Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 11 November 2016

Bagaimana Musa Aman & Keluarganya Menjadi Kaya Raya - Apakah Ini Sebabnya Jufazli Ditahan Polis?

Jufazli Shi Ahmad ialah aktivis anak muda dari Sabah. Pemuda ini berusia 26 tahun dan dia merupakan pengasas Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah. 

Pada 9 Nov lepas, Jufazli mengemaskini FBnya dengan menyatakan bahawanya dia telah dibawa oleh polis. Peguam yang mewakilinya kemudiannya menjelaskan bahawa Jufazli telah ditahan reman selama 2 hari dan akan terus di bawa ke Sabah.

Punca Jufazli ditahan dipercayai adalah disebabkan beberapa siri pendedahan yang dilakukan olehnya menerusi laman Facebook.

Pada 2 November lepas, Jufazli menyatakan ini ;


Bertindak lebih 'agresif', Jufazli kemudiannya menyebarkan perkara ini pula ;

EKONOMI POLITIK SABAH: BAGAIMANA MUSA AMAN & KELUARGANYA MENJADI KAYA RAYA DI NEGERI SABAH?


1) Musa Aman mempunyai "bayangan" pegangan saham atas nama Michael Chia atau dikenali sebagai Chia Tien Foh di CTF Intenational Ltd dan dua syarikat asing lain untuk menyembunyikan kekayaannya di luar negara. Skandal merompak wang kayu balak jutaan ringgit yang disimpan di akaun peribadi Musa Aman di negara Hongkong seperti yang pernah didedahkan oleh pemerhati antarabangsa sejak tahun 2012 lagi adalah melibatkan modus operandi aktiviti kewangan luar pesisir (offshore). Apabila ada kuasa sebagai Ketua Menteri dan Menteri Kewangan, ini adalah kelebihan untuk "hilangkan" duit rakyat Sabah demi kekayaan diri sendiri. 
2) Jika seorang bapa mempunyai kepakaran "menyembunyikan" wang rakyat Sabah demi kekayaannya agar mampu mengukuhkan kuasa dalam politik Sabah, maka anaknya juga Yamani Hafez Musa mempunyai kepakaran yang sama. Yamani Hafez yang dikenali oleh orang Sabah sebagai Ketua Pemuda UMNO Sabah juga terlibat dengan aktiviti perniagaan antarabangsa yang dikatakan oleh perisik maklumat antarabangsa sebagai satu skandal korupsi antarabangsa yang dilindungi undang-undang.
3) Menurut laporan antarabangsa ICIJ, Yamani Hafez Musa adalah pemegang saham di dalam Syarikat Olivine Finance Ltd sejak 2 Januari 2004. Syarikat ini didaftarkan di British Virgin Islands bagi bertujuan untuk menyembunyikan kekayaan dan mengelak daripada membayar cukai. Persoalannya, daripada manakah duit Yamani Hafez dapat untuk membeli saham ini sehingga perlu menyembunyikan kekayaannya di luar negara? Adakah menggunakan duit rakyat Sabah atas nama agensi kerajaan negeri Sabah sehingga sanggup menjalankan aktiviti perniagaan di negara luar secara haram?
4) Paling mengejutkan, berdasarkan laporan yang sama, Yamani Hafez Musa menggunakan alamat agensi kerajaan negeri Sabah iaitu Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) di dalam pegangan saham syarikat asing tersebut. Persoalan kita sebagai rakyat, adakah modal kewangan SEDCO dibawa masuk ke Syarikat Olivine Finance Ltd sedangkan Yamani hafez Musa tiada jawatan di dalam agensi kerajaan ini? Mengapa mesti gandingkan nama Yamani Hafez dan alamat agensi kerajaan yang sering mendapat peruntukan bajet projek tahunan daripada kerajaan Pusat?
5) Untuk makluman semua rakyat Sabah, adalah perkara biasa Musa Aman menggunakan nama anak dan ahli keluarganya serta kroni beliau untuk memonopoli kekayaan di negeri Sabah. Bermula daripada konsesi projek Air, Jalan Raya dan Lebuh Raya, Projek Perkapalan dalam industri minyak petroleum dan gas asli serta industri pembalakan di negeri Sabah. Menurut perisikan maklumat yang kami buat di dalam Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah, Musa Aman menggunakan "secret server" bagi menyembunyikan dokumen dan maklumat perniagaannya di dalam Sabah dan luar negara. Jika dokumen ini terlepas di tangan orang lain, nyawa pemberi maklumat ini ibarat nyawa-nyawa ikan seperti mana pemberi maklumat skandal merompak wang rakyat Sarawak yang mati "dibunuh" di negara luar.
6) Jika anda semua tertanya-tanya mengapa negeri Sabah masih ketinggalan jauh dari segi kemajuan infrastrutkur, rakyatnya masih ramai miskin sehingga merempat di tempat orang, tiada tanah dan tempat tinggal dan ekonomi Sabah antara yang termiskin di Malaysia, ia adalah kerana monopoli sumber kekayaan hari ini adalah milik ekslusif "Musa Aman dan keluarganya serta kroni". Industri perhotelan begitu sinonim dengan Anifah Aman di Sabah dan namakan apa saja hotel yang ada pegangan sahamnya. Pulau-pulau di negeri Sabah juga turut dimiliki oleh pegangan saham keluarga ini. Paling mengejutkan, anak Anifah Aman iaitu Ahmad Zachry Anifah, antara yang dilaporkan oleh perisik maklumat antarabangsa ICIJ sebagai ahli perniagaan yang menyembunyikan kekayaan di luar negara seperti yang dibuat oleh anak Musa Aman sendiri.
7) Apakah pengajaran daripada masalah yang akan dianggap fitnah oleh ahli-ahli UMNO-BN dan penyokong Musa Aman ini? Apakah rakyat Sabah perlu lakukan selepas ini? Kita perlu wujud "mind setting" jangan lindungi pemimpin sebegini dan jangan berikan kuasa kepada mereka. Jangan undi lagi pemimpin dan kerajaan korup sebegini. Ini adalah kerajaan perompak wang rakyat Sabah yang akan memiskinkan negeri Sabah. Paling sadis, proses perniagaan antarabangsa dan monopoli ekonomi tempatan sebegini adalah sama dan sebiji dengan cara Suharto dan keluarganya "merompak" wang rakyat Indonesia sehingga memiskinkan Indonesia dan rakyatnya merempat di negara orang.
Rakyat Sabah perlu bersatu dan tumbangkan kuasa mereka!
Lawan tatap lawan sampai tumbang!

Jufazli Shi Ahmad
Pengasas Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah 
Penganalisis Politik & Aktivis
Kelulusan Master Bidang Sains Politik & Sarjana Muda Bidang Sejarah





-----------------------





Perkara di atas ditulis oleh Jufazli pada 3 November.





Dan kemudiannya pada 7 November, Jufazli menyebarkan ini pula ;












Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.





Perkara di atas adalah tentang skandal air yang melibatkan jutaan ringgit. 





Nampak flow dia tak?





Kemudiannya pada 9 November, Jufazli terus ditahan polis. Apa yang kita patut fikir lagi? Pandai2 la kau semua hadam.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...