Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 18 November 2012

Kepada semua rakyat Malaysia, kalau korang ada hati perut meh baca neh..

Mesej ini ditujukan kepada seme warganegara malaysia. Khususnya la. Tetapi kepada sesiapa yang boleh faham apa benda yang aku tulis neh juga di alu2kan membaca kalau pun korang bukan warganegara malaysia oke.

Citer dia gini. Mula2 korang tengok dulu gambar2 kat bawah neh oke ;








Ini ialah gambar2 peperangan yang berlaku di gaza. Umum tahu wilayah gaza - tanah haram israel tak pernah aman di kawasan persempadanan. Kisah2 penderitaan rakyat gaza bukan perkara yang baru. Seme tahu. Dan sejak beberapa hari lepas penderitaan rakyat gaza semakin bertambah apabila kali neh israel bertekad melancarkan perang secara terbuka dan sekaligus melanggar perjanjian yang telah terbentuk sebelum neh.

Ya, ramai yang ingat hamas langgar perjanjian tersebut. Sebenarnya  itu bohong. Jangan ingat bila ia dilaporkan oleh BBC, oleh Aljazeera korang terus ingat berita2 dorang tue benar lagi telus.

Ingat perang manipulasi dan spin hanya mampu dilakukan oleh bn je meh? Ia berlaku di mana2 dan ia boleh dilakukan oleh mana2 syarikat akhbar sekalipun. Tidak terkecuali dan terbatas sebab tue kita kena pandai2 baca berita dan terima maklumat. Jangan main masuk jek beb. Kasi tapis sikit la.

Yang sebenarnya israel memang banyak kali serang orang awam gaza. Dan mereka sumbatkan info palsu ke rakyat mereka. Mereka sebarkan risalah palsu. Mereka buat berita propaganda. So orang israel ingat rakyat gaza tue jahat sangat. IDF pula suka sebarkan info yang tak tepat dan tak wujud untuk mencari simpati orang israel dan orang luar.

Orang2 israel neh juga berkawan oke. Bila disuapkan dengan info palsu mereka akan sebarkan info neh kepada kawan2 mereka baik dalam dan luar negara. Akibatnya persepsi palsu dah terbentuk. So terjadi la perpecahan maklumat di mana wujud orang2 yang sokong israel. Mereka fikir israel itu benar dan sedang mempertahankan tanah air. Mereka fikir palestine mahu menakluk tanah air mereka. Pfttt.

Ini gambar yang korang mesti tengok.


Apa yang palestine tak hilang?

Apa yang palestine tak kompromi?

Apa yang palestine tak bertolak ansur dan beralah?

Palestine dah lakukan seme perkara yang mereka mampu lakukan. Seme perkara yang mendorong kepada perjanjian damai yang berada dalam bidang kuasa mereka, mereka sudah lakukan. Mereka sudah beralah. Mereka sudah bersabar. Mereka sudah berkompromi. Mereka sudah buka peluang untuk membentuk perdamaian.

Hanya itu yang tinggal. Hanya tanah2 itu yang rakyat palestine ada. Setelah israel menakluk mereka, israel merampas hak mereka dan kini mereka bercakap pasal penyelesaian 2 negara? Babi pun ludah lue kalau lue sokong penyelesaian 2 negara. Jika israel datang malaysia dan rampas semua yang ada di malaysia lue nak sokong ka usul penyelesaian dua negara? Babi panggil beb. Napa cik babi? Gua nak ludah muka lue. Bukan muka aku le. Muka orang yang sokong 2 state solution tue. Especially orang islam.

Gaza sedang lakukan apa yang mereka perlu lakukan. Iaitu pertahankan tanah air mereka. Atau negara mereka lenyap. Dan mungkin diri mereka juga akan lenyap. Akhirnya mereka jadi pelarian disebabkan kehilangan negara. Nak hidup di bawah israel? Tak tengok video Muhammad SAW dimaki orang israel? Mungkin penindasan yang mereka akan dapat kelak jika terus beralah dan biarkan diri dijajah.

Situasi rakyat gaza berbeza dengan israel. Bagi israel, mereka tetap mahu memastikan wilayah palestine tidak wujud ini kerana mereka tidak mahu palestine bangkit semula dan sekaligus merampas semula hak2 mereka di kemudian hari. So kewujudan gaza dan mana2 wilayah palestine harus dinafikan untuk menafikan kebangkitan rakyat palestine.

Apa benda yang israel pongpang2 kan dalam media ialah propaganda semata2. Takde satu perkara yang betul pun keluar dari mulut PM israel. Melainkan dia mengakui dia kejam. Itu memang betul la. Dari awal lagi israel tak pernah ada niat nak berdamai or hentikan segala serangan ke atas gaza. Apa yang gaza buat kini ialah bangkit daripada penindasan dan pertahankan hak mereka setelah tertindas bertahun2. 

Dunia menutup mata kerana USA sebagai negara kuasa besar. USA menyokong israel. Jadi peranan USA menyebarkan propaganda untuk melemahkan sokongan ke atas gaza dan palestine. Mereka mohon gaza hentikan segala serangan. Aik? Yang bunuh orang ko, yang rampas tanah ko, tapi yang kena hentikan kekejaman itu aku?

Jikalau ada peluang dan ruang untuk hentikan darah anak2 palestine takpayah ko suruh dorang sendiri akan buat. Tapi peluang itu takde. Apa yang tersiar di akhbar hanya kata2 manis ayat pemimpin israel dan mereka2 yang bersekutu dengan israel. Situasi dia sekarang neh macam neh..

Pemimpin2 negara kuasa besar, negara2 arab dan negara2 membangun macam malaysia mereka bersikap 50-50. Nak tolong kang aku kena balik. Tak tolong kang aku rasa sedih. Serba salah. Situasi tengah2. Tapi yang menariknya majoriti rakyat menyatakan sokong kepada palestine berbanding gaza. Yang tak sokong palestine tue sebenarnya dah dipengaruhi dan dihasut dengan sentimen keagamaan. Bagi mereka sokong gaza, sokong palestine bermaksud sokong islam. Padahal bukan.

Orang bukan islam juga boleh bersama2 rakyat gaza. Korang boleh membantah atas nama hak asasi manusia. Rakyat gaza harus diselamatkan daripada terus terusan dizalimi. Jangan takut sokong palestine. Sokong palestine bukan bermaksud tukar agama jauh sekali tukar kepercayaan. Hanya sokong sebab palestine di aniaya dan dizalimi. Lihatlah bagaimana orang luar bukan negara islam juga menyokong rakyat gaza ;



Ini berlaku di paris. Di mana mereka berdemo membantah serangan ke atas gaza. Ia dilakukan oleh orang2 bukan islam. Bahkan selama beberapa negara telah melakukan mass demo menyokong gaza. UK dan USA antara yang terlibat. Mereka juga bukan orang islam. Tetapi mereka tetap menyatakan sokong ke atas gaza. Asasnya mudah. Mana2 manusia tiada hak untuk bunuh mana2 manusia. 

Jangan terpengaruh bila orang israel kata hamas jadikan kanak2 dan wanita sebagai benteng. Orang bodoh jek percaya kata2 karut itu. Roket terbang. Bom datang. Ko ingat hamas tahu bom dan roket tue nak ke mana? Hoiiii roket datang tue hoiiiiii cepat2 cari bayi dan kanak2 dan wanita supaya mereka kena bomm.. nanti bleh masuk media.

Kebabian apekah itu?

Ko ingat hamas suka2 nak serang balik? Ko ingat hamas suka2 nak melawan dan balas kekerasan dengan kekerasan? Ini kerana orang tue dah masuk rumah ko tetak seme ahli family ko.. rileks2 israel. Aku mengalah jek neh oke. Hihi haha. 

Ko nak bunuh sapa lagi israel? Aku nak bunuh ko pula. Oke bunuhla. Lagi ko nak apa israel? Seme tanah ko tanah aku automatik. Lepas tue seme undang2 dan polisi pelarian gaza tertakluk kepada undang2 aku. Ini tanah sudah jadi negara aku dan ko di bawah aku. Hihi haha. Sila2 la israel. Gua rela jek jadi anjing macai lue. Lue nak bunuh ka tembak ka bom ka tikam ka gua steady jek. Gua takmo melawan. Gua memang spesis takde maruah beb.

Itu ke yang korang buat kalau korang jadi rakyat palestine? Aku percaya itu bukan yang korang akan buat walaupun mungkin mulut ko cakap ya disebabkan ego. Palestine telah menderita dan semakin menderita. Kita tak boleh buat apa2 disebabkan diri kita sangat2 lemah. 

Takpe. Nak jihad ke sana memang haram le jawapan nya. Tapi apa yang kita boleh? Doa? Doa je ke kemampuan kita? Boikot mekdi? Itu je ke kemampuan kita? Habis tue apa? Kita boleh pergi jauh dari itu. Kita boleh jadi ubat kepada rakyat palestine ketika mereka sakit. Kita boleh makanan kepada rakyat palestine ketika mereka lapar. Kita boleh membalut rakyat palestine ketika mereka sejuk. Kita boleh jadi ilmu rakyat palestine ketika mereka belajar. Bagaimana?

Sumbangkan dana kepada palestine. 

Aku ada rm5 jek admin. Takpe. RM5 ke rm10 ke apa ke.. derma jek. Aku ada rm1,000 admin. Takpe ko memang kaya, derma jek der. Tak kira ada berapa derma berapa. Rakyat palestine perlukan kita dalam bentuk ubat, dalam bentuk makanan, dalam bentuk baju serta perlindungan.

Kita akan terbang ke palestine dalam seme bentuk itu. So hari neh atau esok mari kita semua rakyat malaysia pergi masukkan duit masing2 ke tabung derma kat akhir artikel ini. Selepas tue jangan lupa like posting neh. Wajib like oke. Bila korang like ia akan muncul kat wall fb korang. So kawan2 ko akan nampak dan dia maybe akan baca. So kita dah buka satu lagi pintu derma dan begitulah seterusnya.

Siapa ada blog maka sebarkan dalam blog masing2. Nak copy paste ke apa ke lantak lue la der. Janji kita gerakkan kempen mohon derma besar - besaran untuk palestine. Ayuh.. ramai2.

Tabung derma ada banyak. Yang aku stated kat sini 1 jek oke. Nanti kalau ada keperluan dan permintaan dari rakan2 lain aku akan masukkan lain2 tabung derma untuk gaza disini.

Sumbangan boleh dibuat ke dalam salah satu akaun di bawah:
1. Aqsa Syarif Berhad
5515 7500 4299 (Maybank Islamic)
12 092 01 003490 4 (Bank Islam)

kemudian sila maklumkan beserta slip deposit kepada:

admin@aqsasyarif.org.my
Tel: +603-8733 4636
Faks: +603-8734 9636

www.aqsasyarif.org.my


♥ Sumbangan melalui SMS

Para dermawan juga boleh memberikan sumbangan melalui SMS. Hanya ikuti langkah mudah ini untuk menyumbang:

1. Taip PALESTIN <10 / 5 / 3> (10 / 5/ 3 itu adalah nilai sumbangan yang ingin disumbangkan)
2. Hantar ke 39111

Contoh: PALESTIN 10 dan hantar ke 39111

Mulakan sekarang. Terima kasih atas sumbangan anda semua.

- Aman Palestin -
Teruskan doa kita dan sumbangan untuk Tabung Kecemasan Gaza Aman Palestin

Maybank 562263010787
Bank Islam 12029010047880
Bank Muamalat 12070005133717
RHB 21245760004907

atas nama Aman Palestin Bhd


Rujukan : gambar peta, gambar peperangan. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...