Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 17 Jun 2015

Azmin Mahu Bersama PAS, Rafizi Mahu Bersama DAP Lapor FMT.

Perkembangan terbaru dalam krisis Pakatan Rakyat khususnya di Selangor.

Memetik laporan yang tersiar menerusi Free Malaysia Today (FMT) ;


Laporan menyebut ;


1. PKR berpecah kepada dua kumpulan.

2. Yang pro Rafizi mahu bersama DAP.

3. Yang pro Azmin mahu bersama PAS.

Aku boleh faham kenapa Rafizi tidak mahu bersama PAS. Sebab semua masalah neh bermula atau berpunca dari strategi bahlol dia di Selangor tue la. Langkah Kajang konon. Perkukuhkan Pakatan Rakyat konon. Alih2 Anwar ke penjara selepas kredibliti dia teruk dicalarkan oleh Rafizi (aku sampai syak Rafizi neh orang upahan atau SB UMNO) dan PR berpecah. PAS dengan perpecahan dalaman dan perpecahan dengan PR. PKR sendiri berpecah belah dengan penyokong2 sakit ahti dengan isu pemecatan Khalid. DAP semakin mengukuhkan kuasa dan steady. Parti2 yang didominasikan oleh orang2 melayu pula hancur dan berantakan. 

Rafizi memang takan mengaku salah. Memang aku perasan dia ada satu perangai iaitu jenis ego melampau dan jangan kau harap dia nak mengaku salah sampai mati. Kau boleh tengok sejak Anwar terpenjara berapa banyak kali la sangat dia participate dalam program membebaskan Anwar. Anwar pun silap juga p percayakan Rafizi. Sekarang kau kena kurung, imej kau terjejas dan PR berpecah. Salah siapa kalau bukan salah diri sendiri.

Mengambilkira hubungan buruk dan teruk diantara Rafizi dan PAS disamping Rafizi pun tak buat langkah penambahbaikan selepas kerosakkan menerusi 'Kajang Movie', maka tak aneh Rafizi akan bersama2 DAP dan meninggalkan PAS. Aku kira, Rafizi akan menjadi dendam terbesar orang2 PAS. Melainkan dia meminta maaf. 

Azmin pula aku tak sure sangat kenapa dia mahu bersama PAS. Mungkin sebab PAS yang calonkan dia. PAS sokong Azmin sebagai MB tapi tak sokong Wan Azizah. Mesyuarat malam tadi pun Azmin tak p. 

Dalam PKR, khususnya di Selangor, pengaruh Azmin memang power berbanding Wan Azizah, Anwar dan Rafizi. Wan Azizah nama je presiden tapi yang ramai orang nampak hanya Azmin.

Ha Ha Ha.

Sebab tue aku syak Rafizi tangguh sidang media adalah atas dasar mahu memujuk Azmin agar bersama2 DAP dan jangan berkeras bersama2 dengan PAS. Aku syak saja la. 

Kita sama2 tengok macam mana nanti kesudahannya.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...