Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 6 November 2016

Kos Projek ECRL Ialah 46b Kata CCCC Bukannya 55b.

Okay. Ini apa yang kami dapat menerusi laman web rasmi CCCC ataupun China Communications Construction Company Ltd.


Pautan rasmi adalah ==> http://en.ccccltd.cn/newscentre/companynews/

Menurut berita yang dikemaskini oleh CCCC ialah kos projek ECRL bernilai 46b ringgit Malaysia. Ia adalah berita terbaru dikemaskini oleh CCCC. Bertarikh 2 November 2016.

Ketika kami membaca laman web tersebut kami mendapati syarikat yang sama turut mendapat projek bagi projek keretapi di bahagian Selatan.

Ada pautan berita tentangnya juga. Kos bagi projek itu pula adalah 8.9b ringgit Malaysia. Ianya juga telah meningkat dari anggaran kos asal.

Ini berita yang dipetik menerusi portal Berita Harian.

 
Sumber

Manakala ini adalah apa yang dikemaskini oleh laman web CCCC pada 2 November lepas ;

 
Rujukan : http://en.ccccltd.cn/newscentre/companynews/201611/t20161102_50676.html

Tak pasti kenapa berlakunya peningkatan kos projek berkenaan. Mungkin juga kejatuhan nilai ringgit mempengaruhi kerana berita BH itu bertarikh 11 Mac 2016. Mungkin inila kot situasi yang kerajaan kata kejatuhan nilai ringgit merupakan perkara yang baik dan tidak perlu dirisaukan. Lagipun menteri pelancongan siap kata paling gembira sekali bila ringgit jatuh. Ekekekek..

Berbalik kepada kos projek ECRL. Oleh kerana ada perbezaan kos projek disitu dari segi laporan berita dan kenyataan pemimpin Malaysia berbanding berita yang tersedia di laman web CCCC, lebih baik kerajaan jelaskan kenapa wujudnya perbezaan laporan disitu. Kita nak tahu juga kenapa CCCC sebut kos projek bernilai 46b dan bukannya 55b. Mungkin ada bahagian2 yang kita tak faham atau terlepas pandang. Maka kat sini kita tuntut penjelasan bagi menjelaskan kekeliruan yang timbul. Minta tolong ya Najib. Tolong jawab ya. Kenapa.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...