Jumaat, 8 Jun 2012

PTPTN tarik balik pembekuan pinjaman siswa Unisel, KUIS


Tak dan aku nak ketuk kerajaan dah buat keputusan untuk tarik balik keputusan awal dorang mengenai pinjaman PTPTN. Oke aku cakap ini satu usaha yang betul. Tak patut pelajar dijadikan mangsa dalam permainan ahli2 politik di malaysia. 

Walaupun itu satu tindakan yang betul tapi bn tidak perlu dipuji menerusi tindakan neh kerana mereka sendiri yang mencetuskan permasalahan maka memang wajar lah jika mereka memperbaiki tindakan yang dicetuskan oleh diri mereka sendiri.

BN : Kita setuju debat isu ptptn.

BN : Kita dah debat isu ptptn.

BN : Kita dah canang pasal ptptn di seluruh media arus perdana

BN : Kita tarik pinjaman ptptn terhadap selangor

BN : Kita beri semula ptptn kepada selangor.

Nampak?

Itu seme tindakan mereka sendiri. Kita tak paksa mereka berdebat walaupun kita sangat suka seme parti politik berdebat menyatakan pandangan dan pemikiran masing2 agar rakyat seperti kita mendapat kefahaman mengenai apa2 yang mereka ingin usahakan di malaysia untuk membantu rakyat.

Sejak kalah debat hari tue di tv, mereka telah menjalankan pelbagai usaha untuk menanam persepsi bahawa ptptn itu relevan, tindakan kerajaan meneruskan ptptn juga relevan berbanding tindakan pkr yang mahukan pendidikan percuma untuk rakyat.

Sebenarnya mungkin bn tak faham kot. Rakyat bukan begitu bodoh nak menelan bulat2 apa yang dinyatakan oleh pr tanpa melakukan kajian dan sebagainya. Dan sama seperti bn, rakyat juga melakukan research nya sendiri bagi memastikan apa yang ditawarkan oleh pr adalah sesuatu yang benar2 bermanfaat bagi rakyat.

Oleh itu lebih baik lah bn berhenti melakukan propaganda murahan dan cari jalan bagaimana nak membantu rakyat marhaen. Asal dan matlamat penubuhan PTPTN itu bagus, tetapi ia telah diselewengkan selepas beberapa tahun berlalu. So ia jadi tak bagus bukan sebab product tetapi sebab sistem.

Jikalau lah bn boleh memahami perkara semudah itu, aku percaya dari awal lagi mereka takan bertindak sebodoh neh dengan memperjudikan masa depan generasi muda.

Walaupun bukan seme yang dinyatakan oleh rafizi dan pkr mengenai isu pendidikan percuma itu aku sokong tetapi tak boleh juga nak mendesak pkr melaksanakan pendidikan percuma secara tergesa2. Definisi adil yang diucapkan oleh tipiem ketika diajukan soalan mengenainya oleh pemberita adalah sangat2 karut lagi mengarut.

Adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. 

Bagaimana boleh adil jika bien mengutip cukai dari seluruh rakyat malaysia tanpa mengira parti politik, bangsa, agama dan status tetapi hanya sebilangan kecil sahaja yang mendapat perhatian kerajaan manakala sebilangan yang besar lain dianaktirikan contohnya aku, kelantan dan pelajar2 yang belajar di selangor? 

Adil kah itu? Jika adil sangat kenapa akhirnya bn pasrah dan meluluskan semula pinjaman ptptn untuk mereka yang belajar di selangor? Disinilah nampak ketidakcerdikan tipiem. Dan ketidakcerdikan penyokong2 umno yang taksub pula akan terserlah di dalam ruangan komen. Percayalah. Heh.



Ameno :  Tahu takut rupanya

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...