Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 24 Februari 2012

Syria kagum rejim Umno sokong regim Assad [awas, video 18SG]


Alamak geng.

Patutlah tivi three asyik menipu tak habis2. Berpadu pula dengan utusan dan bh online. Peh. Terbaik. Gandingan termantap. Penipu berkerjasama dengan penipu demi sebuah penipuan. Peh. Marvelous punya penipuan. Memang bapak2 penipuan sungguh.

Baca bawah neh beb ;

Syria Kagumi Pendirian UMNO Tolak Campurtangan Luar


KUALA LUMPUR, 22 Feb – Syria mengangumi pendirian UMNO sebagai sebuah parti politik yang mantap dalam menyatakan pendirian menolak sebarang campurtangan luar dan tidak menerima hakikat berkaitan unsur-unsur luar dalam usaha memporak-perandakan sesebuah negara.

Dutanya, Dr. Mohamad Khafif menyatakan demikian dalam kunjungan hormatnya kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato Onn semalam.

Jelasnya, pergolakan yang berlaku di negara-negara Arab sejak kebelakangan ini turut berlaku di Syria yang telah mengakibatkan korban nyawa tetapi beliau percaya bahawa ia akan dapat ditangani sebelum krisis lebih teruk berlaku.

Dalam ucapan balasnya, Tengku Adnan menerangkan bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) tetap berpegang teguh dan yakin bahawa setiap permasalahan dalam sesebuah negara hanya akan dapat diselesaikan oleh masyarakat di dalamnya sendiri tanpa ada penglibatan dari pihak luar.

“Pendirian kita adalah jelas berhubung isu-isu antarabangsa dan begitu juga dengan apa yang berlaku di Syiria yang mana kita percaya bahawa rakyat Syiria sendiri bertanggungjawab dalam memastikan kesejahteraan dan kestabilan dalam negara tersebut,” katanya.

Dalam hal ini beliau turut memberi analogi Malaysia yang pernah mengalami demonstrasi jalanan ekoran ketidakpuasan hati pihak tertentu apabila tewas dalam pemilihan atau dalam sesuatu kes termasuklah perbicaraan di mahkamah.

“Ini adalah kerja-kerja pembangkang yang mahukan kuasa sehinggakan sanggup dipergunakan oleh pihak luar bagi membuat kekacauan. Mereka ini apabila tidak dapat kuasa melalui pilihan raya maka mereka akan mengadakan demonstrasi atas nama reformasi dan sebagainya asal saja boleh menjatuhkan kerajaan yang ada,” ujarnya.

Tambahnya, sebagai sebuah parti politik yang berkerajaan dan mempunyai pengalaman, penyelesaian krisis perlulah dilakukan dengan matang dan berhati-hati agar tidak memudaratkan dan mengundang pertelingkahan kepada rakyat dan negara. – MediaUMNO

Sumber : umno-online

Dah baca good.  Patutlah najib tak bagi respon apa pun pasal syria beb. Geng ma. Geng. Mana boleh lawan geng sendiri beb.

KAH KAH KAH

Lihat video bawah neh ;



Sekarang korang tahu kami di pihak mana dan umno di pihak mana? Setakat cakap tak guna beb. Kami ada bukti, korang penyokong umno ada bukti? Takdak. So bila sendiri digelar pengkhianat, penjahat, perompak, penzalim, penyamun dan pelbagai gelaran jahat yang etc2, itu adalah disebabkan diri sendiri bersubahat dengan penjahat.

Walaupun bukan seme yang datang dari umno itu jahat dan bukan seme benda yang bien buat itu buruk tetapi banyak dari apa yang mereka buat itu ialah jahat dan buruk. Mereka malahan di ketuai oleh orang2 yang jahat. 

Korang mungkin tak jahat tapi bila korang sokong penjahat sedikit sebanyak orang akan tetap beranggapan korang tue jahat. So kenapa nak sokong sesuatu yang jahat dan kejam? Jom tukar. Ubah sekarang. Malaysia dah takde hope selagi mana bien dan umno memerintahnya. Percayalah weh.

Lebih banyak video? Klik sini ==> semut. 

Ameno : Jahat gile..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...