Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 29 Disember 2012

Utusan Cabar PAS saman UTUSAN?

Berlagaknya dia.

Mungkin sebab sekarang PERKASA kan ada. Boleh la PERKASA buat roadshow kutip derma yang dia paling benci dan menyampah sekali tue untuk bayarkan saman UTUSAN. BERSAMAMU boleh start interview utusan, tanya macam mana dorang bleh jatuh miskin. Dah boleh start collect derma untuk ringankan beban utusan. Siyes aku cakap neh.

Tengok berita bawah ;



Aku tak pasti adakah tajuk utusan tue benar2 merupakan kenyataan rasmi dari Harun Taib. Aku tak jumpa statement tersebut dalam mana2 portal online. Aku terlepas ka? Yang aku pasti ialah demo semalam takde kaitan dengan PAS. Walaupun tak dinafikan adanya orang2 dalam PAS yang melibatkan diri dengan demo tersebut.

Cuma, ia bukan rasminya anjuran dari PAS. Faham tak?

Contohnya aku berdemo. Oleh kerana aku blogger tak semestinya aku berdemo mewakili blogger walaupun aku sendiri ialah seorang blogger. Begitulah yang dimaksudkan dengan perkara di atas.

Penafian telah dibuat oleh PAS penang. Rujuk sini geng.

Jadi terang-terangan la utusan telah melakukan satu pemberitaan yang tah hapa2 sekali lagi. Ikut jawapan utusan dalam kes dsai yang aku baca dari blog bb baru2 neh, rujuk sini ;


Surat khabar tidak mempunyai yang "MASA EMAS " untuk memastikan kebenaran laporan berita mereka, Peguam Utusan Malaysia, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini apabila mewajarkan segera laporan mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim pada bulan Januari yang lalu.

Beliau berkata bahawa laporan berita "mempunyai jangka hayat yang amat singkat", sambil menambah bahawa stesen televisyen dan radio akan menghebahkan laporan berita yang sama.
"Jika surat khabar perlu pergi melalui proses penuh menentukan kebenaran segalabutir-butir, mereka tidak akan dapat melaporkan pada hari berikutnya," hujah Firoz.

"Itulah sebabnya ia adalah keadaan terdesak untuk memecahkan berita kepada orang ramai secepat mungkin."

Apa maksudnya ?

1. Utusan takde banyak masa.

2. Utusan tak boleh nak pastikan seme berita yang disiarkan adalah benar sepanjang masa sebab kesuntukkan masa. 

3. Jika Utusan mengekalkan format asal pemberitaan benar je boleh disiarkan maka mereka tak dapat nak laporkan berita tersebut secepat mungkin.

4. Ini kerana satu2 berita itu mempunyai tempoh / had masa [nanti tak panas lagi la]

Owh oke.

Boleh ka laporan yang tak terbukti di anggap berita hanya kerana ia dilaporkan oleh suratkhabar yang bersifat berita?

Jika wartawan utusan pun taktahu nak contact sesiapa sebelum sahkan apa2 info yang mereka dapat, layak kah mereka digelar wartawan?

Is that very hard to call anwar or harun taib even pas itself untuk sahkan apa2 mengenai satu2 info yang diterima?

Sebelum utusan siarkan berita di atas, HARAKAH SENDIRI NAFIKAN PAS SECARA RASMINYA TERLIBAT DALAM PERHIMPUNAN SEMALAM.

HARAKAH ONLINE TERBIT DAN UPDATED BERITA TERLEBIH DAHULU SEBELUM UTUSAN SIARKAN APA2 DI AKHBARNYA PADA HARI INI.

Pukul berapa HARAKAH terbitkan berita mengenai itu?

==> 28 disember. Yang aku confirm malam tue dah ada update dah. Maybe lepas mahgrib ataupun petang2. Yang tue aku tak sure. Yang pasti utusan mempunyai jarak masa yang cukup untuk mengolah apa2 berita di atas jika mereka mahu setelah terdedah dengan laporan di atas.

Jika kita tak dapat info/maklumat ataupun mempunyai sumber yang terhad untuk sahkan apa2 berita, boleh kah kita laporkan sesuatu seolah2 ia benar? Utusan selalu buat begini. Baiklah, kita sangka baik je kekonon nya SEMUA WAKIL PR takmo ber-urusan dengan UTUSAN untuk menjawab apa2 panggilan, email, pertanyaan dan sebagainya.

Tetapi jika kita dah terdedah dengan satu2 info, maklumat dan kita tahu apa yang benar boleh kah kita laporkan sesuatu yang tidak benar sebagai benar padahal kebenaran tue telah kita ketahui? Boleh kah? Sedangkan kita ada cukup masa untuk ubah dan olah semula asalkan kita mahu? Boleh kah?

Ini juga yang utusan buat. Baru tadi. Terbukti. Dan macam mana la kita nak sangka baik lagi pada satu2 khabar yang tak henti2 tunjukkan imej tak baiknya kepada kita?

Lue fikirlah sendiri.  

Sumber gambar : sini

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...