Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 28 Oktober 2016

Kami Rakyat Malaysia Mahu Najib Pulangkan Panda - Guna Wang Itu Untuk Bina Hospital.

Pulangkan balik panda kepada China.
Kerajaan Malaysia tiada duit.
Najib sendiri mengakui bahawanya GST menyelamatkan ekonomi negara di kala kejatuhan harga minyak dunia. (baca sini)

Pada tahun lepas, kutipan GST ialah 27.126b. Ini ialah kutipan bersih bagi tahun 2015. Ia mula dilaksanakan pada April 2015. 

Kerajaan perlu GST bagi menganti semula hasil yang hilang dari Petronas. Hasil yang hilang itu kerajaan kutip dari poket rakyat Malaysia. Oleh kerana itu hasil yang diperolehi oleh kerajaan perlu dibelanjakan dengan cara mengutamakan kepentingan rakyat segenap lapisan.

Rakyat Malaysia selamatkan negara dengan membayar GST. Oleh kerana itu ia adalah normal jika Najib membalas budi rakyat dengan 'menyelamatkan' rakyat dalam cara menyediakan prasarana-prasarana yang sepatutnya dirasai oleh rakyat.

Hospital dengan kemudahan yang mengikuti piawaian keselamatan terkini patut disediakan kerajaan. Menurut Tunku Idris kerajaan mengabaikan permintaan pembinaan hospital baru.


Rujuk gambar ;

Bina hospital tangguh-tangguh tapi beli jet laju je

Tunku Idris benar. Sukan bola sepak dengan pembinaan hospital tak sama. Jika korporat mengeluarkan modal bagi membina hospital, ianya menjadi hospital swasta yang sudah pastinya mensasarkan keuntungan. Benda bodoh macam neh pun takan nak terang satu persatu. Alahai meluatnya korang.

Sudah pasti alasan kerajaan mereka kekurangan duit, duit dan duit. Ini terbukti apabila #bajet2017 turut menyaksikan beberapa lagi jenis peruntukan yang membabitkan rakyat telah dikurangkan termasuklah subsidi minyak masak.

Cakap je la dah korang takde duit. Nak karang ayat merepek2 buat apa.

Okey kejap.

Najib kata ekonomi negara kukuh. Padahal ekonomi negara tak kukuh. Namun kita belum jatuh sebab kerajaan kita menggunakan GST untuk 'menongkat' ekonomi negara kita agar terus bertahan. Yang neh faham kan korang?

Oleh kerana ekonomi negara kita dalam keadaan bertahan, maka beberapa perkara yang di anggap tidak penting (mengikut pendapat menteri2 bingai) akan dikurangkan belanjanya. 

Lagi perkara dipotong kerana kekangan kewangan kerajaan pusat

Antara yang menjadi mangsa kerajaan ialah sektor kesihatan, pendidikan, perkhidmatan seperti pengangkutan, subsidi dan prasarana awam. Yang ini, jelas?

Pada tahun 2015, kerajaan luluskan kenaikan gaji ahli parlimen. Beberapa negeri turut menaikkan gaji ahli dewan undangan negeri (DUN). (baca sini)

Dah tahu ekonomi negara bermasalah, sibuk juga nak naikkan gaji. Ini kerana menteri2 nak juga bertahan dalam tempoh sukar ini. Itu yang beria juga push kenaikan gaji, nampak?

Selain dari itu ;

 
Syarikat pelaburan strategik 1Malayia Development Berhad (1MDB) membayar bunga berjumlah RM2.7 bilion setahun kepada bank untuk melunaskan hutang berjumlah RM42 bilion yang terkumpul sejak enam tahun lalu, menurut Kementerian Kewangan hari ini.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata sewaktu menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin di Dewan Rakyat hari ini.

“Jika jumlah hutang tersebut adalah RM42 bilion, jumlah bunga adalah RM2.4 bilion hingga RM2.7 bilion setahun,” katanya.

Hanipa mengemukakan soalan mengenai jumlah bunga yang perlu dibayar oleh 1MDB sebulan untuk melunaskan hutang yang ditanggung syarikat pelaburan strategik itu.

Point aku ialah ;

1. Bunga ini siapa yang bayar? Yes memang la 1MDB yang bayar. Tapi mana 1MDB cekau duit? Ada ke keuntungannya? Mana mereka dapat duit untuk bayar hutang? Bukan kah mereka ada masalah aliran wang tunai. Bahkan mereka juga jual beberapa aset demi aset serta pegangan saham bagi melengkapkan pelan rasionalisasikan hutang (bahasa mudahnya, bayar hutang la tu). 

2. Oleh kerana 1MDB ialah di bawah kementerian kewangan, jangan salah faham, ini apa yang rakyat fikir, rakyat yang tolong bayar kerajaan jelaskan hutang 1MDB. Ada yang memang 1MDB bayar (dengan cara jual aset & pegangan saham) dan ada yang memang rakyat 'bantu' (dengan cara bayar GST/cukai). Ini yang rata-rata fikir. 

Bahkan juga pada tahun 2015, kerajaan gunakan 28 juta untuk naiktaraf pesawat. Ya, naiktaraf pesawat dalam dok kalut takde duit. (baca sini)

Live within bajet. Ini bukan nasihat aku. Tetapi nasihat Najib sendiri. Dalam pembentangan bajet2017 pun Najib ada menasihati agar kita mula makan berdasarkan kepada kemampuan masing-masing. So, ketika Najib mencongakkan pentadbiran negara, ada atau tidak Najib membelanjakan wang pembayar cukai mengikut kemampuan negara?

Mampu atau tidak rakyat negara ini menanggung panda?


Sebenarnya. Urusniaga bersama China menggunakan matawang USD. Kos di atas ketika ringgit negara dalam 3 lebih. Sekarang dah 4 ringgit lebih. Pembolehubah kat sini ada dua. Pertama - nilai matawang, boleh susut boleh naik. Kedua - kos utiliti. Tak semestinya insurans 6.6j dan bil elektrik 180,000 kekal. Bila kos bahan api meningkat, maka bil akan meningkat. Bila faktor risiko meningkat, polisi berubah mengikut peraturan kerajaan, cukai meningkat maka pembayaran insurans pun meningkat juga. 


Penggunaan penghawa dingin perlu kepada penyelenggaraan. Makan, kebersihan, tempat tinggal panda, pekerja ini semua memerlukan satu kos tertentu.

Boleh kah jika kita dapat melihat setakat ini berapa banyak keuntungan yang telah kerajaan raih melalui perjanjian usaha-sama ini? Yang aku nampak, lebih banyak projek-projek mega jatuh ke tangan firma China.

Malahan ;


Patut atau tidak kerajaan dalam keadaan senget-benget kerana kekangan kewangan sibuk membina bangunan tinggi-tinggi? Kita sudah ada dua. Bukan satu tapi dua. Jadi dalam keadaan ekonomi tak berapa nak cantik, wajar ke bina satu lagi?

Dan kenapa bukannya ;


Ya, bina hospital. Kerana kepadatan penduduk dah bertambah. Tak kesian ke kat kakitangan perubatan yang 'overdose' kerja kerana bilangan pesakit semakin bertambah? Rakyat Malaysia bukan satu dua juta. 30 juta dan ini tak termasuk anak emas BN si warga asing lagi tu tau.


Kita memang perlu kepada penambahan hospital. Kita juga perlu meningkatkan kemudahan-kemudahan kesihatan dalam hospital. Kita juga perlu tambahbaik keadaan sekolah yang 56 tahun macam itu juga rupanya. Pejabat menteri dah 10 kali bertukar aku rasa. Atau mungkin lebih dari itu?

Takan Najib seriyus beranggapan ;


Aaaaaha. Tahun depan 1,200. So lepas neh boleh la kami menyimpan 700 dalam bank ya?

Apa yang perlu Najib buat sekarang neh. Bersama menteri-menterinya. Susun semula perkara2 yang memang betul2 takde faedah ke atas rakyat. Ini termasuklah buang penasihat2 gila kau yang satusen haram takde guna. Seriyus. Orang tau kau upah bekas-bekas menteri tu semata2 nak halalkan pembayaran gaji ke atas dorang je kot. Dari segi tugas, nahhh. Kami bukannya bodoh. Yang ini potong laju-laju dulu. Dah habis frasa itu, potong pula gaji korang laju-laju, dah habis frasa yang itu pula, cari balik orang2 yang menyebabkan kerugian dalam projek-projek kerajaan. Nilainya bukan kecik-kecik anak tau. Berbillion-billion ringgit. Suruh dorang ganti sampai habis. Kau boleh jimat banyak duit dengan laksanakan 3 langkah utama neh aje tau. Kalau kau taknak takpe. Sebab aku ada kaedah killer yang mana aku buat satu benda neh jek, semua 3 di atas terautomatik bergerak sekali. Tinggal nak hasut rakyat untuk turut serta jek neh. Bila aku berjaya, kau babai je la Najib oi. Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...