Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 12 November 2016

Najib Tak Buat Kerja Rumah Ke? Kenapa Dia Sebut Kos ECRL 55b Untuk 600km?

Lainkali buat kerja rumah sebelum menuduh. Rahman Dahlan baru-baru neh menyindir Rafizi dalam isu syarikat RM2 dilantik untuk uruskan projek ECRL. Katanya syarikat itu dibawah MOF. Soal samada modal ia RM2 ataupun bukan tak sepatutnya timbul memandangkan ia adalah syarikat khas yang MOF tubuhkan bagi mengendalikan ECRL.

Ohh takpala.

Memegang nasihat menteri itu, aku nak tanya juga. Yang menyediakan #bajet2017 kepada Najib untuk dibentangkan di Parlimen ada buat kerja rumah tak?

Jika kita perhatikan sebaran visual ;



Dan infografik yang kita petik dari blog Najib Razak.. di ulangi BLOGGGGG NAJIBBB RAZAKKK... sebut betul-betul ya semua.. BLOG NAJIB RAZAK, kita dapati Najib Razak sendiri menyebarkan bahawanya kos sebanyak 55b adalah untuk 600km.

Apa yang disebarkan ini adalah berdasarkan kenyataan yang Najib Razak bentang di Parlimen lepas.

So, Najib tak buat homework? Sepatutnya 688km? Bukannya 600km? Team Najib tak buat kerja rumah? Najib main baca ke? Tak semak? Ke sebenarnya memang kerajaan plan 600km untuk 55b sebelum firma China merapik mengatakan 46b untuk 600km tiba2 kerajaan rasa ahhh sial la. Apa benda aku nak tipu rakyat neh. Ahhh ada idea. Tak begitu ke? 

Neh aku tanya je sebab aku tengah confuse juga. Memandangkan menteri begitu beria mengkritik Rafizi tak buat homework maka aku nak persoalkanlah juga, Najib selaku PM ada buat homework time mulut dia sebut 600km untuk 55b? Ada? Hah. Jangan macam-macam menuduh rakyat yang persoalkan juga. Kita persoalkan berdasarkan statement Najib sendiri. Menteri sebelum pongpang2 dok menyindir rakyat ka pembangkang ka kena buat homework juga. Kena amek tahu punca2 kepada persoalan yang ditimbulkan. Kau baik2 sikit menteri. Kau pun jangan macam2 nak main menuduh.

Baca juga episode satu dan dua. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...