Isnin, 20 Februari 2012

Kereta DSAI dirosakkan ketika berceramah - UPDATED!


Diberitahu ceramah dsai di johor malam tadi dibenarkan dengan permit. Maksudnya polis dah izin dsai untuk berceramah. Tapi yang tak berapa best tue malam tadi kereta dsai dirosakkan. Siapa yang rosakkan dan apa punca nya tidak pula diketahui lanjut sebab setakat bukti yang ada takat neh hanyalah gambar kereta yang dipecahkan.

Individu2 yang memecahkan kereta dsai tidak pula dirakam. Aneh juga situasi neh sebenarnya pun. Kalau dia pecahkan kereta di kawasan ceramah takan takde orang nampak dan rakam perkara terbabit? Maksud aku takan takde orang sedar? Biasanya tapak ceramah kat mana2 mesti ada jek orang. Jarang sekali takde orang even kat laluan belakang pun sentiasa ade ajek orang. 

Harus di ingat neh ceramah pr. Bukan ceramah bien. Ceramah bien memang kita sama kita tahu lah sambutan nya bagaimana kan. Tapi ceramah pr selalunya paling2 kurang pun kehadiran tetap ramai beb. Lihat bawah neh. Gambaran kenderaan dsai yang dilaporkan pecah menerusi twitter sebentar tadi ;


Aku malas nak tuduh neh perbuatan siapa2 sebab tiada bukti pun setakat neh. Kang bila dah berani tuduh2 kena pula kemukakan bukti. Meskipun orang ramai dah mula bercakap2 neh perbuatan dari geng2 umno. Neh aku fikir persepsi mereka sebab selama neh pun memang tak dapat dinafikan adanya ahli2 umno yang memang bersikap samseng. Contohnya samseng jalan kebun. Yang tue takpelah. Ada bukti video yang boleh menguatkan dakwaan kita.

Yang neh langsung takde. Based on gambar jek. Sapa pun boleh cakap neh kerja orang tue orang neh. Tapi bukti takde. Sebab tue aku malas nak tuduh2. Cuma nya aku harap polis boleh siasat perbuatan neh. Tak kira siapa pun yang buat kerja neh tolonglah siasat habis-habisan. Jangan buat perlindungan keselamatan terpilih. 

Setiap rakyat malaysia berhak mendapat keadilan dan perlindungan keselamatan tanpa kira apa label politik mereka. Polis tue berkhidmat dengan rakyat bukan dengan parti politik. Jauh benar bezanya tue beb.

Lagi satu kepada geng2 yang suka buat kerja2 bebal neh. Hentikanlah weh. Hentikan. Daripada korang pecahkan kereta orang baik berdebat depan2. Luahkan apa jek yang ko tak puas ahti. Buat apa attack orang belakang2. Tue sikap seorang pengecut beb. Bai.

UPDATED ;

Ada member facebook dapat tangkap tiga gambar yang mengesahkan kehadiran orang umno dalam ceramah dsai di johor semalam meskipun kurang clear gambarnya. Yang penting bukti kehadiran orang umno dikesan dalam ceramah semalam.

Lihat bawah neh ;






Antara keterangan saksi kejadian malam tadi ialah ;
Para penonton & juga hadirin dibaling dgn batu, botol, telur tembelang & juga mercun...
Akan tetapi ceramah tetap diteruskan & berjaya tanpa sebarang kejadian yg tidak diingini...

Bila berlaku kejadian macam neh, nasihat aku ialah RAKAM. Ingat kalau anda rakam kejadian tersebut baru kita boleh sebarkan hal neh. Kalau setakat cakap susah sket orang nak percaya. Lainkali kalau ada mana2 pihak yang buat provoke, rakam dan sebarkan. Bila dah rakam contoh kes macam samseng jalan kebun tue.. orang pun akan mula berfikir dan tahu mana baik dan mana buruk.

Apa pun orang2 bien dan umno toksahlah main2 provoke lagi. Tak puas ahti sangat guna hujah jek. Pendekatan berhujah neh boleh membuatkan sesama kita berfikir. Kalau dok tunjuk samseng apa pun tak dapat beb.

Sumber : sini.

Ameno : Takde sapa2 ke yang rakam aksi ketika kereta neh dipecahkan or belum disebarkan lagi? Hehehe..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...