Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 15 Ogos 2013

Surat Terbuka Untuk Khairy Jamaluddin [ Mesti Baca ].

Surat Terbuka Untuk Menteri Belia Dan Sukan

Buat YB,

Menteri Belia dan Sukan

Salam buat YB, Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan salam untuk kita sama-sama kekalkan semangat Syawal. Kita sesama muslim dan kami pasti YB tahu batas-batas sebagai seorang muslim,itu harapan kami. Kami ulangi,YB telahpun dinaikkan oleh Allah swt ke jawatan Menteri Belia yang mana di dalam kerajaan yang baru mendapat mandat ini YB bertanggungjawab membentuk belia-belia berguna, acuan sekarang di tangan YB dan YB mampu mencorak warna putih ataupun warna hitam, “up to you”. Pada 21 Ogos 2013 dikatakan Kumpulan Rock Keras iaitu Metallica akan mengadakan persembahan mereka di Stadium Merdeka yang mana tiket telah dibuka jualannya pada Sabtu, 13 Julai 2013 iaitu hari keempat Ramadhan. Saya melihat YB merasa teruja dan gembira apabila Kumpulan Metallica bersedia datang ke negara ini, kata-kata YB “…mungkin tiba masanya kita tidak lagi kalah dengan negara jiran kita Singapura..” kenyataan itu sangat bahaya buat kami sebab cara hidup ahli kumpulan tersebut jauh tersasar daripada manusia normal dan bayangkanlah bagaimana anak muda kita menjadi cara hidup mereka sebagai ikon?. Ya, selama ini Metallica sering mengunjungi Singapura dalam persembahan mereka apakah apabila mereka ingin ke negara kita untuk buat persembahan itu sesuatu petanda yang baik?. Saya kira sikap YB sebagai Menteri Belia dalam hal ini menyatakan kami memaksa cukup kemenangan di dalam merosakkan generasi pelapis negara?

Hari-hari di dada-dada akhbar, di media elektronik cukup banyak isu gejala sosial dilaporkan, daripada sekecil-kecil jenayah sehinggalah sebesar-besar jenayah, hari ini isu bunuh bersenjata api pula, isu-isu tersebut berlaku di Malaysia bukan Singapura tetapi pemimpin seperti YB masih menutup mata seolah-olah apa yang berlaku itu tiada kaitan dengan kerja buat menteri-menteri seperti YB yang dibayar gaji oleh rakyat.

YB,

Mewakili rakan-rakan saya dari ABC Band kami ulangi sekali lagi pendirian kami membantah sekeras-kerasnya keizinan kerajaan membenarkan Kumpulan Metallica membuat persembahan di negara Malaysia kerana kesan negatif buat belia dan rakyat negaraini akan lebih parah serta selepas ini kerajaan terpaksamengeluarkan banyak lagi danauntukmembasmi jenayah yang akan semakin kronik.

Bantahan ini dibuat oleh kamiyang terdiri daripada 7 oranganggota kumpulan ABC dan bantahan ini sama sekali TIDAK MELIBATKAN PENERBIT DAN STUDIO ALBUM ABC. HARAP MAKLUM.

Mencegah lebih baik daripada Mengubati

Semoga Allah beri hidayah kepadaYB.

Terima kasih YB

Ahmad Nazri Khamis

Penyanyi (1)ABCBand

Batu Pahat, Johor 13Ogos2013

Nota : Surat ini tidak semestinya mewakili pemikiran aku. Aku hanya menyediakan platform kepada penulis surat untuk menzahirkan pemikiran dan pendapat dia. Aku boleh jadi bersetuju ataupun tidak bersetuju dengan mana2 kandungan yang terdapat surat ini. Sekian.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...