Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 2 November 2016

Apa Itu Pasukan Operasi Khas Nasional & Apa Yang Anda Patut Tahu Tentangnya.

Pada 27 Oktober yang lepas, Najib Razak telah melancarkan satu pasukan keselamatan baru yang dikenali sebagai Pasukan Operasi Khas Nasional.

Tujuan penubuhan.

Untuk menanggani segala macam bentuk ancaman keganasan ataupun ancaman yang kerajaan fikir akan mendorong atau cenderung ke arah keganasan. Sesuai dengan peredaran zaman, ancaman keganasan juga semakin berkembang dengan pesat seiringan dengan perubahan keadaan sekeliling. Oleh itu tidak aneh juga apabila pasukan keselamatan negara perlu menjadi semakin advanced dalam menanggani ancaman keganasan.

Pasukan Operasi Khas Nasional ini turut dikenali sebagai NSOF singkatan kepada Nasional Security Operation Force.


Menurut Ketua Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, akta baharu ini akan membantu pasukan keselamatan untuk menyelaras dan menangani sebarang bentuk ancaman atau jenayah dengan lebih baik.
“Dengan kebangkitan kumpulan-kumpulan seperti Islamic State (IS), penyelarasan seperti ini dan tindak balas pantas daripada pelbagai agensi adalah satu kemestian,” katanya.
Ujar beliau lagi, di bawah undang-undang baharu itu, sesuatu kawasan hanya boleh diisytihar sebagai kawasan keselamatan atas cadangan dan nasihat oleh MKN dan tertakluk kepada kelulusan Parlimen.



Siapa yang berada dalam unit khas bersepadu ini?

Menurut maklumat, 3 agensi akan menjadi nadi utama sebagai pengerak dalam NSOF. Agensi berkenaan ialah Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM).

Ketiga-tiga agensi berkenaan akan menyediakan pegawai yang akan terlibat dalam operasi khusus menanggani ancaman keganasan dan militan samada datangnya dari luar ataupun dalam negara.

NSOF ialah pasukan keselamatan khas yang bergerak di bawah arahan Najib. Betul ke?

Ya, dan juga tidak.

Eh, apa itu?

Ya, jika dikatakan Najib berhak memberikan arahan ke atas NSOF. Ini kerana penubuhan NSOF berkait-rapat dengan kelulusan Akta Majlis Keselamatan Negara ataupun dikenali dengan singkatan NSC, National Security Council 2016. Dalam NSC 2016, Najib Razak bertindak sebagai Pengerusi kerana kedudukannya sebagai Perdana Menteri (rujuk).

Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 telah mula berkuatkuasa pada 1 Ogos 2016. Akta ini bertujuan untuk memberikan kuasa kepada Perdana Menteri & mereka yang berada dalam MKN bagi melakukan pengisytiharkan darurat berdasarkan kepada ancaman-ancaman yang disifatkan mendorong kepada keganasan yang berupaya menjejaskan keselamatan rakyat dan negara.

Akta ini juga membolehkan mana-mana individu, pihak, entiti, yang disifatkan ada niat, sedang, telah melakukan keganasan boleh/berhak ditahan dan disiasat tanpa perlu melalui proses perundangan kebiasaan negara.

Bagaimana? Ini sudah cukup menakutkan anda? Belum lagi. Mari fahamkan lebih mendalam tentang kemampuan akta ini terhadap anda (jika ada niat melakukan keganasan, maka anda patut rasa risau)

Pertama. Perdana Menteri diberi kuasa untuk mengisytihar sesuatu kawasan sebagai kawasan keselamatan untuk enam bulan sekali. 

Kedua. MKN boleh mengarahkan mana-mana pasukan keselamatan atau entiti kerajaan yang lain ke kawasan berkenaan. 

Ketiga. Pengarah Operasi boleh memerintahkan pemindahan atau penempatan semula orang. Kegagalan untuk mematuhi perintah tersebut boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali. 

Keempat. Tanpa memerlukan waran, pasukan keselamatan boleh menahan dan memeriksa mana-mana orang, kenderaan, pengangkutan air (vesel), dan juga pesawat udara di kawasan yang telah diisytihar sebagai kawasan keselamatan. 

Kelima. Mereka juga mempunyai kuasa memasuki dan menggeledah mana-mana premis yang mencurigakan dan boleh menyita apa sahaja barangan yang dipercayai menjadi sebahagian daripada pelakuan sesuatu kesalahan. 

Keenam. Pengarah Operasi diberi kuasa untuk mengarahkan perintah berkurung di kawasan keselamatan. Tanpa waran, mana-mana anggota kumpulan keselamatan boleh menahan sesiapa sahaja yang didapati melakukan, didakwa melakukan, atau disyaki melakukan suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang di dalam kawasan keselamatan. 

Ketujuh. Jika perlu, pasukan keselamatan boleh menggunakan kekerasan untuk memelihara keselamatan negara. Tetapi ini tidak boleh termasuk apa-apa tindakan yang boleh menyebabkan kematian atau kecederaan besar pada tubuh badan, melainkan jika mereka rasa bahawa tindakan seperti itu munasabah untuk dilakukan. 

Kelapan. Majistret atau koroner boleh mengetepikan pengadaan siasatan kematian atau inkues ke atas mayat mana-mana anggota Pasukan Keselamatan yang bertugas. Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau apa-apa prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap Majlis, mana-mana jawatankuasa, mana-mana anggota Majlis atau jawatankuasa, Pengarah Operasi, atau mana-mana anggota Pasukan Keselamatan atau kakitangan Entiti Kerajaan yang lain berkenaan dengan apa-apa perbuatan, kecuaian atau keingkaran yang dilakukan atau ditinggalkan olehnya dengan suci hati, atas sifat yang sedemikian. 

Bagaimana? Rasa takut? Silakan, jika anda ada niat melakukan keganasan.

Pun begitu, akta MKN 2016 yang telah diluluskan baru-baru ini sebenarnya turut menerima kecaman kerana dibimbangi ia akan digunakan untuk tujuan salah.

Tujuan salah yang bagaimana?

Yang paling hangat dibincangkan dikalangan netizens ialah jika, akta ini digunakan untuk mengisytiharkan darurat ke atas kawasan-kawasan yang dimenangi oleh pembangkang dalam PRU yang akan datang.

Bahkan, mereka juga bimbang jika ianya digunakan untuk menfitnah individu yang tidak bersalah.

Oleh kerana akta ini berisiko disalahguna sepertimana Akta Hasutan dan ISA, maka ianya menerima pelbagai kritikan.

Berbalik kepada NSOF tadinya itu. NSOF ini ialah Pasukan Keselamatan Khas Bersepadu di bawah NSC. Buat permulaan ia akan dianggotai oleh 15 pegawai dan akan berubah mengikut keperluan.

Oleh kerana Najib bertindak sebagai Pengerusi di dalam NSC, maka Najib berhak memberikan arahan kepada NSOF. Namun NSOF ini bukanlah Pasukan Keselamatan Khas Peribadi Najib yang mana Najib berhak mengarahkan ia pada bila-bila masa atas apa pun tujuannya. Ini kerana NSOF hanya berfungsi menanggani keganasan sebagai teras utama tugas mereka.

Adakah anda jelas?

Ketika dilancarkan pada beberapa hari lepas, NSOF juga telah diblast kerana mottonya. Ini bermula dengan kritikan KJ yang menyifatkan slogan yang berjahit pada baju seragam Pasukan Operasi Khas Nasional mempunyai 'english yang agak terabur'.

KJ menegur;



Ia turut disahut oleh media sosial apabila turut mengkritik slogan yang tertera ke atas pakaian seragam NSOF.

Konklusinya.

Sebenarnya, ancaman keganasan itu benar. Ia benar-benar wujud di dalam negara. Ini kita boleh lihat apabila sesetengah dari masyarakat kita cenderung ke arah idelogism militan yang mengalakkan aktiviti pembunuhan.

Bahkan dalam beberapa siri tangkapan dan pendedahan ada dinyatakan betapa sesetengah ancaman keganasan itu mempunyai organisasi yang cukup tersusun dan bersistematik bahkan bergerak mengikut satu saluran khusus yang berupaya menghasut orang ramai untuk melakukan keganasan.

Namun, apa yang diharapkan oleh rakyat ialah agar ;

1. Najib dan barisan kabinet tidak menyalahgunakan akta ini untuk menyerang mana-mana individu, pihak ataupun organisasi atas nama politik.

2. Tidak melakukan sebarang bentuk diskriminasi ataupun tangkapan yang berniat jahat, serong dan fitnah.

3. Tidak menggunakan NSC dan NSOF untuk menyerang mana-mana pihak atas tujuan berbaur politik, peribadi dan sentimen kepartian.

4. Tidak menggunakan NSC dan NSOF untuk melindungi mana-mana pihak yang bersekufu dengan aktiviti jenayah dan sewaktu dengannya.

5. Segala butiran perbelanjaan seperti penyediaan aset, pembayaran gaji, elaun, didedahkan dengan lengkap tanpa terikat dengan OSA. Rakyat perlu tahu supaya kita jelas ianya benar-benar berfungsi seperti yang dinyatakan.

6. Segala arahan yang akan dikeluarkan perlu lah selaras dengan tujuan penubuhan akta ini iaitu menanggani ancaman keganasan tidak boleh sesekali lari dari matlamat utama. Kriteria ketika mengeluarkan satu-satu keputusan juga perlula diadili dengan sewajarnya sebelum satu-satu tindakan diambil. 

Dalam erti kata lain, rakyat mahu kerajaan laksanakan akta ini sepertimana yang dicadangkan dan dicanangkan oleh kerajaan. Iaitu untuk menanggani keganasan dan ia patut kekal sebegitu. Jangan sesekali lari dari tajuk sebenar.

Rujukan.

http://www.channelnewsasia.com/news/asiapacific/malaysia-s-national-special-operations-force-gets-flak-for-motto/3240694.html

http://www.astroawani.com/video-malaysia/kerajaan-tubuh-pasukan-operasi-khas-nasional-130536

http://www.bacalahmalaysia.com/2016/10/29/pasukan-operasi-khas-nasional-nsof-buku-bertemu-ruas/

http://www.mynewshub.cc/tag/pasukan-operasi-khas-nasional/

http://www.toodia.my/2016/08/02/apa-yang-anda-perlu-tahu-tentang-akta-majlis-keselamatan-negara/

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...