Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 19 November 2016

Jamal Ditahan Polis - Gagal Menyorok Ke?

Dua sidang media Geng Merah yang sepatutnya Jamal hadir dan beri kenyataan, Jamal tak hadir.

Sidang media pertama selepas solat jumaat di Masjid Negara. Sidang media kedua pula dijadualkan pada jam 10. Juga di Masjid negara. Dan dia tetap tak hadirkan diri.

Ini dipercayai ada kaitan dengan siri tangkapan beberapa pemimpin dan aktivis #BERSIH5 dan #Merah yang dijadualkan akan berhimpun pada sabtu 19 November, beberapa jam dari sekarang.


Sebelum ini Jamal memberikan kenyataan media tentang penahanan Maria Chin di FBnya ;

#GerakanSelamatkanMALAYSIA 


KENYATAAN MEDIA Maria Chin Wajar Ditahan, BERSIH Pertubuhan Haram Gugat Keamanan Negara - Jamal 

Penangkapan Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah dan ahli jawatankuasanya, Mandeep Singh adalah perkara yang sepatutnya dilakukan pihak polis dalam memelihara keamanan negara. 

Sememangnya BERSIH mempunyai agenda jahat menghasut rakyat turun ke jalan raya untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang dipilih secara demokrasi menerusi sistem pilihan raya. 

BERSIH sebenarnya tiada hak untuk bersuara dengan mencanang mereka mewakili rakyat kerana pertubuhan ini haram dan tidak berdaftar secara sah. Saya juga berasa amat hairan dengan sikap sesetengah orang Melayu yang boleh terhasut dengan agenda kotor BERSIH. 

[SURVEY] How often do you shop online? 

Ini kerana BERSIH telah didalangi DAP yang berfahaman rasis dan anti Melayu-Islam malah bercita-cita untuk meruntuhkan kekuatan perpaduan di negara ini. 

Malah BERSIH telah dibiayai oleh dana asing termasuk dari sebuah badan milik penyangak matawang, George Soros. 

BERSIH juga dilihat berat sebelah dalam membangkitkan isu rasuah dengan membuat pertuduhan fitnah melampau terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga membangkitkan kebencian. 

Jika benar BERSIH sebuah pertubuhan bebas, desakan yang sama perlu dibuat ke atas beberapa pimpinan parti pembangkang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang terlibat dalam pertubuhan salah guna kuasa. 

Saya menyeru kesemua rakyat Malaysia menolak BERSIH 5 yang secara jelas tidak releven sekaligus cuba mengganggu gugat keamanan sekitar ibu negara esok.

Gerakan Baju Merah akan memastikan BERSIH 5 gagal dalam meneruskan demonstrasi yang mencemar undang-undang dan sistem raja berpelembagaan di negara ini. Sama-sama kita mendoakan agar Kuala Lumpur berada dalam keadaan aman esok. 

DATO’ JAMAL MD YUNOS 
Pengerusi Gabungan NGO Malaysia 
Jumaat, 18 November 2016

---------------------------

Ini mungkin selepas takut untuk munculkan diri di hadapan orang ramai. Mudah sangat polis nak spot kang.

Dan pada jam 1.30 pagi tadi, polis berjaya menahan Jamal di dalam sebuah bilik hotel. 

Jamal, ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Selangor, sekitar jam 1.30 pagi, ketika berada dalam bilik hotel di Jalan Tun Razak, di sini. 

Pada masa ini, Jamal yang dikawal ketat pihak polis dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di Shah Alam. Dengan penangkapan Jamal, kini seramai 14 individu yang dipercayai bakal terbabit dengan perhimpunan di sekitar ibu negara, sudah ditahan sejak jam 5 petang semalam. 

Untuk rekod, selain Jamal Yunos, Razali Zakaria ahli geng Merah turut ditahan polis beberapa jam sebelum Jamal ditahan.

Walaubagaimanapun belum ada maklumat Jamal ditahan dan akan disiasat di bawah akta apa.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...