Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 20 November 2016

'Paksa' Pakcik Ini Bersabar Dalam Himpunan #BERSIH5, Adam Terima Sokongan Padu Netizens.

Aku berada di side pakcik tu.
Cakap terus terang.
Aku dah bosan bersabar. Menunggu. Mendengar. Ikut peraturan. Dan diperbodohkan BN.

Persoalannya, sampai bila nak bersabar?
Takan sampai aku mati aku takde peluang nak menunjukkan rasa protes yang sebenar-benarnya kepada pemimpin?
Ini yang aku takutkan sebetulnya.
Akhirnya aku akan mati tanpa menggunakan peluang bagi melawan sungguh-sungguh.

Sebenarnya takde betul dan salah dalam cerita ini.




Di pihak Adam.

Dia dah melalui pengalaman yang menakutkan dari BN. Intimidasi yang diterima oleh Adam bukan kecik-kecik anak. Dia hilang banyak benda. Dia ditahan banyak kali. Dia disiasat dan didakwa atas banyak pertuduhan. Bila-bila masa kaki akan melangkah ke pintu besi. Keberanian yang Adam buat ini, bukan semuanya boleh buat pun.

[SURVEY] How often do you shop online? 

Orang boleh simpati. Solidariti. Tetapi yang kehilangan itu Adam. Yang menanggung dan menerima beban. Bukan yang memandang.

Jika Adam ke penjara pun kita masih hidup, makan, bergembira macam biasa. Ada sesiapa yang akan bising hari-hari jika itu berlaku? Nak cari seorang yang bukan di kalangan keluarga, adik-beradik, saudara-mara, rakan-taulan pun susah. Inikan pula ber-orang2.

Oleh itu jika pendiriannya mahu playsafe dan follow rule, maka kita boleh faham. Ianya bersebab. Dan sebab itu kukuh.

Kita kena faham risiko yang kita akan hadapi bila kita masuk ke penjara. Ianya bukan setakat kita masuk ke penjara lepak setahun dua. Tidak. Kita tinggalkan keluarga. Kerja. Kita ada reputasi buruk pada nama. Yang ditinggalkan terkesan kerana kita akan hilang dalam masa tertentu dari pandangan mata. Saat mereka sakit, terluka, kecewa kita tiada.

Apa yang Adam mungkin (mungkin je la) fikir ialah, melawan pun akhirnya kita akan didakwa.

Dah tak ada gunanya.

Bukannya kita boleh ubah apa-apa.

Kita demo je la aman-aman.
Kita ikut je la undang-undang.
Kita paksa la diri sabar-sabar.
Sampai masa undi nanti.
Kita pangkah je la betul-betul.

Pemikiran neh terjadi ialah kerana Adam consider pemikiran rakyat yang masih lagi mahu playsafe. Ya, ada ramai di kalangan kita walaupun mereka marah, sakit ahti dan geram dengan pentadbiran Najib, mereka masih lagi nak playsafe kerana memikirkan risiko-risiko yang bakal dihadapi jika mereka 'main langgar' je.



Antara respon yang diterima di ruangan komen. Nampak kan? Ramai pro-Adam.

Tetapi pakcik tu punya point of views pun tak boleh diabaikan juga.

Aku dulu macam Adam.
Tapi aku dah berubah jadi macam pakcik tu.
Yang mana tak boleh lagi kita duduk diam ikut peraturan (yang diarahkan oleh BN ke atas kita menggunakan kuasa undang-undang).

Selagi kita berani ikut undang-undang, selagi itulah BN masih mampu mengawal kita.

Tapi tak pula pakcik tu main langgar sorang-sorang.
Aku pun tak pula pergi langgar sorang-sorang.
Benda neh macam sebatang lidi dan seikat lidi.

Kalau ko buat sorang. Kau kiok. Senang gile BN nak mamposkan kau.

Sebab tu kita perlu tarik sokongan orang ramai. Dapat 100,000 yang sanggup menerima apa juga risiko pun jadila.

Kali ini kita betul-betul langgar kat Putrajaya.
Kali ini kita betul-betul jalan terus ke muka Najib.
Kita sampaikan suara kita supaya dia betul-betul faham yang kita tak main-main dengan protes kita.

100,000 daripada 13 juta yang layak mengundi.
Takan tak ada kot?

Aku baca berita Korean. Dorang berdemo berhari2 lamanya dan jumlah rakyat yang berhimpun berada di angka yang menawan.

Sedangkan skandal di Korea S dibandingkan dengan Najib Malaysia, terlalu jauh bhai. (baca : Bomoh, Ilmu Hitam, Hubungan Kekeluargaan Warnai Skandal Presiden Korea S)

Jika 1MDB berlaku di Korea, Najib takan berada di Peru sekarang.

Dia nak keluar rumah pun dia fikir 10 kali.

Jadi tak cukup lagi kesabaran yang kita dah curahkan selama neh? Sangka baik kita bukan kecik2 anak tau.

Kita bagi peluang pada PAC, Jabatan Audit Negara, Peguam Negara untuk analisis perkara-perkara berbangkit dalam 1MDB. Kita dah bagi peluang tu. Dan jawapan balas yang kita terima ialah kekecewaan. Kepercayaan kita mereka campak ke tepi. Jadi nak bersabar sampai bila? Nak bersabar macam mana? Sebab tu point pakcik tu munasabahnya ada.

Bila kita ramai-ramai langgar, kerajaan juga takan sewenang-wenangnya mengambil tindakan ke atas kita kerana kita ramai.

Sekarang neh apa yang terjadi ialah kita neh dari ramai kepada berpecah dan menjadi kecik. Berterabur. Bila kita kecik, tak bersatu, masing2 dengan pendirian dan idelogi masing2 maka mudah gile BN tiaw kita sana sini.

Sudahla ramai juga di kalangan kita tak faham.
Dia lawan 1MDB. Tapi dia tak baca pun benda-benda tu. Dia ikut-ikutan. Orang kata apa, ahhh dia main ikut. Bila ditanya kenapa? Dia terkebil2 nak jawab sebab taktahu. Mesti aku cakap orang macam neh tak boleh dibuat kawan. Bila kita tak faham kenapa kita lawan, maka elok kau jangan lawan la. Menyusahkan aje.

Parti politik tak akan mampu menyatukan kita.
Sebenarnya perpecahan kita neh kadangkalanya memberi kebaikan kepada pemimpin politik. Mereka pun ada yang hidup dan berjaya disebabkan di kalangan kita bersikap fasis. Bayangkan bila kita dah mula set minda takan undi berdasarkan agama, bangsa, keturunan, kaum, jantina sebaliknya hanya melihat kepada kemampuan sesuatu calon, logo bukan penghalang, kau berparti ke tak berparti ke tak menjadi masalah, kau rasa parti politik elit mana yang akan suka pemikiran macam tu di Malaysia? Jawapannya tak ada. Takan ada satu pun parti2 politik elit akan menyukai pemikiran seperti ini. Sepertimana BN, pembangkang juga berjaya hidup disebabkan masyarakat yang fasis.

Untuk itu, jangan kita mengharapkan perubahan dari pemimpin dan parti.

Oleh kerana kita sedang perjuangkan masalah diri kita, maka kita la kena jadi hero untuk melawan sungguh-sungguh. Yang nak playsafe biarkan mereka playsafe. Hidup ini tentang pilihan. Pilihan mereka hak mereka. Pilihan kita hak kita. Pilihan aku dan pakcik itu ialah kita kena 'langgar terus'.

100,000 menuju tepat ke Najib.
Mari kita jumpa dia dan 'slow-talk'.
Bukan kuning bukan merah.
Kita datang sebagai rakyat biasa.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...