Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 30 Disember 2016

Bahagian Operasi Khas SPRM Yang Siasat Kes FELDA, Derma 2.6b, Skandal Air Sabah, SRC Kini Dikecilkan - Kenapa Agaknya?

Memetik laporan dari Malaysiakini ;


Saiz bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengendalikan kes-kes berprofil tinggi seperti yang berkaitan dengan 1MDB dan Felda, didakwa sedang dikecilkan.
Difahamkan bahagian berkenaan ditubuhkan kurang daripada lima tahun lalu untuk menyiasat kes-kes berprofil tinggi yang melibatkan ahli-ahli politik, atau rasuah yang melibatkan jumlah lebih RM1 juta.
Satu sumber yang biasa dengan perkembangan tersebut membayangkan bahawa bahagian yang bertanggungjawab untuk menangani beberapa kes besar sebelum ini, sedang dikecilkan atau sedang berdepan dengan penyusunan semula.
Ia tidak diketahui sama ada langkah itu dipersetujui atau disokong oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru, Datuk Dzulkifli Ahmad, kata sumber itu dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.
Antara kes-kes yang dikendalikan bahagian berkenaan termasuk kes SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB yang kini di bawah Kementerian Kewangan.
Kes-kes lain termasuk pembelian hartanah hotel oleh Felda London di bawah pengerusinya sekarang, Tan Sri Isa Samad, dan kes rasuah infrastruktur air di Sabah.
Felda telah pun dilaporkan dibersihkan daripada salah laku.
Ia tidak diketahui sama ada pengecilan bahagian itu ekoran langkahnya untuk menyiasat SRC International.
Siasatan Tentang Skandal 1MDB

Tolong jangan bagi alasan kerana masalah kewangan sebab tu kena kecikkan team. Atau jangan bagi alasan kakitangan terlalu ramai.



Isunya bahagian tersebut dah terlibat dalam beberapa siri siasatan yang berprofil tinggi.

Sudah tentu kakitangan yang berada dalam bahagian tersebut dah menyimpan bermacam jenis rahsia individu-individu berpengaruh dalam politik tanahair.

Kita tunggu respon susulan dari SPRM.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...