Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 15 Disember 2016

Isu Makcik Merempat Dalam Khemah Bukan Fitnah - AMANAH Dedahkan Penipuan PAS Kelantan Pula..

Episode satu disini.

Sebelum ini Amanah mendedahkan kepincangan kerajaan negeri Kelantan dalam menyelesaikan isu penempatan rumah sementara bagi mangsa-mangsa banjir.

Isu tersebut dijawab oleh PAS dengan mengatakan AMANAH menfitnah kerajaan negeri Kelantan. Dan ini adalah jawapan balas daripada penjelasan oleh Pemuda PAS Kelantan yang viral sebelum ini.


Baca ;

ISU IBU HAFIZAH TINGGAL DALAM KHEMAH: BUKTI PEMUDA PAS BERBOHONG DAN MENCIPTA FITNAH
Lihat dan dengarlah sendiri pembohongan Dewan Pemuda Pas Kelantan (DPPNK) terhadap ibu Hafizah. Pemuda Pas membuat fitnah kononnya sudah 3 kali Ibu Hafizah dipujuk untuk tinggal di rumah transit PLKN tetapi menolak dan terus tinggal di dalam khemah.
Ibu Hafizah sendiri memberitahu bahawa beliau pernah tinggal sebulan di situ tetapi anaknya tidak selesa apabila sebuah bilik terpaksa berkongsi dengan 3 keluarga. Kerana tidak sanggup melihat anaknya tinggal bersendirian di khemah maka Ibu Hafizah memilih untuk terus tinggal di dalam khemah.
Hari ini saya bersama saudara Afifi Thahiri (Ngoh) (Naib Ketua Pemuda Negeri) dan Ustaz Wan Yakkob berjaya memujuk Ibu Hafizah untuk berpindah ke rumah sewa. Untuk makluman, Ibu Hafizah memang teramat ingin untuk berpindah ke rumah sewa yang lebih selesa namun hasratnya itu terlalu mahal baginya.
Ibu Hafizah hanya bekerja di kantin sekolah dan tidak mampu untuk membayar sewa bulanan sekiranya beliau sekeluarga berpindah ke rumah sewa. Cadangan kami untuk membantu mencari rumah sewa disambut baik oleh ibu Hafizah.
Saya telah berjanji dengan Ibu Hafizah akan membayar secara pukal sewa rumahnya untuk setahun. Saya meminta beliau mencari sendiri rumah sewa yang selesa untuk memudahkannya mencari rumah mengikut kesesuaian mereka sekeluarga. Kami Pemuda Amanah Kelantan akan datang sekali lagi dan membantu keluarga itu untuk berpindah.
Saya turut membuka peluang ini untuk kita semua bersama-sama membantu ibu Hafizah. Kepada yang berminat boleh hubungi Pemuda Amanah Kelantan bagi meringankan bebanan beliau sekeluarga.
Kepada Nazman Che Iberahim, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS. Tulisan kamu menunjukkan siapa kamu. Kamu tidak pernah jejak kaki kesini tetapi bercakap seolah-olah kamu pernah duduk berbual dengan Ibu Hafizah. Ibu Hafizah tidak kenal dan tidak pernah mendapat pertolongan dari kamu mahu pun daripada PAS.
Buat penyokong tegar, kamu lihat dan dengarlah sendiri video ini. Pemuda Amanah Kelantan tidak berniat untuk memalukan Pemuda PAS Kelantan, tetapi jawapan Pemuda Pas itu sendiri memalukan Dewan Pemuda Pas Kelantan.
Namun, jalan untuk membaiki kesilapan masih terbuka luas. Kita lupakan soal politik dan marilah kita sama-sama bantu Ibu Hafizah. Ibu Hafizah tidak memerlukan kemenangan perbalahan 2 parti. Ibu Hafizah memerlukan keperihatinan dan kepedulian kita. Inilah manusia yang tidak mempunyai pilihan.
Jom peduli, jom kita bantu Ibu Hafizah.
Hazmi Hassan
Ketua Pemuda Amanah
15 Disember 2016

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...