Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 11 Oktober 2016

TONTO & Pengkuasa Yang Lemah - Kenapa Gagal Menanggani TONTO, Siapa Tangan Ghaib Yang Melindungi Sindiket?

Kes tonto kacau tugas penguatkuasa bukan perkara baru di Malaysia. Ianya selalu dilaporkan menerusi media-media utama dan nampaknya big boss - big boss kepada agensi-agensi penguatkuasa awam ini seolahnya tidak memikirkan risiko bahaya ke atas nyawa kakitangan-kakitangan mereka.

Baru-baru ini kes di Kelantan, pegawai kastam maut apabila kenderaan yang dinaiki mereka dirempuh tonto. Ketika itu penguatkuasa sedang mengekori sebuah van yang dikatakan mencurigakan dipercayai membawa rokok seludup. Kenderaan tonto kemudiannya merempuh kenderaan yang dinaiki pegawai2 kastam tersebut menyebabkan 2 cedera manakala seorang maut. 

Berikut di bawah ialah beberapa contoh rujukan kes di mana tonto semakin lama semakin berani mencabar kuasa penguatkuasa-penguatkuasa di negara kita.

Di Kejar 15 Kenderaan TONTO 

TONTO BANTU PEMANDU LORI BARANG SELUDUP LARIKAN DIRI 

TONTO Cuba Bunuh Pegawai Kastam. 

Ancaman Samseng TONTO Ke Atas JPJ 

Situasi Cemas, Penguatkuasa Dikepung 14 Tonto  

Dia situasinya begini.

A pegawai kastam/jpj yang amanah > A jalankan tanggungjawab > A ada risiko jadi perhatian mata-mata tonto dalam agensi kerajaan dan tonto ketika keluar menjalankan tugas > A bukan begitu power dan berkuasa untuk menjalankan tugas dengan berwibawa disebabkan masalah dalaman.

B pegawai kastam / jpj yang tidak amanah > B menerima rasuah > B akan feed info tentang pergerakan penguatkuasa yang mendapat maklumat tentang penyeludupan, lori hantu dan sebagainya > B bekerjasama dengan tonto secara sulit dan menerima imbuhan.

C pegawai kastam / jpj yang keliru dan buntu. C mahu menjalankan tugas dengan amanah. C risau nyawa melayang disebabkan mahu menjalankan tanggungjawabnya itu. C juga enggan menerima rasuah. C hanya mengambil sikap berkecuali kerana tidak berani berhadapan dengan sebarang risiko buruk yang memungkinkan dia kehilangan nyawa ketika bertugas.

Situasi A,B dan C tidak sama oleh itu cara kita mengekpresikan pandangan pun perlu peka kepada keadaan-keadaan ini. Kita jangan jadi masyarakat yang terlalu mudah pukul rata.

Kadang2 kita baca di berita sesetengah penguatkuasa berjaya menjalankan tugas dengan menangkap mereka2 yang memandu lori secara salah dan membawa barang seludup meskipun ada campurtangan oleh tonto ketika bertugas. Itu perlu bagi memastikan masyarakat umum mengetahui yang KASTAM dan JPJ ini juga menjalankan tugas. Sekali sekala masyarakat perlu difeedkan dengan berita2 begini. KPI tetap KPI. Ianya perlu dijaga. Tetapi bukannya rahsia lagi apabila sindiket turut merasuah kakitangan dalaman agensi penguatkuasa bagi mendapatkan info tentang serbuan dan operasi.

Cuba kita lihat persepsi masyarakat tentang ini.




Pada tahun lepas, ini apa yang dikatakan MB Perak.


Apa yang diduga telah pun berlaku. Ancaman keselamatan bukan sahaja kepada pengguna jalanraya bahkan terhadap nyawa penguatkuasa itu sendiri. Kes pegawai kastam yang maut dirempuh tonto telah membuktikan perkara ini.

Jika kita perhatikan masalah-masalah yang berlaku dalam kes ini ialah ;

1. Pegawai agensi penguatkuasa yang menerima rasuah, gunting dalam lipatan, mendedahkan operasi kepada musuh.

2. Tonto yang berani dengan mengekori kenderaan penguatkuasa. Dorang duduk melepak kat depan pejabat tunggu siap-siap.

3. Tonto yang follow lori hantu, lori langgar peraturan. 1 lori 1 tonto dah siap2 follow.

4. Penguatkuasa tidak mempunyai teknologi atau keadaan yang menyokong kepada tugas seperti kamera depan belakang, senjata api, akses mudah kepada polis, had kuasa yang terhad, kekurangan kakitangan.

5. Undang2 yang begitu longgar dan tidak menakutkan tonto samada disebabkan peraturan itu sendiri mahupun kerana diabuse oleh pegawai penyiasat.

Oleh kerana itu, dari sekarang perlunya perubahan bagi membanteras kegiatan tonto yang berleluasa. Orang atasan jangan makan gaji buta. Do something to protect your own people and your rakyat.

Jangan kita lupa juga. Lori terlebih muatan dan berbahaya ini bukan kali pertama membahayakan dan mencabut nyawa pengguna jalanraya. Tonto dan pemandu lori neh tak pernah fikir tentang nyawa kita. Kerana kita ada 100 nyawa agaknya. Mereka hanya fikir tentang wang saja. Itu ini mahal jadi nak jimat kos kononnya. Wtf. Kau ada duit bayar tonto tapi takde duit nak selenggara lori kau elok-elok? Duit lebih berharga dari nyawa manusia. Inila pemikiran pemilik lori.

Ketika tonto mengejar pegawai kastam yang mengejar penyeludup mereka tak pernah fikir tentang bahaya yang mereka hidangkan kepada rakyat Malaysia. Rokok seludup, arak seludup, rokok yang lebih murah, pelajar beli. Arak yang lebih murah, lebih mudah dijual sampai budak2 yang belum cukup umur pun boleh consume. Ini situasi yang beranak dari situasi pertama. Situasi yang beranak itu memberanakkan situasi yang lain. Kerajaan perlu kempen anti rokok seludup. Duit rakyat lagi.

Apabila satu-satu negara kadar jenayahnya berleluasa, penjenayah boleh bertindak sesuka ahti mak bapak dorang itu bermaksud rasuah dah beranak pinak dan membarah dari bawah ke atas, atas ke bawah sebab tu gagalnya kita menyelesaikan masalah berbangkit. Rasuah dan Malaysia ibarat berpisah tiada. Sampai bila yang jujur dan amanah akan terus dibuli oleh mereka yang makan rasuah? Sampai bila mereka yang betul2 dedikasi buat kerja perlu berhadapan dengan risiko mati? Ia samada masyarakat bersatu ahti lawan dari sekecil2 rasuah membawa kepada yang besar, atau biarkan diri terus berpecah diperbodohkan pemimpin dan politik sampai hak diri sendiri terabai. Fikir dari sekarang apa yang kita patut buat semoga 10,20,30 tahun akan datang generasi kita takan fikir benda yang sepatutnya kita ubah dari sekarang.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...