Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 15 Mei 2015

Tindakan Saman Jika Berterusan Fitnah Kedudukan Kewangan Syarikat Kata 1MDB Kepada Pengkritik.

Ye ke fitnah?

Fitnah ke?

Fitnahh???

KAH KAH KAH

Kenyataan 1MDB seperti laporan TMI ;

1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini bertegas kewangannya sudah melalui audit oleh firma antarabangsa, sambil memberi amaran akan menyaman pihak yang melemparkan kenyataan fitnah dan berniat jahat terhadap syarikat pelaburan milik kerajaan itu.

"Lembaga ingin menekankan akaun 1MDB diaudit oleh firma antarabangsa Deloitte," menurut kenyataannya di Kuala Lumpur malam ini.

Ia susulan kritikan terbuka Pengerusi Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak semalam yang mempersoalkan sikap berlengah lembaga pengarah 1MDB dalam melantik juru audit bebas bagi menangkis pelbagai tuduhan dan kritikan berkenaan hutang RM42 yang ditanggungnya. Adik kepada perdana menteri itu turut berkata sekiranya 1MDB tidak berbuat demikian, ahli lembaga dan pengurusannya perlu meletak jawatan.

1MDB berkata Deloitte mengesahkan akaun 1MDB bagi tahun 2013 dan 2014 tanpa syarat, dan begitu juga firma audit KPMG yang mengesahkan akaun 2010, 2011 dan 2012.
"Lembaga melihat dengan serius tuduhan berniat jahat dan fitnah dan berhak mengambil tindakan undang-undang," tambahnya.

Menurut 1MDB, pihak lembaga dan pengurusan bekerjasama dengan ketua audit negara, polis dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang sedang mengkaji aktiviti dan akaun syarikat.

"Secara khususnya, ketua audit negara sedang menjalankan pemeriksaan bebas ke atas akaun 1MDB seperti dipersetujui Kabinet Malaysia," katanya, dan menambah ia berharap semua pihak berkepentingan akan bersabar sehingga keputusan audit diumumkan.

Selasa lalu, Jabatan Audit Negara berkata laporan awal pengauditan akan dibentangkan kepada PAC selewat-lewatnya akhir Jun ini.

"Jabatan Audit Negara sememangnya memberi keutamaan terhadap tugasan ini," kata Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang.

Awal tahun ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan Jabatan Audit menjalankan audit dan mengemukakan laporan bagi tindakan PAC.

PAC berkata ia akan memulakan penyiasatannya sendiri pada Selasa depan dengan memanggil Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah, bagi memberikan keterangan.

Kritikan terhadap syarikat milik penuh Kementerian Kewangan itu, yang ditubuhkan pada 2009, kian memuncak susulan hutang RM42 bilion dan pelbagai pendedahan mengenai salah urus dan transaksi meragukan. - TMI.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...