Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 25 November 2012

Najib, kenapa ko masih berdegil?

Apa agaknya peranan orang yang duduk di kiri kanan najib dalam sektor pentadbiran? 

BODEK? 

MENGAMPU? 

MENGIPAS?

Tahu la mereka dibayar gaji dan di upah oleh kepimpinan najib tetapi tak semestinya kena jadi penipu dan pembodek sepanjang masa. Tak salah kot kalau berterus terang dengan najib dalam hal macam neh. 

Aku tak nampak kenapa bercakap benar boleh menyebabkan ko kehilangan kerja. Kot2 najib memang jenis cepat kecik ahti tatau lah plak aku tapi kemon la.. ini memang over-reacted beb.

Korang tengok kat bawah neh ;


Sumber gambar : sini

Tindakan kerajaan bagi discount itu separa tepat. Aku gunakan perkataan separa tepat sebab aku tak fikir ia satu tindakan yang salah. Cuma aku berpendapat ada cara yang lebih tepat untuk membantu mengatasi masalah beban kos sara hidup yang semakin meningkat di malaysia.

Sebab tue aku gunakan perkataan separa tepat. Namun aku puji sebab kerajaan ada usaha nak membantu meringankan beban kos sara hidup walaupun mereka menggunakan kaedah yang tidak tepat sebab cara ini tidak menyeluruh dan akan 'jam' kat part lain.

Yang sebenarnya aku bukan nak citer bab tue. Tapi nak citer bab muka najib yang terpampang kat kad ktm di atas. Kalau korang nak tahu ada beberapa kumpulan layak mendapat discount sebanyak 50% ketika menggunakan perkhidmatan ktm. Antaranya student dan warga tua. 

Aku tak jelas keseluruhan kelompok yang layak menikmati discount tersebut tetapi bacaan sepintas lalu suatu ketika dulu aku dapati ia satu alternatif yang baik dari kerajaan walaupun aku beranggapan ia tidak tepat. Tapi masalahnya ada slack sikit pada pemberian discount tersebut.

Bagi discount dah betul. Tapi letak muka najib? 

Seberapa banyak najib yang perlu kami najib setiap hari?

Dalam berita kami sudah najib.

Dalam paper pun penuh dengan najib.

Atas jalan pun najib di mana2.

Kini kita juga ada buah nama najib.

Seberapa banyak agaknya najib yang perlu kami hadap setiap hari?  

Kami bukan span. Kami tak boleh absorb seberapa banyak najib hanya kerana najib mahukan begitu. Sudah la tue najib. Berhenti la setakat ini. Jangan la degil lagi. Jika ko buat kerja, kami akan nilai ko melalui kerja2 ko. Bukan wajah2 ko. 

Ko pampang la seberapa banyak wajah2 ko kalau orang tak merasa hasil kerja ko, tetap la tak berguna jua. 

Apa yang penting bagi seseorang pm bukan wajah nya ada di mana2 sahaja di negara nya tetapi hasil kerjanya dirasai dan dinikmati oleh rakyatnya walaupun di mana2 sahaja rakyatnya berada.. ko boleh faham tak yang neh najib? Tak boleh? Susah nak faham? Sebab tue aku offer jadi penasihat ko.. tapi ko degil. Kan dah menyusahkan diri ko akhirnya..

kah kah kah

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...