Sabtu, 17 November 2012

Hot : Chegu Bard kena tendang.

Padan muka.

Dan babai.


Nampak tak sapa tunjuk tangan tue?

kah kah kah

Sebenarnya aku tak terkejut bab Chegu Bard tak bertanding kat Nibong Tebal. Ia perkara biasa dalam parti. Pimpinan parti berhak menentukan siapa bertanding di mana dan siapa perlu ke mana. Ini seme ialah protokol biasa dalam parti. Bila ko duduk dalam satu2 organisasi suka tak suka ko kena patuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Dalam kes neh PKR telah menetapkan Chegu Bard akan ditendang macam bola syuhhhhhhh ke satu destinasi yang aku pun taktahu di mana. So takmo la aku pertikaikan apa2 telah parti putuskan. Apalah orang luar macam aku nak pertikaikan. Agak2 nak makan pelempang boleh la pertikaikan.

Tetapi meletakkan Mansor di Nibong Tebal mengantikan posisi chegu bard boleh dipertikaikan oleh orang macam aku. Ini kerana wakil rakyat berkait dengan rakyat. So aku rakyat then automatik ada hak itu. Apatah lagi mansor mewakili pakatan rakyat. Aku condong ke pakatan rakyat meletakkan aku 2 kali ganda ada gak itu.

Dalam kes neh anwar ibrahim yang mengumumkan bahawa mansor akan bertanding di parlimen Nibong Tebal [shortform selepas neh PNT]. So bila anwar umum itu bermaksud anwar merestui mansor disitu. 

Jika ko tanya aku, jawapan aku ialah itu keputusan bodoh. Mansor tidak boleh disitu. Bahkan mansor tidak boleh berada di mana2 sekalipun. Berada nya mansor di mana2 itu bermaksud rakyat memberikan peluang kepada mansor untuk merembat wang rakyat.

Dr Mansor:
Kita menang putra jaya..ada thousands of jobs.. i tak payah la…i nak jadi duta china ok la..hahahaha
Duta saje berapa ratus..nak isi untuk siapa kalau bukan org mcam kita..agencies in govt..beratus…
U want to put BN guys ka..penang port..risda, felda..felcra
Thousands of them..and gaji more than YB..so why nak jadi setakat YB..
If u win putrajaya, duta.. foreign affairs beratus jobs for us…
U think u want to retain umno guy …no way…
Senator?
Makan angin sahaja kita..tak pikir masalah banjir…
These are the things ..putrajaya can open flood gates for us…

Ini bukan tuduhan aku. Ini pengakuan mansor sendiri. Aku tak pernah paksa mansor bercakap pasal jawatan dan pasal duit. Mansor bercakap dan mengakui sendiri dalam mesyuarat tertutup. Hai mansor, pernah tak saya paksa mulut awak bercakap pasal makan angin dan jawatan? Tidak kan? Itu keinginan awak sendiri kan? So kenapa anda masih disini? Dan kenapa pkr masih menyimpan anda?

Menyimpan satu hal. Dan mencalonkan dia mewakili PKR? Itu sebenarnya apa? Aku pun pelik. Kenapa agaknya mansor tiba2 merampas tempat chegu bard. Dari apa yang aku tahu chegu bard dah buat macam2 di PNT. 

Itu satu tindakan yang betul. Sebelum pru la masa nak turun padang, tunjuk muka, amek tahu masalah rakyat di satu2 kawasan yang kita bakal wakili. So bila pru berlangsung tak de la ber-effort2 tunjukkan diri tue mesra rakyat. 

Pasal sebelum itu kita dah tunjukkan diri kita, sikap kita, pemikiran kita, idea2 kita kepada rakyat setempat. Mereka dah berkawan dengan kita. Dah kenal kita. Dah faham kita. So persepsi baik dah terbentuk. Ini memudahkan kemenangan.

Rekod, di PNT, pkr menang ketika itu dengan Tan Tee Beng, sebelum dia menjadi wakil bebas. Majoriti ialah 3,087. So meletakkan chegu bard itu betul. Chegu bard antara wakil pkr yang banyak kali menonjolkan diri dalam beberapa isu penyelewengan. Bahkan SAMM aktif mengadakan dialog dan pertemuan dengan anak muda.

Kredibel itu ada. Jadi mengantikan seseorang yang ada kredibel kepada seseorang yang takde kredibel, itu kerja gila. Boleh calonkan orang lain disitu. Tetapi mestilah setara or upper dari chegu bard. Bukan lower.

Mansor dah terjejas dengan teruk. Kalau aku pengundi disitu pergi la mampos. Tak hingin aku undi dia. Belum pape dah bincang soal jawatan? Dah bincang nak gantikan mereka2 yang duduk dalam agensi kerajaan kepada orang2 pr. Itu apa?

Bagi aku label politik no 2. Jika seseorang yang duduk di kerusi itu seseorang yang boleh buat kerja maka biarkan sahaja dia disitu. Ini aku percaya dorang buat kerja kerana dorang berdedikasi bukan atas label politik.

Apabila seseorang berdedikasi mereka berdedikasi kerana mereka memang mahu berdedikasi. Fahaman politik tidak menentukan walaupun tak dapat dinafikan ia mungkin boleh memberikan pengaruh.

Sambung balik bab mansor. Mansor tue adun penanti. Dan disebabkan itu dia menjawat jawatan timbalan ketua menteri penang II. Satu jawatan yang sia2 jika korang tanya aku. Dap terlalu takut dengan pkr dan pas. Sebab tue dorang wujudkan jawatan di atas. 

Sedangkan jawatan neh tak pernah wujud time bn pegang penang. Dah membazirkan wang pembayar cukai semata2 nak puaskan nafsu ketiga2 parti tersebut. Almaklumla.. masing2 nak tunjukkan masing2 berhak dan berkuasa di penang.

Dan kini mansor nak bertanding satu lagi kerusi di parlimen. So ini bermaksud dari satu kerusi kepada 2 kerusi? Apa ke tamak haloba nya kao? Yang satu tue pun terkedek2 nak jaga. Ini tambah satu lagi? Tengok respon aku kat bawah neh ;


Sangat terkejut.

Ini pemerhatian aku.  

Jangan anggap ia sebagai fakta pula. Anggap je la aku sedang menganalisis suasana.

Konflik LGE tokong tue dah memusnahkan reputasi mansor. Kalau sesiapa cakap aku tokong dan mengumpat aku dalam mesyuarat.. aku juga dalam ahti ada taman. 

Of course. Aku bukan batu beb. Kecik ahti mesti ada. So mungkin la mansor merasakan dia tak selamat dengan satu kerusi. Orang cina penyokong dap terutamanya sudah hilang kepercayaan kat dia. Jika dia hilang penanti maka dia hilang seme nya.

So dia perlu secure dua kerusi. At least satu kalah satu menang or dua2 menang. Kalau menang, boleh p parlimen dan tak perlu nak hadap muka LGE kat komtar. Kalau kalah di parlimen dan kekal di penanti itu satu disaster gak. 

Sebab suasana tegang dah terbentuk. Tambahan pula LGE tidak begitu bodoh [tapi mungkin juga tunduk kepada tekanan pimpinan pusat] untuk membiarkan mansor menjawat jawatan ketua menteri II jika dap berjaya mengekalkan penang. 

So mansor mungkin sedang menyusun langkah untuk pergi lebih jauh. Orang kata susun strategi. Tak dapat tue, dapat neh.. tak dapat neh.. ada tue. Sebab tue dia secure kawasan yang sure menang. Dia yakin disebabkan kekuatan yang telah chegu bard bina sebelum ini di PNT maka pasti PKR menang.

Yang jadi mangsa kat sini mungkin chegu bard. Aku pun tak pasti. Aku main spekulasi jek. Bukan fakta oke. Aku suka memerhati. Dan aku tengok la juga banyak perkara. Begitu begini. So ini kesimpulan yang aku dapatla. Apa pun aku tak peduli sangat la sapa mangsa sapa kena tendang ke apa ke.. tapi yang penting jangan undi mansor. Tak kira dia kat mana2 sekalipun or pakai label parti apa sekalipun.

Ini kerana mansor ditolak kerana mansor itu mansor. Dan nama mansor itu mendekati icon boros yang popular di malaysia iaitu rosmah mansor. So mansor dan rosmah mansor boleh ditolak secara total. Jangan undi mereka langsung. Biar undi rosak pun takpe.

Jangan risau untuk menyatakan bantahan dan penolakkan terhadap mansor. Kita tak rugi satusen pun jika angkat wakil rakyat yang boleh buat kerja. Dan tak rugi satusen pun dengan meluahkan apa yang kita rasa. Kita perlu belajar menjadi jujur dan berterus terang. Pemimpin pula perlu belajar menerima apa yang kita fikirkan mengenai keputusan mereka.

Ingatlah juga bahawa kita akan rugi macam2 kalau kita membantu berkempen mereka2 yang tak boleh kerja dan menyusahkan kita di kemudian akhir. So no mansur now and no mansor forever, unless dia repented.  

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...