Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 14 November 2016

Sindiran Pedas MAZA Yang Khalid Abu Bakar Patut Terasa.

Episode satu dan dua disini.

Semalam Jamal buat cerita bangang yang mana akhirnya 1 Malaysia ketawakan aksi bodoh dia. Meronta-ronta mahu keluar dari kepungan polis, terkepit dan terjatuh kemudiannya merengek2 kepada media bercerita tentang 'kecederaan hidungnya', semua itu hanyalah mengundang padah kepada dirinya kerana dia menjadi bahan tawa satu Malaysia.

Dalam pada melakukan aksi super-lawak, Jamal juga sebenarnya telah melakukan beberapa kesalahan yang patut dipandang seriyus oleh Ketua Polis Negara kita, Khalid Abu Bakar.

Semalam, Jamal berkata ini menerusi FBnya ;


Ini membawa satu gambaran bahawanya Jamal mahu melakukan kekerasan terhadap pendemo2 BERSIH5 kelak, yang mana kekerasan itu akan melibatkan kecederaan fizikal yang menyebabkan darah keluar dari tubuh badan manusia.

Ini satu ancaman keselamatan terhadap pendemo BERSIH 5. Dan ianya dilakukan secara terang-terangan seolah-olah Jamal ini ada lesen besar di belakangnya.

Sebelum itu, Jamal dipetik berkata ini kepada pihak media ;


Dia mahu mengejar pendemo-pendemo Bersih 5 dan mahu mencincang mereka. Apakah maksudnya ini? Mencincang manusia? Ini satu ugutan yang mana Jamal berkata dia mahu mencederakan pendemo-pendemo BERSIH 5.

Dan dia juga telah membuat laporan polis yang mengatakan dia ditumbuk oleh individu yang memakai baju kuning BERSIH sedangkan kita ada rakaman yang jelas, yang tersebar di seluruh media sosial dan sesiapa sahaja boleh mengaksesnya bahawanya Jamal TIDAK DIPUKUL oleh mana-mana individu yang memakai baju kuning BERSIH pada ketika itu.

Zuraidah tidak memiliki kuasa ajaib tumbukan jarak jauh.
Tiada mana-mana pendemo BERSIH 5 yang memiliki kuasa halimunan.

Jika ini kepastian yang pihak polis perlukan bagi menjalankan siasatan ke atas Jamal.

JAMAL MEMBUAT LAPORAN POLIS PALSU.

Dan kenapa polis kita masih ;
 
krik krik krik.. 
krik krik krik..
krik krik krik..


Come on.. benda neh dah viral kat mana-mana.. 

Takan nak mengharap pada desakan rakyat? Ahh nak baca sentimen? Agak2 boleh menjejaskan reputasi UMNO nanti acah-acah la siasat? Macam tu ka?

Kami dah bosan.

Undang-undang yang betul pun kalau dipandu oleh pemimpin yang tak betul, kaki dok manipulate undang2, jahanam juga jadinya.


Harap Khalid terasa dengan apa yang MAZA tulis neh.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...