Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 6 Oktober 2016

Bukan Shafie, Sebaliknya Musa Yang Mengigil Bila 2 Penjawat Awam Kantoi Seleweng RM114.5j Kata Blogger Pro Shafie.





Sebelum ini aku ada persoalkan apakah kes skandal penyelewengan 114.5 juta ada kaitan dengan skandal yang pernah terkait Shafie pada beberapa tahun yang sebelumnya (rujuk sini). Ini adalah respon dari #TeamShafie.


Korang baca dulu ;

Kerna ada yang bertanya termasuklah mereka yang berada jauh dari Semenanjung sampai sanggup membuat panggilan telefon semata-mata ingin mendapatkan kepastian sama ada Datuk Shafie Apdal terlibat atau tidak. Ini berdasarkan satu artikel yang cuba diviralkan, dinyatakan disana bahawa wang yang berjaya dirampas oleh SPRM ini adalah hasil projek yang dianugerahkan terus dari Federal. Seolah olah wang yang dirampas itu adalah milik Datuk Shafie Apdal. Hemmm

Maka disini admin ingin memberikan sedikit pencerahan awal yang berbentuk pengenalan supaya pihak yang tidak bertanggungjawab menghentikan spekulasi yang cuba mengaitkannya dengan Datuk Shafie Apdal.

1. Pengarah Jabatan Air berkenaan adalah proksi dan kroni kepada Ketua Menteri dan Menteri Luar. Manakala Timbalan Pengarah Air itu adalah macai kepada dua Menteri diatas dan seorang Adun dari pantai timur Sabah.

2. Perkara yang perlu diketahui dari konteks ini dan UMNO ialah status Pengarah Air Sabah berkenaan dia merupakan ahli UMNO dan berjawatan Bendahari di peringkat Bahagian UMNO Kimanis.

3. Perlu juga diketahui, setiap projek yang bernilai lebih dari RM1 juta perlu mendapat kelulusan dari Menteri Kewangan Sabah sebelum disalurkan ke jabatan yang dianugerahkan.

Cukup setakat itu. Belum admin sebutkan mereka terpalit atau tidak, ok.

Tapi yang pasti kalau pengarah berkenaan tidak berjaya dijamin selepas habis tempoh tahanan reman. Maka sudah tentu dia akan berteriak. Waktu itu barulah timbul pelbagai cerita. Apa kaitannya dia dengan pemimpin pemimpin yang admin sebutkan diatas. Nah waktu itu admin akan tampil bagi “mengeruhkan” keadaan.

#politikbolos #sabahubah

Oleh :Jalin Luin

-------

Shafie pada tahun 2009 dilantik sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar. Penyelewengan bermula pada tahun 2010. Ia adalah membabitkan projek-projek berkaitan infrastruktur. #TeamMusa mungkin create persepsi mengaitkan dengan Shafie? #TeamShafie mungkin mengaitkan skandal dengan Musa? Ape kesudahannya? Tunggu dan lihat tapi jangan tatau. Ada juga yang berfikir dengan mengaitkan kedua2nya terlibat. Bila dah berpecah apa yang pernah dikawtim bersama dibarai kerana dendam. Politik kan. Macam2 ada.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...