Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 8 Jun 2015

Hadi Awang Beli No Plat Mahal2 PAS 12 - Ini Penjelasan Sebenar.


Cakap pasal no plat dan tender. Kita boleh tengok takde beza antara pemimpin2 BN dan PR. Nak mengutuk sana, sini pun lebih kurang je. Penyudahnya yang partisan masing2 menjilat je parti masing2. Adil ke mana Islam ke mana.

KAH KAH KAH

Tapi tentang isu no plat kereta Hadi Awang, rupa2nya Hadi Awang tak pernah pun beli no plat secara berasingan semasa membeli kereta atau terlibat dalam sebarang proses tender untuk mendapatkan no plat kereta yang cantik.

Berikut penjelasan yang diberikan oleh individu yang ada kaitan dengan proses pembelian kereta yang digunakan oleh Hadi Awang kini ;

PENJELASAN MENGENAI PLET KERETA TGHAH PAS 12

Saya terpanggil untuk memberikan komen yang diberikan oleh insan yg bernama Ust Emran Ahmad dalam kenyataannya bertajuk "Saranan buat pimpinan PAS". Terus terang saya cakap saya tak mengenali insan yg bernama seperti diatas. Tajuknya nampak agak menarik dengan mengemukakan 10 cadangan. Saya tak berhasrat untuk komen cadangan beliau walaupun banyak cadangan beliau tidak relevan dengan pimpinan Pas.

Ia ditutup dengan memfitnah TGHAH. Beliau mengatakan "Tak perlu juga beli no plat PAS 12 dan PAS 17, juga tak perlu buat alasan beli sebab kerana Islam atau dakwah".

Untuk makluman Ust Emran dan semua yg membaca tulisan beliau suka saya menjelaskan bahawa saya antara orang yang bertanggungjawab dan terlibat dengan plat PAS 12.

Pada tahun 1997 Pajero TGHAH terlibat dengan kemalangan diGambang dan mengalami kerosakan teruk sehingga tidak boleh diperbaiki lagi. TGHAH tidak memiliki kenderaan untuk meneruskan kerja2 Islamnya selama hampir 2 bulan.

Tuan Hj Zaihan Daud, Pembantu peribadi TGHAH bersama dgn Ajk Pas Kawasan Marang telah datang bertemu saya untuk membantu mereka mendapatkan kenderaan gantian utk kegunaan TGHAH. Saya bersetuju mengetuai jawatankuasa untuk mendapatkan dana daripada ahli--ahli yang berkemampuan dan Alhamdulillah pembelian Isuzu Trooper secondhand dapat dibeli dalamasa 1 minggu selepas pertemuan itu.

Kami membeli kenderaan tersebut daripada seorang usahawan aktivis Pas Tuan Hj Dol yang merupakan pemilik kenderaan tersebut.

Saya memujuk almarhum agar menyerahkan plet PAS 12 bersekali dgn kenderaan tersebut yg pada asalnya harga dipersetujui tidak termasuk plet tersebut.

Almarhum mengambil masa 3 hari utk bersetuju memenuhi permintaan saya tanpa sebarang bayaran. Plet itu tidak pernah dibeli oleh TGHAH.

Saya pohon Ust Emran menarik balik fitnah beliau terhadap TGHAH.

Hj Zainuddin Abu Bakar
Kuala Terengganu
5 Jun 2015

Jujur juga. Aku sangka itu no plat yang ditender.
Jujur juga. Aku fikir yang Hadi Awang pun berminat pada benda2 begini ek. Padahal dilabelkan oleh penyokong sebagai ulama.
Tapi rupa2nya dia kena fitnah bertahun2.
Hmm. Sampai aku pun ingat itu no plat yang ditender.
Harap2 dengan penjelasan neh sesiapa yang tatau citer sebenar boleh la pakat2 berhenti sebar benda2 yang tak betul. Nak kritik Hadi biarla atas benda yang dia betul2 buat. Contoh bab ponteng parlimen ke.

KAH KAH KAH

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...