Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 17 November 2016

PAS Terima 10 Juta? Ini Jawapan Balas Dari Pemuda PAS.

Ketika ini PAS masih lagi belum menjawab apa-apa secara rasmi tentang persoalan yang ditimbulkan tentang komisen 10 juta yang diterima oleh Pejabat Presiden PAS.

Baca : PAS Terima Sumbangan 10 Juta Selepas Luluskan Projek?

Pun begitu, terdapat satu sebaran kenyataan balas yang telah dinafikan oleh Nazman Che Ibrahim yang kini viral di laman sosial. Nazman ialah Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan.

 
Ini apa yang dia tulis ;

Pejabat Presiden PAS Terima Komisen Lombong? Cuba Kerja Kuat Sikit Lagi Wahai Pemfitnah.

Saya ada beberapa soalan buat puak pemfitnah dalam isu ini, dan saya sertakan juga jawapan sekiranya mereka tidak mampu jawab;

1. Kenapa tidak dedahkan gambar TGHH sedang solat?

Maklumat yang kami dapati adalah, Tuan Guru Presiden dijemput untuk solat hajat di tapak lombong ini. Lalu, kenapa tidak dimasukkan gambar TGHH tengah solat hajat tersebut? Kenapa hanya gambar TGHH melihat peta/pelan itu sahaja yang disebar sedangkan ianya dibuka dan ditunjukkan oleh individu lain dan TGHH hanya melayan sahaja melihat pelan tersebut.

2. Perjanjian ataupun 'surat aku janji' yang disebar tersebut diarahkan oleh TGHH?

TGHH tidak tahu menahu berkaitan surat perjanjian itu. Dan sekiranya ia benar wujud, maka kenapakah diwujudkan Pejabat Presiden PAS di Taman Melewar sedangkan PAS telah lama beroperasi di Pejabat Agungnya di Jalan Raja Laut.

Keduanya, siapakah Zuraidin Abdullah? Benarkah dia bertugas sebagai Pemegang Amanah Pejabat Presiden PAS? Tahún bila dia masuk bertugas? Wujudkah individu ini di Pejabat Presiden PAS tengan jawatan sedemikian?

Ketiganya, andai kata Surat Aku Janji ini benar wujud, maka naif sangatkah semua yang terlibat untuk menulis dengan jelas di dalam perjanjian tersebut "Pejabat Presiden PAS" ? Sengaja mendedahkan parti dan individu kepada risiko dan bahaya?

3. Projek ini luluskah?

Ia hanya diluluskan dalam mesyuarat JKSM sahaja iaitu Jawatankuasa Mineral yang dihadiri antaranya oleh wakil Geosains, Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Alam Sekitar dan beberapa wakil lain. Sedangkan kelulusan mutlak oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) adalah ditolak. Ia tak lulus langsung.

4. Bila MMK tolak, apakah pemohonnya marah dan mengamuk?
Ya, inilah isu yang sebenarnya. Pemohon telah mengamuk akibat permohonannya ditolak dan telah meminta sebuah parti politik yang memang hidup dengan isu fitnah, untuk mencemarkan terus imej TGHH yang pada asalnya dijemput oleh mereka untuk solat hajat sahaja.

Bahkan, pemohon itu sendiri telah menyertai parti pecahan PAS tersebut sebelum daripada tersebarnya gambar TGHH tersebut.

Dan, yang penting juga untuk dinyatakan di sini adalah, pemohon telahpun mengugut untuk mencemarkan imej TGHH dengan gambar tersebut sejak sebelum Hari Raya Korban lalu lagi sekiranya permohonan lombong mereka ditolak oleh MMK.

5. Apapun, puak pemakan fitnah tetap percaya akan cerita tersebut dek kerana mendalamnya benci mereka kepada TGHH. Jadinya?

Sekiranya benar dakwaan puak pemfitnah, di mana bukti transaksi duit yang bernilai jutaan itu?

Terima kasih Nazman Che Ibrahim info yg diberikan....

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...