Channel Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia PRU14

Selasa, 13 Disember 2016

Najib Bayar 10 Juta Pada Siapa? - SR Kaitkan Dengan Kes Liwat II Anwar.

Pada 10 Disember lepas, Sarawak Report (SR selepas ini) menulis tentang satu laporan yang mempersoalkan tentang wang rakyat yang berjumlah 10 juta ringgit.

10/5 = 2.

Wang yang dikatakan bersumber asal dari KWAP, satu tabung simpanan awam bagi pesara kerajaan dalam pelbagai sektor. Dalam bahasa ringkasnya disebut sebagai pencen kerajaan.

Menurut Sarawak Report pada 10 February 2015, Najib telah menerima kemasukan wang berjumlah 10 juta ke dalam account banknya.

 
10 February 2015 inilah harinya Anwar Ibrahim dimasukkan ke dalam penjara. (rujuk). 

Selepas melalui proses perbicaraan yang panjang dan memakan masa, mahkamah akhirnya memutuskan Anwar bersalah dalam pertuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan. Itupun hasil dari tindakan Saiful yang merayu keputusan mahkamah yang pada sebelum ini telah memutuskan Anwar tidak bersalah.

Untuk rekod, Anwar Ibrahim dihukum penjara 5 tahun.

Portal SR seterusnya mempersoalkan perbelanjaan 10 juta oleh Najib ini perlu dinyatakan secara terbuka, ianya telah dibelanjakan kepada siapa dan atas tujuan apa. Oleh kerana transaction telah berlaku pada hari 10 Feb persamaan dengan keputusan kes liwat II maka wujudnya tanda tanya.

Oleh kerana itu, Najib perlu menyatakan secara terperinci dan mendedahkan kepada umum, wang 10 juta yang diterima masuk ke dalam account Najib telah dibelanjakan ke mana bagi memadamkan telahan dan spekulasi umum bahawanya Najib adalah tangan di sebalik keputusan perbicaraan kes liwat II yang membabitkan Anwar dan Saiful Bukhari Azlan lapor Sarawak Report.

Sumber.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...