Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 20 Disember 2016

Kantoi! Pemergian TGHH Ke Iran Tiada Kaitan DGN KUIS - Orang Macam TGHH Kalau Salah Pun Tetap Dapat Pahala Kata Ahli PAS.

Terus kepada ke tajuk utama.

Ini apa yang kami perolehi menerusi laman fb rasmi Ustaz Rozaimi Ramlee.



Terjemahan ; 


Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) Membantah Lawatan (Abdul Hadi) Awang Ke Tehran Lawatan Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia ke Iran Tidak Mewakili Kesatuan Ulama Islam. 

Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) yang diketuai Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi dan setiausaha agungnya Dr. Ali al-Qaradaghi membantah keras lawatan Syeikh Abdul Hadi Awang, Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia dan Presiden Parti Islam SeMalaysia ke Iran baru2 ini. 

KUIS melahirkan rasa hairan terhadap masa lawatan itu, iaitu pada masa Iran memainkan peranan jahat dan membunuh kekuarga kita di Halab / Aleppo khasnya dan Syria amnya, di samping peranan dan ketamakan Iran terharap wilayah2 kita termasuk Iraq dan Yaman. 

Serentak dengan bantahan ini, KUIS menganggap lawatan tersebut adalah lawatan yg tidak sah daripada mana2 kakitangannya dan ia tidak mewakili sesiapa selain orang yang melaksanakannya. KUIS menunggu Syeikh Abdul Hadi Awang menilai semula secara sendiri lawatan yang tidak direstui ini sama ada pada sempenanya dan juga pada tempatnya! 

Apabila KUIS berusaha demi kesatuan umat Islam, ia mengambil pendirian yg jelas terhadap ketamakan sektarian yang dilakukan Iran dari satu aspek, dan ia tidak lupa peristiwa2 yang dilalui umat Islam, sungai2 darah yang mengalir di Halab / Aleppo dan jutaan mangsa bunuh, cedera, terpenjara, pelarian daripada kalangan orang2 Syria di merata tempat.

----------------------

Alhamdulillah selesai Mesyuarat Majlis Penasihat Shariah Bank bertempat di Pejabat Rasmi Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) dan mesyuarat dipengerusikan oleh Sheikh Dr Abdul Sattar Abu Ghudah melalui telefon daripada Kuwait. 

Nota: Disebabkan ramai ingin tahu kaitan KUIS dengan ucapan dan kehadiran TGHH ke Persidangan anjuran Majlis Taqrib Mazhab-mazhab Islam Antarabangsa di Tehran, Iran.

Jawapan ringkasnya adalah tidak ada keizinan daripada pihak Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS). Sekadar itu sahaja. 

Jangan bertelagah dan jangan kaitkan nama Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) dan Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi, Pengerusi KUIS dan Sheikh Ali Al-Qaradaghi, SU Agung KUIS, orang kanan Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi, orang nombor dua KUIS yang keduanya senada dan telah menolak sebarang usaha taqrib selepas apa yang terjadi di Syria. 

Muhammad Arham Munir Merican 
Doha, Qatar 19/12/2016

-------------- 

Jangan bertelagah. Oke aku bukan nak bertelagah apa bagai. Just nak nyatakan perasaan terkejut kerana tak sangka wujudnya ahli PAS yang begitu taksub dalam mempertahankan tindakan TGHH. 

Sebenarnya dalam isu TGHH ke Iran aku takde idea nak menyokong atau membantah. Aku just baca-baca gitu dan bukannya ada apa2 perasaan seperti nak membantah atau menyokong.

Owh jika ke Iran. Oke setakat itu je la pemikiran aku. Bila isu neh semakin viral dan Ustaz Rozaimi berjaya buktikan PAS tipu bila kaitkan pemergian ke Iran tiada kaitan dengan KUIS, maka portal yang melaporkan isu tersebut terus padamkan berita.


(rujukan - tapi portal neh dah padamkan berita ya)

Dan semasa godek-godek fb, aku terbaca status ini.




Unbelieveable kawan-kawan.

Aku terkejut atas beberapa sebab.

Pertama. Macam mana dia boleh fikirkan andai ijtihad TGHH salah pun TGHH 'tetap dapat pahala'? = TETAP membawa maksud dia yakin, dapat pahala  = membawa maksud dalam apa keadaan dia seperti mengesahkan TGHH dapat pahala.

Benda neh bukan penting pada aku tetapi dia neh mendekati kepada ketaksuban. Kesian pula aku tengok. Sederhana la nak menyokong nak membantah jangan sampai kita mendekati pemikiran yang taksub beb.

Kedua. Jangan main2 dengan ijtihad ulama / agamawan. Jika salah keputusan, tindakan, pemikiran mereka boleh mendorong ke arah perkara2 yang merosakkan muslim.

Ketiga. Benda2 pahala dosa neraka apa bagai neh kerja Tuhan la. Tahu sayang TGHH, sayang PAS, tapi betul-betul la.

Itu je aku nak cakap.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...