awam yang efisien, cepat dan murah. Dan bukan hanya setempat malahan menyeluruh satu Malaysia. Jangan fikir nak keuntungan semata-mata sahaja. Hak menikmati pengangkutan awam yang efisien sepatutnya diseimbangkan antara penduduk bandar dan luar bandar.

Oke berbalik kepada point nak menasihati Rafizi tadinya tu. Ketika Rafizi mengwar-warkan isu kos rundingan 7b, sesetengahnya mulai rasa ragu-ragu. Patut percaya atau tak patut percaya dengan Rafizi. Aku membaca benda tu di laman sosial. Ada yang sindir-sindir juga. Baik di kalangan pembangkang apetah lagi di kalangan BN kannn.

Sebenarnya isu MRT ini hanyalah salah satu isu yang mempersoalkan reputasi Rafizi. Selain dari isu neh terdapat beberapa isu lain yang membuatkan netizens mempersoalkan intergriti Rafizi. Antaranya isu Langkah Kajang yang paling glamer tu. Isu tersebut bukan sahaja benamkan Pakatan Rakyat bahkan benamkan reputasi Anwar ke tahap paling teruk dalam sejarah karier politik Anwar Ibrahim.

Dan seterusnya apabila Rafizi kalah dalam beberapa prosiding saman. Dan apabila pemimpin PKR meminta maaf kepada Tan Sri Khalid Ibrahim. Dan apabila Rafizi bongkarkan isu rasuah seks. Rafizi diserang oleh team sendiri. Apabila Rafizi tidak mengkritik beberapa langkah kurang cerdik DAP Penang dalam beberapa projek mereka yang dipertikaikan oleh orang awam. Apabila Rafizi juga berniat nak teruskan plan seakan-akan Langkah Kajang bagi menjadikan Anwar PM jika pembangkang menang. Dan apabila Rafizi terkantoi dalam beberapa statement mengkritik pemimpin BN.

Sebenarnya, dalam banyak-banyak wakil rakyat pembangkang, Rafizi Ramli antara yang boleh diharap untuk buat kerja dan membantu rakyat. Rafizi ialah wakil rakyat yang bagus pada aku.

Entah kenapa kadang-kadang dia spin sana spin sini ketika berhujah tidak dapat difahami oleh aku sampai sekarang.

Mungkin dia terpaksa. Adat berparti kadang-kadang kita terpaksa bermuka-muka dan hipokrit demi nak menutup beberapa kelemahan parti dan melindungi reputasi pemimpin tertentu.

Aku harap Rafizi boleh berhenti berbuat begitu. Aku tak rasa Rafizi jadi wakil rakyat sebab nak kaya. Rafizi juga ada tujuannya yang tersendiri. Aku tak berapa tahu sangat tujuan dan matlamat Rafizi dalam bidang politik neh. Pergerakan dia aku tak dapat baca lagi. Lagipun Rafizi masih lagi selesa di alam kapitalis. Sesuatu yang aku lawan.

Cuma aku harapkan Rafizi boleh berhenti putar-belit. Dia dah kantoi banyak kali. Bukan sekali dua. Aku boleh je abaikan putar-belit demi putar-belit yang dia dah kantoi tu tetapi dia kena faham benda neh ada kesan. Pada yang tegar pembangkang macam aku, putar belit sebegini paling kurang pun hanya membuatkan aku menilai dan menyemak semula point-point yang disebarkan Rafizi. Aku tidak akan berpaling tadah memangkah Barisan Nasional. Sekurang-kurangnya tidak buat masa sekarang.


Tetapi pada yang masih ragu-ragu atau baru berjinak-jinak nak membangkang benda neh boleh memberikan kesan kepada mereka.

"Ahh jadi Rafizi rupanya menipu dalam isu neh.. so kerajaan tu kena fitnah la eh".

"Ahhh jadi Rafizi sebenarnya spin point sekian-sekian, makanya kerajaan tak buat macam tu la eh".

Dari elok-elok nak mengundi pembangkang boleh jadi mereka melihat pembangkang sebagai kaki pembohong dan kuat spin.

Tak dinafikan pemimpin BN lebih teruk. Kualiti yang ada pada menteri-menteri BN terlalu sadis sehingga tak dapat digambarkan kebangangan mereka dengan kata-kata. Tetapi mereka masih menteri dan kedudukan mereka itu diletakkan oleh pengundi. Maksudnya bangang-bangang pemimpin-pemimpin BN sekalipun, mereka masih ada pengundi dan penyokong yang tersendiri yang membuatkan mereka terus menguasai kepimpinan negara.

Oleh kerana yang kita nak ubah ini ialah mindset pengundi, maka perlu ada satu garis panduan. Jika kita mengatakan pemimpin BN penipu, apakah kita tidak menipu? Jika kita menipu juga maka apa perlunya pengundi undi penipu yang lain? At least BN penipu yang dikenali cara penipuannya berbanding pembangkang. Ntah macam mana agaknya dorang nak menipu, takut wei. Taktahu. Ini juga merupakan sentimen. Faktor orang takmo undi pembangkang.

Jika kita kata BN pemimpin rasuah dan korup, apakah pemimpin pembangkang juga bersih dari sebarang amalan ketirisan?

Kita boleh je sebut, ah SPRM tak dakwa mana-mana pun pemimpin pembangkang maka terbuktilah kami bersih. Namun perlu diingati pengundi tak melihat itu sebagai penanda aras samada satu2 pemimpin itu bersih ataupun korup. Ini kerana fahaman mereka, jika satu2 pemimpin itu ada masalah intergriti dan moral, BN akan gunakan dua cara.

Pertama - pemimpin tersebut akan jadi spy dan pak turut kepada agenda BN.

Kedua - akan sampai satu masa, ia didedahkan untuk mengucarkacirkan kepimpinan parti pembangkang.

Mereka mungkin tak ada bukti kukuh, cukupla dapat bukti yang boleh meragu-ragukan pengundi.

Tak dapat buat pengundi sokong BN tak apa, cukup dia ragu-ragu dengan pembangkang. Tak faham ke strategi ini?

Sebab tu Rafizi antara yang lantang membuat pendedahan dan kritikan perlu kembali menilai strategi politiknya. Sekali sekala makanlah nasihat dari orang biasa yang tak punya apa-apa kepentingan ke atas kedudukan kamu.

Dipercayai PRU akan berlangsung awal tahun 2017. Jika benar maka tinggal lagi beberapa bulan dari sekarang.

Dengan keadaan pembangkang yang kucar kacir dan semakin huru hara apabila satu persatu parti bergaduh sesama sendiri dan sesama kawan, adalah amat baik jika Rafizi dapat kurangkan kesan kerosakan tersebut dengan hanya menyebarkan fakta dalam pendedahan demi pendedahan pada masa akan datang.

Jangan bimbang, walaupun aku mengkritik Rafizi, dia masih antara wakil rakyat kegemaran aku yang aku anggap boleh buat kerja dengan baik bahkan layak menjadi menteri jika PH menang kelak.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...