Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 5 Oktober 2016

Ini Fakta Kes Skandal Rasuah Terbesar YG Melibatkan Rampasan Wang Tunai RM114.2 Juta - SPRM Jaga Duit Tu Elok-Elok, Jangan Lesap Pula Ya.

Jaga duit tu elok-elok SPRM. 114.2 juta nilainya. Aku tak pasti duit itu akan ke mana selepas dirampas SPRM. Dan seberapa lama ianya akan berada di dalam simpanan SPRM. Masyarakat tidak hanya tertumpu kepada kes rasuah terbesar yang pernah SPRM uruskan setakat ini bahkan hala tuju wang tersebut juga. 

Adakah ianya akan kembali ke masyarakat memandangkan dari awal lagi ianya dah memang kerajaan pusat peruntukan untuk projek-projek berkaitan infrastruktur di Sabah. Harapnya apa2 perkara yang sepatutnya menjadi hak Sabah dikembalikan sepertimana yang telah dirancang sebaik2nya oleh kerajaan pusat.

Fakta kes.

1. Ini ialah kes pecah amanah membabitkan penyelewengan wang untuk projek infrastruktur yang bernilai 3.3b di Sabah. Mereka dikatakan telah memonopoli kesemua projek berkaitan infrastruktur asas sejak tahun 2010 untuk diberikan kepada adik-beradik.

2. Kes membabitkan 2 individu utama dalam tangkapan dan siasatan awal SPRM. Iaitu Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah. 

3. Nama Pengarah JANS itu ialah AG MOHD TAHIR BIN MOHD TALIB, 54 tahun. Berita tidak melaporkan nama dan menyiarkan wajah.

4. Nama Timbalan Pengarah JANS ialah TEO CHEE KONG, 51 tahun. TEO CHEE KONG dikatakan bekas JURUTERA di JANS kemudiannya dinaikkan pangkat dengan cara agak mendadak juga kepada Timbalan Pengarah selepas beberapa tahun bertugas.

5. Kemudiannya SPRM meneruskan tangkapan dan siasatan susulan kepada 2 orang kanan yang menjadi kepercayaan dua suspek utama kes. Seorangnya ialah akauntan yang berusia 50 tahun (tak disebut nama) dan seorang lagi ialah ABANG KANDUNG kepada Timbalan Pengarah JANS yang bergelar DATUK dan berusia 55 tahun. 

6. SPRM telah menyerbu tiga lokasi utama bagi merampas barangan curian iaitu RUMAH SUSPEK, BANK DI MANA SUSPEK MENYIMPAN WANG DAN PEJABAT DI MANA SUSPEK BEKERJA.

7. Menurut SPRM ;

- Wang tunai lebih kurang RM75 juta yang melibatkan wang berjumlah RM45 juta daripada pengarah terbabit manakala selebihnya daripada timbalan pengarah tersebut.

- SPRM juga telah menyita beberapa akaun milik Pengarah, Timbalan Pengarah dan seorang individu lain bergelar Datuk yang dianggarkan lebih kurang RM37 juta.

- SPRM juga mempercayai mereka memiliki wang di beberapa buah bank di luar negara.

- SPRM turut membuka satu daripada enam peti simpanan milik timbalan pengarah tersebut di beberapa bank yang mengandungi wang tunai RM2.5 juta. Selebihnya akan dibuka dengan bantuan bank dalam masa terdekat.

- SPRM turut merampas 127 geran tanah.

- 9 buah kenderaan mewah iaitu Range Rover, Audi, BMW, Ford Ranger, Mercedes Benz, Mazda, BMW, Lexus dan Volvo.

- Jam tangan berjenama, barang-barang kemas serta 94 beg tangan berjenama mewah milik isteri-isteri suspek.

8. 75 juta (ialah wang tunai hasil rampasan dari Pengarah, Timbalan Pengarah, Ahli keluarga suspek) + 37 juta (wang dalam account bank syarikat) + 2.5 juta (wang tunai dari peti besi Timbalan Pengarah JANS) = RM 114.2 Juta keseluruhannya.

9. Susulan dari siasatan kes berkenaan, Ketua Menteri Sabah Musa Aman memaklumkan akan mengkaji semula proses pemberian tender bagi membendung amalan rasuah agar tidak berulang semula.

10. Untuk rekod, pada tahun 2011 satu laporan SPRM telah dibuat terhadap Timbalan Pengarah JANS tetapi tiada tindakan susulan diambil.

11. Untuk rekod JANS telah memulakan Perkhidmatan Pengurusan Loji Rawatan Air (LRA) secara khidmat luar di Loji Rawatan Air Segaliud, Sandakan sehingga seluruh negeri Sabah. Laporan Audit Negara 2014 Siri 2, pernah melaporkan terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaannya termasuk peralatan yang rosak dan tidak dibaiki. Pelupusan peralatan, bahan kimia dan enapcemar juga tidak dibuat, serta pegawai kimia tidak mencukupi untuk memantau LRA yang dikendalikan kontraktor.

12. Selain menyalahgunakan dana yang disalurkan oleh kerajaan pusat, mereka juga turut menyeleweng dan pecah amanah membabitkan peruntukan kerajaan negeri.

Ini ialah gambar Pengarah dan Timbalan Pengarah yang melakukan pecah amanah dana awam ;



Rumah adik AG Mohd Tahir yang dalam proses pembinaan. 


Antara wang tunai yang berjaya dirampas SPRM. Simpan begitu je dalam laci biasa. Hmmm.




Hmmm. Time-time macam neh. Aku teringat kembali. Sewaktu ketika dahulu pernah kecoh juga Shafie dan Zahida Rafik yang dikatakan tiap2 minggu masukkan duit banyak-banyak dalam account bank. Alah kes yang pemandu ke pegawai Zahida Rafik yang ditahan kerana kononnya mencuri duit Zahida ratus-ratus ribu. Tiba-tiba teringat. Tak tahu la pasal apa. Benda neh bermula tahun 2010. Bapak gila cerdik mereka berdua sampai terlepas selama hampir 6 tahun. Simpan pula duit kat tempat2 yang mudah ditemui macam takde clue langsung bakal kena ambush. Tapi pandai juga dorang sorok sebahagiannya di account luar negara. Ini mesti confident dapat hidup lama untuk belanjakan wang yang disorok tu kan. Ke confident takan menjalani hukuman lama-lama? Jahanam betul tahap confident penjenayah2 rasuah neh. Suwei.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...