Selasa, 8 Mei 2012

Rosmah Mansor, Anugerah, Gelaran dan Ijazah.


Sudah begitu lama aku tidak mengSTALKER tokoh kesayangan aku. Mem, sorry mem. Jangan salahkan aku. Itu salah mem sendiri yang beria2 menyorokkan diri bermula awal tahun neh. Tak macam tahun2 lepas, mem selalu ke depan berbanding najib. Berita2 mengenai mem juga hari2 keluar tv. 

Tapi, rasanya mem begitu sabar dan tekun mengelakkan diri daripada muncul terlalu kerap di media arus perdana adalah disebabkan nak pilihanraya kan mem ? Jangan malu2 mem. Aku dah dapat tahu hal tersebut. Kami pun oke je dengan keputusan mem tue. Toksah nak berahsia sangat lah mem. Tak satu malaysia arh cenggitu.

kah kah kah

Tak sangka rupanya hari neh mem kita mendapat dua anugerah. Mula2 anugerah sukan. Yang  itu dah buat aku tergelak guling2. Dari atas bukit terus terguling2 sampai kat bawah bukit. Tapi tak cukup lagi tue. Aku panjat gunung plak. Turun ke bawah gunung sambil gelak guling2. Ingatkan dah puas tapi rupanya tak cukup. Kena buat banyak2 kali baru leh lepaskan rasa kelakar dalam diri.

Lepas tue dapat tahu rosmah dapat satu lagi anugerah. Aisehmen. Takan nak kena panjat gunung dan gelak guling2 lagi? Rasanya tak boleh kebah deman lawak neh. Kali neh kena naik kapal terbang dan lompat keluar sambil terguling2 gelak. Buat 1o kali baru hilang demam lawak. Adoii rosmah, please. Janganlah buat aku macam neh lagi. Aku neh sensitif sket dengan virus lawak.

kah kah kah

Berikut aku berikan korang senarai award dan darjah kebesaran yang rosmah mansor dah terima setakat neh. Saksikanlah sendiri. Bermula march 2008. Award sebelum tue pun ada juga cuma aku tak kira kat sini oke.

Senarai anugerah, gelaran dan ijazah untuk rosmah mansor  MARCH 2008 - MAY 2012.

Datok Amar bintang kenyalang - klik sini

Anugerah tanggungjawab sosial - klik sini

Anugerah keamanan dan keharmonian antarabangsa. Klik sini

Anugerah Srikandi. Klik sini.

Darjah utama negeri melaka. Klik sini

Ijazah doktor kehormat pendidikan dari UITM. Klik sini

Darjah kebesaran Sri panglima kinabalu. Klik sini

Ijazah Doktor Kehormat Persuratan dari CURTIN UNIVERSITY. Klik sini

Ijazah Doktor Kehormat Inovasi dalam pembangunan Manusia dari LIM KOK WING UNIVERSITI. Klik sini

Darjah seri paduka tuanku jaafar yang amat terpuji. Klik sini

Anugerah wanita kebajikan Asia. Klik sini 

Darjah seri sultan ahmad shah pahang. Klik sini.

Tokoh Sukan Kebangsaan 2012. Klik sini

Ijazah kedoktoran falsafah pendidikan awal kanak-kanak dari USPSI. Klik sini

Sri Pelangi Srikandi Utama. Klik sini

Darjah kebesaran mahkota kelantan yang amat mulia. Klik sini

Pingat perkhidmatan cemerlang dari US Stevens Institute of technology. Klik sini

Anugerah paduka srikandi pandu puteri malaysia. Klik sini

Gelaran Toh puan Indera. Klik sini.

Ijazah Kedoktoran kaki Shopping dari rakyat malaysia. Klik diri sendiri.

Setakat neh jek yang aku berjaya jumpa. Aku tahu ada yang aku terlepas. Tapi aku tak ingat dah apa dia. Aku rasa pernah perasan yang dia dapat beberapa gelaran. Cuma aku tak ingat dah apa benda gelaran2 tersebut sebab dah terlampau banyak, jadi tak heran kalau ada yang aku terlepas pandang.

Harapnya, mem boleh bagi info sikit tang mana anugerah, gelaran ataupun ijazah yang aku terlepas pandang. Mem jangan segan2 komen kat bawah neh oke. Nanti aku update lah. Mem kena juga sekali sekala bergaul mesra dengan stalker mem dalam usaha nak saling faham memahami oke?

kah kah kah

Bai.

Ameno : Ijazah stalker.. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...