Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 19 Februari 2012

Saya jaga akidah, peranan pemimpin Islam: Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata setiap tindakannya dalam sambutan keagamaan kaum lain di negara ini adalah berlandaskan kepada syariat Islam yang dibenarkan. 

Perdana Menteri berkata, apa yang dilakukannya adalah mencontohi tindakan Nabi Muhammad SAW dalam menghormati agama orang lain, tanpa menyalahi akidah Islam itu sendiri.


"Saya jaga akidah. Saya jaga peranan saya sebagai pemimpin Islam. Kita juga mesti ikut cara-cara Rasulullah SAW yang menghormati agama orang lain tapi tidak menyalahi dari segi akidah," katanya semasa menutup Perhimpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini. 
Beliau berkata, dengan cara ini, umat Islam dan agama Islam akan lebih dihormati dan kepimpinan umat Islam itu akan membawa rahmat bukan sahaja kepada umat Islam tetapi juga kepada rakyat negara ini. 
Menyentuh mengenai kenyataan Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria mengenai kehadiran Perdana Menteri di sambutan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini, Najib berkata beliau berasa lega apabila Mufti Perak itu menyatakan apa yang dilakukannya itu tidak bertentangan dengan hukum syarak dan ia juga disahkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. 
"Saya terangkan kepada dia (Harussani), kenapa dan di mana saya pada ketika itu. Saya tidak masuk pun, saya di pekarangan dalam dewan dan saya bagi ucapan menyentuh soal sosio ekonomi orang India beragama Hindu. Saya tidak terbabit dalam majlis keagamaan sama sekali. 
"Saya rasa lega dan berterima kasih kepada Mufti Perak apabila menyatakan bahawa ianya tidak bertentangan dengan hukum syarak dan juga fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa," katanya. - BERNAMA

Bagus najib bagus. Jaga akidah ialah satu perbuatan yang bagus. Saya mesti puji. Errr jap nak tanya sket. Gambar kat bawah neh gambar pasal apa ek?


Jangan marah ye najib. Neh nak tanya sikit. Merujuk kepada keratan berita di atas neh, csl cakap genting akan bermasalah kalau pakatan ambil alih kerajaan disebabkan peranan pas. Adakah ini bermaksud bahawa selama neh genting aman kerana bien protect dia? Hehehe..

Kalau nak di ikutkan pembahagian kerusi.. umno ketua nya. Umno ada begitu banyak kerusi dibanding dengan mca dan mic. Jadi.. takanlah umno ialah ketua yang protect " genting judi kasino kes bunuh diri along lintah darat mabok berjudi orang gila berjudi banyak masalah terjadi angkara judi "  selama neh?  

Jangan marah najib. Tanya jek pasal neh. Sebab najib juga cakap najib jaga akidah kan? Peranan pemimpin islam kan? Hehehe.. selamat menjawab ye. Saya tunggu. Bai.

Ameno : Lawak siott.. sanggup buat statement tak tengok cermin.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...