Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 8 Jun 2012

Tanah rizab untuk kubur kini bertukar status..


Dulu perkasa pernah kecoh pasal neh.

Perkasa dan umno pernah marah dap sebab amek tanah cina buat kubur orang islam. Which is aku pun tak faham apa isu disitu. Dorang beli tanah then gazetkan beberapa hektar tanah untuk buat perkuburan bagi umat islam. Dan itu menimbulkan kemarahan perkasa. Dorang cakap belum pernah lagi tanah cina di ambil untuk dibuat kubur. Oke, tapi kenapa nak marah ek? Aku tertanya2 sampai sekarang.

Tapi satu isu yang menarik kat situ ialah aku tertanya2 betul ka tanah yang dibeli oleh dap bernilai rm20juta? Untuk kos beli tanah kubur sahaja ka ataupun kos keseluruhan tanah yang di ambil alih? Bab tue aku confused tapi bab tue orang umno tak ulas pula. 

kah kah kah

20juta untuk beli tanah bukan satu kos yang rendah tahu. Kena tengok jumlah keluasan tanah yang terlibat, jenis kawasan dan rate semasa kat situ. Aku tatau details so aku takmo ulas lebih2. Mahal atau murah kena tengok pelan dulu baru boleh ulas lanjut.

Tapi kita abaikan bab tue. Sekarang kita ulas isu lain. Kita citer pasal dokumen yang kat atas tue then kat bawah oke ;



Ia melibatkan dua jenis tanah di dua lot yang berbeza di satu negeri yang sama iaitu perak. Jangka masa bagi kedua2 tanah neh tidak lah begitu jauh jaraknya. Satu dalam bulan ogos 2011 dan satu lagi jan 2012.

Aku taktau apa sebab kerajaan negeri batalkan rizab khusus [jenis penggunaan] bagi kedua2 jenis lot tanah tersebut. So aku takmo ulas lanjut2. Bagi aku setiap negeri dan kes adalah berbeza2 situasinya berdasarkan kepada permasalahan penduduk setempat. So susah juga nak buat gambaran umum bagi mengatakan bahawa bn memang terbukti bersalah dalam kes neh.

Cuma aku nak bagitau kat penyokong2 umno dan perkasa khususnya di penang bahawa penukaran status rizab tue sebenarnya wujud di mana2. Boleh wujud di penang dan boleh juga wujud di perak. Dan bila ia wujud sepatutnya jangan tengok 'subject" yang menukarkan status rizab sebaliknya tengoklah sebab apa kerajaan negeri bertindak menukarkan ia.

Cari punca, kaji sebab, dan kalau benar2 tak setuju ko bantah lah. Jangan melalut buat propaganda murahan di tv. Orang kadang2 semak tengok korang. Mungkin korang tak rasa apa2 sebab tak diberitahu tapi ketahuilah kalau korang tahu hakikat sebenarnya korang sendiri pun automatik sanggup terjun bangunan bunuh diri. Almaklumlah sebab dah malooooo sangat.

kah kah kah

Ameno : Tunggu perkasa dan umno perak mengamok pula. Ekekeke..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...