Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 1 Disember 2016

Kepada Kak Wan & PH Jadilah Adil Terlebih Dahulu Sebelum Nak Sekolah Orang - Surat Terbuka Dari Penyokong PAS Kepada Pimpinan PH.

Berikut dibawah merupakan surat terbuka dari ahli PAS kepada Pakatan Harapan dalam mengulas isu blockade Orang Asal di Gua Musang, Kelantan. Untuk rekod, kesemua Orang Asal telah dibebaskan oleh mahkamah tanpa dikenakan sebarang pertuduhan sebentar tadi. Atas dasar kebebasan media dan demokrasi aku siarkan pula pandangan dari sisi penyokong PAS.

Nah, bacalah luahan dia ;

ADIL, TEGAS dan IKHLAS

Wan Azizah Wan Ismail mintak Kerajaan Kelantan berlaku adil, tegas dan ikhlas terhadap Orang Asal yang ditangkap. Suruh Kerajaan Kelantan mintak pihak berkuasa bebaskan mereka. 



1. Tangkap orang yang langgar undang-undang itu tidak adil?, 

2. PKR dan PH sokong pihak yang langgar undang-undang?, 

3. Blockade berbulan-bulan sehingga menjejaskan sumber pendapatan pekerja, Orang Asal yang lain, keluarga mereka serta sumber pendapatan Kerajaan Negeri yang digunakan untuk bantu jutaan Rakyat Kelantan itu satu tindakan yang adil?

4. Kerajaan Kelantan tidak arah pun tangkapan, bagaimana Kerajaan Kelantan boleh arahkan mereka yang langgar undang-undang untuk dibebaskan? Hanya Mahkamah yang boleh bebaskan pesalah. 



Bila Pakatan Harapan memerintah nanti, adakah Pakatan Harapan akan guna cable politik untuk arahkan Mahkamah bebaskan pesalah yang mereka mahu? Kerajaan Kelantan tidak pernah dan tidak akan mencampuri institusi keadilan. 

Bukankah itu urus tadbir yang baik dan berintegriti buat sebuah Kerajaan yang menunggu? 

Kerajaan yang adil, tegas dan ikhlas adalah Kerajaan yang tidak membiarkan diri mereka diugut oleh segelintir kecil manusia yang tidak pun mewakili kepentingan majoriti Orang Asal di Kelantan. 

Kerajaan yang adil, tegas dan ikhlas adalah kerajaan yang akan melindungi kepentingan jutaan Rakyat Kelantan yang sedang diancam kehilangan lebih 20% sumber pendapatan Negeri. 

Kerajaan yang adil, tegas dan ikhlas tidak akan menggunakan 90 dalil untuk menjatuhkan seseorang. Kerajaan yang adil, tegas dan ikhlas dah pun bagi berbulan-bulan tempoh masa kepada mereka yang melanggari Akta Perhutanan untuk menghentikan segala blockade yang dibuat. 

Kerajaan Negeri yang adil, tegas dan ikhlas takkan biarkan ribuan ekar tanah Rakyat diserahkan begitu sahaja kepada kelompok kecil tertentu dengan membelakangkan hak jutaan Rakyat Kelantan yang lain dalam urusan pemilikan tanah. 

Kerajaan yang adil, tegas dan ikhlas takkan biarkan undang-undang yang digubal secara demokratik diremehkan sekelompok kecil manusia yang tidak bertanggungjawab. 

Dan Kerajaan yang adil, tegas dan ikhlas takkan biarkan kedaulatan sebuah Kerajaan Negeri yang telah diberi hak oleh Rakyat melalui proses demokrasi yang sedia ada dilacurkan sekelompok kecil manusia yang pentingkan diri. 

Kepada Kak Wan dan Pakatan Harapan, berlaku adil, tegas dan ikhlaslah terlebih dahulu sebelum nak suruh orang lain berlaku adil, tegas dan ikhlas. 

Jangan lupa isu alam sekitar yang dibangkitkan bekas pemimpin kamu di Selangor dan jangan lupa juga projek tambak laut serta penggodolan bukit di Pulau Pinang. Jangan bercakap soal hak Orang Asal jika hak Orang Melayu di P.Pinang masih tak diselesaikan. 

Berlaku adil, tegas dan ikhlas jugalah kepada mereka. Dan berlaku adil, tegas dan ikhlas jugalah kepada rakan tahaluf siyasi kamu sendiri iaitu PAS. Yang menzalimi kata mereka dizalimi. Yang dizalimi itu pula diminta adil, tegas dan ikhlas. 

Begitulah hakikatnya akhir zaman. 

Salam Hormat buat Kak Wan. 

Sekian. 

Huzir Sulaiman 
2 Rabiul Awal 1438 / 30 Nov 2016

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...