Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 29 Disember 2016

Makluman : Amenoworld Bertukar Domain Kerana Diblock SKMM.

Inila yang aku marah sangat neh. Sikit-sikit guna stail ugutan. Sikit-sikit guna stail samseng. Punyala bersepah blog-blog bangang update benda-benda bangang yang mengandungi fitnah dan tak masuk akal, blog aku gak jadi sasaran sekali lagi diblock SKMM.


Ini adalah kali kedua dan aku dah biasa. Sebab selain dari menggunakan SKMM, dorang pun ada guna teknik lain. So kalau campur dengan teknik A teknik B dan teknik C dah berpuluh2 kali gakla aku jatuh bangun. Dajei betul. Kerja ini je nak kena mengadap ulang-ulang.

Blog aku kini bertukar domain dan aku nak memaklumkan pada semua. www.amenoworld.net akan menjadi www.amenoworld.org mulai hari ini.

Aku tak pasti apa sebabnya SKMM memblock blog aku. Dan aku tak pasti juga sejak bila mereka mengenakan tindakan ke atas aku. Dah 4 hari aku tak update blog. Benda neh perasan semalam sebab ada orang inform.

Kali terakhir aku update ialah tentang dua wanita ini ditahan polis kerana kritik sultan Johor, kenapa?

Aku taknak lebih-lebih sebab aku pernah kena warning. Dan aku juga taknak tuduh-tuduh sebab takde bukti.

Sebelum ini aku pun ada update tentang content yang aku petik dari Sarawak Report yang menulis tentang pengaliran wang 10 juta pada hari Anwar dijatuhkan hukuman bersalah dalam kes liwat II.

So dalam pemikiran aku. Dua post ini mungkin antara yang berisiko yang menyebabkan aku kena block.

Tak kisah la block sebab apa pun atas faktor apa pun aku tak sokong tindakan ini dikenakan ke atas aku dan mana-mana pihak kerana negara ini demokrasi dan kita patut meraikan kepelbagaian pendapat dalam masyarakat.

Inilah konsep demokrasi.

Contohnya jika aku ada tersalah fakta, nyatakan dan aku akan betulkan.

Jika aku berhujah dan ko tak boleh terima point aku dan kau berhujah la dengan menyatakan point-point kau.

Tak payah la sampai sekat, tutup dan halang suara orang. Bukannya aku dapat buat lebih-lebih pun melainkan bersuara semata-mata. Nak lawan pangkat dah tentu kelaut. Nak lawan kuasa lagi la macam haram. Nak lawan kekuatan mimpi aje. So apa yang tinggal hanyalah lawan suara. Janganlah itupun kita menggunakan gelangang yang senget dan berat sebelah. Malu sikitla. Aku bukannya sama kekuatan dengan korang dari segi size dan jantina. Bila korang block aku neh korang bayangkan aku neh dapat bagi impak something-something kot. Hehe.

Apa pun kepada SKMM, jangan block aku lagi sebab aku dah penat tukar domain dan penat nak menaikkan ranking blog. Kau ingat kerja SEO neh kerja senang ke? Susah kau tahu tak. Dajei betul korang neh kan. Nakharom.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...