Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 8 Oktober 2016

Rayuan Kepada Najib, Jangan Jual Syarikat Bumiputera Lagi, Saham Makin Sikit - Kali Ini Anak Syarikat MISC Bakal Lesap.


PENGAMBILALIHAN MISC INTEGRATED LOGISTICS SDN BHD (“MILS”), ANAK SYARIKAT KEPADA MISC BERHAD (“MISC”), OLEH SWIFT HAULAGE SDN BHD (“SWIFT”) YANG DIKUASAI DAN DIMILIKI OLEH LOO HOOI KEAT

1. Pada 9 Mei 2016, MISC, anak syarikat pegangan majoriti Petroliam Nasional Berhad (“PETRONAS”) telah membuat pengumuman di Bursa Malaysia bahawa MISC telah mementerai satu Perjanjian Jual Beli Saham Bersyarat bagi melupuskan pegangan 100% ekuiti MISC di dalam MILS kepada SWIFT. SWIFT diberi masa selama enam (6) bulan dari tarikh pengumuman itu untuk melengkapkan urusan berkaitan pengambilalihan tersebut.

2. MILS adalah sebuah syarikat logistik bersepadu (integrated logistics) yang menawarkan perkhidmatan penghantaran pintu-ke-pintu termasuk pengurusan logistik kargo projek mega, pengangkutan darat, laut dan udara, perkhidmatan gudang, pelepasan cukai dan pelbagai aktiviti berkaitan logistik. MILS adalah antara peneraju utama industri logistik bersepadu tempatan.

3. Penjualan MILS kepada SWIFT bertentangan dengan dasar semasa kerajaan untuk menambah pegangan saham ekuiti Bumiputera di dalam syarikat korporat tempatan berkeupayaan tinggi melalui penswastaan anak-anak syarikat berkaitan kerajaan.

4. Pihak pengurusan MISC menjual MILS kerana berpendapat bahawa perniagaan MILS adalah bukan teras dan secara strategik tidak relevan kepada MISC yang bersaing lebih di arena perkapalan antarabangsa khususnya di dalam bidang minyak dan gas. Itu adalah benar, kerana hakikatnya perniagaan MILS lebih bersifat domestik tetapi sebagai peneraju utama industri logistik bersepadu tempatan, MILS memainkan peranan penting dalam menyokong dan membangun aktiviti ekonomi tempatan.

5. Pengambilalihan ini akan memberi kesan kepada kesinambungan status pekerjaan pekerja-pekerja MILS sekarang ini yang 90%, atau lebih kurang 1,100 orang adalah pekerja Bumiputera. Sebahagian besar daripada pekerja ini mungkin akan dibuang kerana pengurangan pekerja kerana pertindihan fungsi adalah satu tindakan lazim selepas penyatuan dua syarikat yang menceburi bidang yang sama.

6. MILS sebagai salah sebuah syarikat logistik bersepadu tempatan besar yang dikuasai pengurusan Bumiputera menjadi platform untuk melahirkan professional Bumiputera berskil tinggi di dalam bidang logistik dan juga menawarkan ruang untuk melatih generasi muda di dalam bidang teknikal berkaitan dengan logistik seperti penyelenggaraan lori peneraju utama, trailer dan juga sebagai pemandu professional.

7. Antara faktor utama kejayaan model perniaagan MILS adalah pemilikan aset hartanah di lokasi strategik termasuk tanah lapangan, dan gudang simpanan kering dan sejuk. MILS memiliki 140 ekar tanah dan 760,000 kaki persegi gudang di lokasi strategik. MILS juga memiliki hampir 300 unit lori peneraju utama dan 800 trailer. Penjualan ekuiti MILS kepada SWIFT akan menyebabkan pemilikan aset bukan kewangan Bumiputra berkurang.

8. Apabila syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ingin melupuskan pegangan ekuiti di dalam anak syarikat mereka, keutamaan sepatutnya diberi kepada syarikat Bumiputera yang mempunyai merit. Penjualan ekuiti MILS kepada SWIFT, jika diteruskan juga, akan menyebabkan penglibatan Bumiputera di dalam sektor strategik seperti logistik tempatan berkurangan dan menambah ketidakseimbangan penguasaan ekonomi di dalam sektor ini.

9. Nasib pengusaha Bumiputera yang sekarang bernaung dengan MILS juga akan terjejas. Dianggarkan sebanyak RM60 – 70 juta kontrak telah diberikan kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera ini setiap tahun terutama di dalam bidang yang sukar untuk mereka menembusi pasaran seperti penyelengaraan lori peneraju utama, ‘high pressure tankers’, trailer paniang, dan juga pembekalan dan pelembaran tayar lori dan trailer. Penjualan ini akan menyebabkan peluang perniagaan kontraktor-kontraktor Bumiputera yang benaung di bawah MILS turut terjejas.

10. MILS menyediakan perkhidmatan logistik bersepadu yang amat penting untuk melengkapkan dan memantapkan ekosistem penyampaian perkhidmatan usahawan Bumiputera. Jika MILS dikuasai bukan Bumiputera, pemantapan ekosistem yang kondusif untuk melahirkan usahawan Bumiputera yang berdaya saing mungkin akan terjejas.

11. SWIFT dikuasai oleh Loo Hooi Keat. Loo Hooi Keat sebelum ini merupakan rakan niaga majoriti dalam Konsortium Perkapalan Berhad yang telah diselamatkan oleh MISC / PETRONAS pada 1998. Sebaik sahaja diselamatkan, Loo dan rakan niaganya menubuhkan Konsortium Logistik Berhad (“KLB”) yang kemudiannya dilupuskan sepenuhnya kepada Ekuinas pada tahun 2010. Dengan hasil daripada pelupusan, Loo menubuhkan Swift, menyuntiknya dengan Yinson Haulage Sdn Bhd, dibeli dari Yinson Holding. Berdasarkan rekod ini, kami percaya pengambilalihan MILS oleh SWIFT bukan niat ikhlas untuk membangunkan MILS tetapi lebih kepada satu inisiatif muslihat pelaburan (investment flipping exercise).

12. Umum juga mengetahui bahawa Loo Hooi Keat masih belum membayar wang pampasan yang diterima daripada Ekuinas kepada barisan pengurusan KLB susulan penjualan KLB kepada Ekuinas sebelum ini.

13. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga selaku Pengerusi Majlis Ekonomi Bumiputera harus campur tangan dan mengambil tindakan serta-merta untuk membatalkan cadangan pengambilalihan syarikat MILS oleh SWIFT.

14. Pihak pengurusan MILS semasa yang diwakili penuh ZAYM CAPITAL PARTNERS PLT/ZAYM CAPITAL SDN BHD (ZAYM) harus diberi keutamaan mengambilalih syarikat MILS. Pengurusan MILS telah mengenal pasti sumber kewangan kukuh untuk membiaya sepenuhnya pengambilalihan ini.

15. Pengurusan MILS berhasrat untuk menubuhkan satu Skim Pegangan Ekuiti Amanah Pekerja di dalam syarikat MILS kepada seluruh warga pekerja MILS yang layak untuk merealisasikan kesinambungan pemilikan bagi tujuan penjajaran matlamat dan objektif korporat. Pengurusan MILS juga berjanji akan mengekalkan pekerja sedia ada mengikut terma pekerjaan sekarang sekurang-kurangnya selama lima (5) tahun akan datang, berbanding janji SWIFT selama satu (1) tahun.

16. Hasrat pengurusan MILS untuk mengambilalih MILS disokong kuat oleh Kesatuan Pekerja MILS dan pekerja bukan ahli kesatuan. Sebelum ini, pekerja-pekerja MILS termasuk bukan ahli kesatuan pekerja telah menyerahkan petisyen bantahan dan meyatakan sokongan pengambilalaihan oleh pihak pengurusan untuk tindakan YAB Perdana Menteri. Walaupun YAB Perdana Menteri telah menyarankan agar pihak pengurusan PETRONAS dan MISC mempertimbangkan semula urusan pengambilalihan itu, sehingga hari ini tiada tindakan susulan diambil oleh mereka.

17. Pihak pengurusan menawarkan harga pembelian yang tidak kurang daripada tawaran pihak SWIFT. MISC tidak akan mengalami kerugian kewangan jika menerima tawaran pengurusan MILS.

Sekian...

Sumber.


Skandal yang pernah kecoh dua tahun sudah.


Ada kaitan ka? Tanya ja.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...