Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 3 Januari 2012

Soal - Jawab : Kenapa mahasiswa perlu berpolitik.

Ramai orang tak faham kenapa mahasiswa perlu berpolitik. Sebenarnya mereka tak faham sebab dah melihat persoalan neh dari konteks yang salah. Apa yang mereka lihat ialah ;

Kenapa mahasiswa sibuk nak berpolitik?

Tapi persoalan sebenarnya ialah ;

Kenapa mahasiswa tidak di izinkan berpolitik LEBIH2 lagi yang bukan cenderung kepada kerajaan?

Apa pula tuntutan mahasiswa? Adakah mereka mahu ;

Mari semua mahasiswa kita berpolitik sampai lebam. Tinggalkan seme sekali termasuk study.

ATAU

Mahasiswa yang nak berpolitik, dibenar berpolitik. Nak pro bn ka, pro pr ka, atas pagar ka apa kata lantak lue punya pasal janji lue nak politik takde sapa2 boleh halang lue suarakan apa yang lue rasa. Tapi biarlah politik dan pelajaran kena seiringan. Bukan macam sekarang, seme tak boleh. 

Mari kita perhatikan hujah2 mereka yang sering menghalang mahasiswa neh daripada terlibat aktif dalam berpolitik ;

Soalan : Mahasiswa neh patut focus pada study. Nak politik lepas belajar lah bro.

Jawapan : Okey. Tapi kenapa mesti pr dan lain2 parti sahaja yang kena ikut peraturan neh. Apasal mahasiswa pro bn dibenar berpolitik? Ini undang2 berat sebelah bro.

Soalan : Logik lah bhai. BN parti pemerintah. Takan dia nak izin orang berpolitik balon dia pula.

Jawapan : Ikut logik akal, ya. Tapi ikut logik undang2, neh salah. Kalau ko sungguh nak larang mahasiswa berpolitik maka buat betul2. Halang seme sekali, jangan halang separuh2. Bila ko sendiri bersikap bias dalam membuat undang2, macam mana ko nak harap orang pandang ko sebagai adil? Ini tidak mungkin lah.

Apabila sebut pasal politik, bn pun termasuk sekali sebab dia parti. Ada beza yang jelas antara kerajaan dengan bn. Kerajaan tak boleh buat undang2 terpilih dan bias. Tak kira apa stand politik rakyat, sebagai kerajaan mereka kena layan seme dengan adil sebab dia kerajaan dan kita rakyat. Dia tak boleh pilih rakyat, tapi rakyat boleh pilih kerajaan. Yang neh dia tak faham kah?

Soalan : Alahh... belajar dulu lah itu yang utama.

Jawapan : Isu dia bukan belajar dulu or belajar kemudian. Isu dia ialah kalau sungguh nak halang berpolitik, maka ko halang semua sekali. Bila ko buat halangan terpilih, maka sila buka halangan tersebut. Biarkan sahaja mahasiswa neh berpolitik. Tak faham kah?

S0alan : Yang sibuk sangat nak berpolitik kenapa? 

Jawapan : Mahasiswa punya suka. Nasib baik dia sibuk nak berpolitik. Lainla kalau dia nak sibuk untuk berbogel ka, berlacur ka, mencuri ka.. yang sampai nak halang2 apahal? Apa pun yang mahasiswa nak buat selagi ia bukanlah perkara2 yang mungkar, tidak sepatutnya kita persoalkan keinginan mereka. Inilah kebebasan namanya. Mereka patut ada hak itu.

Soalan : Sedar sikit.. korang diberikan amanah untuk belajar.. bukan untuk berpolitik.

Jawapan : Politik juga adalah sebahagian daripada proses pembelajaran. Macam2 boleh kita belajar menerusi politik beb. Ko ingat belajar hanya boleh dibuat melalui buku? Apabila kita sebut belajar.. ia ada banyak kaedah. Melalui buku hanyalah 0.000000001 cara belajar di dunia neh. Sebenarnya ada berjuta2 cara lain untuk belajar. Berpolitik pun belajar juga.

Soalan : Sibuk berpolitik tapi akedemik kemana .. perlu kah?

Jawapan : Inilah silap faham terbesar sekali di kalangan masyarakat. Mahasiswa yang sibuk neh ada macam2 peel. Ada sesetengahnya sibuk dengan konsert dan bersosial. Yang itu tidak pula korang canangkan bagai, apahal? Yakin kah merit dorang cemerlang? 

Soal kecemerlangan neh takde kena mengena dengan menghalang mahasiswa daripada berpolitik. Apabila dia cemerlang, samada dia terlibat dengan politik atau tidak, dia tetap cemerlang. Soal cemerlang ialah hal yang lain. 

Soal berpolitik ialah hal yang lain pula. Neh dua perkara yang sangat berbeza. Kalaupun ada mahasiswa yang tidak cemerlang sebab berpolitik contohnya saiful bukhari azlan itu adalah masalah pengurusan masa dia sendiri. Bukan pasal politik tapi pasal kelemahan diri sendiri. 

Soalan : Tapi fikirlah perasan mak bapak.. hantar anak soh belajar.. ubah masa depan..
Jawapan : Ya.. berpolitik juga belajar. Budak2 neh tidak lari dari landasan hidup dengan menjadi gay or beranak luar nikah. Mak bapak boleh faham anak2 yang berpolitik [asal tidak taksub or emosi bagai]. Aku percaya ramai mak bapak boleh terima anak2 mereka aktif berpolitik daripada bersosial beb. 

Dan melalui politik juga, masa depan bukan sahaja boleh diubah malahan dibentuk. Ini bermakna kuasa kita lebih luas sebab dulu2 hanya boleh ubah masa depan tapi sekarang kita selangkah ke hadapan dengan membentuk masa depan. Bukan kah membentuk masa depan lebih bagos daripada mengubah? 

Contoh ;

Mahasiswa yang tidak dibenar berpolitik = terpaksa setuju apa sahaja yang kerajaan usulkan sebab tertakluk kepada peraturan dan etc = terima masa depan [sistem + dasar kenegaraan] yang dijanjikan kerajaan bulat2.

Mahasiswa yang dibenar berpolitik = dibenar bersetuju or tidak bersetuju dengan apa2 perkara yang diusulkan oleh kerajaan = menjadi sebahagian dari mereka yang mencorakkan masa depan.

So mana satu lebih baik? Menjadi sebahagian dari mereka yang menentukan dasar or menjadi sebahagian dari mereka yang hanya boleh menerima dasar semata2? 

Soalan : Fikir sikit jasa kerajaan pada korang, Nak belajar pun guna duit kerajaan beb.
Jawapan : Sebab fikir kerajaan punya jasa lah maka mahasiswa neh harus dibiarkan berpolitik. Biarkanlah mahasiswa neh turut menyumbang jasa dengan menjadi sebahagian daripada penentu masa depan negara. At least mahasiswa2 neh ada benda yang boleh difikirkan daripada melangut layan hiburan dan dunia sosialseks beb.

Bercakap pasal duit untuk belajar, ia bukan duit kerajaan. Ia bukan sesuatu yang kerajaan perlu ungkit. Dah pinjam kena bayar. Ia bukan datang percuma. Ia perlu bayar semula. Jangan bercakap seolah2 mahasiswa neh diberikan remote percuma oleh bien dan duduk goyang kaki dan ilmu masuk ke dalam akal dengan hanya menekan remote. Dan selepas itu tiba2 kena cakap tenkiu bien. Ini keji bhai.

Mahasiswa2 neh seme berusaha. Nak dapatkan pinjaman pun mereka berusaha. Nak kurangkan bunga pun mereka berusaha. Nak dapat kredit bagos pun mereka usaha. Lepas tue dapat biasiswa pun atas usaha.

Apa sahaja yang mereka raih hari neh atas usaha mereka. Ia tidak datang bergolek. Bukan bila terus masuk u or kolej, pinjaman terus masuk. Or biasiswa terus mari. Takde. Mereka usaha pergi pohon pinjaman. Dan mereka usaha juga bayar balik pinjaman. Sama macam mereka usaha pohon biasiswa. Jadi apa point ko bising cakap seolah2 pinjaman tue adalah benda yang mereka dapat terus dan tak perlu bayar sampai bebila? Dan apa hak ko mengungkit biasiswa2 yang diberikan atas kecermerlangan akal2 student2 neh?

Harus diingat juga, pinjaman neh datang dari duit rakyat. Jika majoriti rakyat tidak mengungkit, maka kerajaan juga jangan sibuk melalui suara minoriti yang jelas bias. Silap2 mereka yang mengungkit neh cukai satu hapa pun tak payah. Tah2 sendiri yang ditanggung oleh keluarga sendiri. Heh.

Soalan : Kenapa nak berpolitik lawan kerajaan? Itu sebabnya mahasiswa tak boleh politik. Kalau sungguh hargai kerajaan kenapa nak lawan kerajaan?
Jawapan : Berpolitik bukan untuk lawan kerajaan. Tapi untuk lawan kezaliman dan dasar2 mengarut. Mahasiswa juga berhak zahirkan pendirian mereka tanpa perlu rasa takut kepada mana2 pihak sebab ini adalah demokrasi dan hak setiap orang di malaysia. Kerajaan juga bukanlah maksum. Dia bukan Nabi saw so janganlah perasan bahawa mereka akan betul sentiasa. Maka, suka tak suka kerajaan kena biarkan mahasiswa neh menyalur pandangan dengan bebas.

Bukan semua dasar dan polisi kerajaan neh telus dan menepati kehendak rakyat. Contoh mudah ; 

Seseorang yang suka makan cili, sudah tentu tak berapa best bila makan benda yang tak pedas. Jadi dia akan sentiasa pilih makan2 yang bercili.

tapi

Keadaan neh berbeza pula dengan seseorang yang tak suka makan cili.. jadi

Oleh kerana bn ialah parti yang memerintah malaysia, maka sudah tentulah bn akan melantik proksi2 mereka dalam kerajaan yang selevel dan sepemikiran dengan mereka bila menentukan dasar. Belum tentu dasar yang mereka  tetapkan menepati apa yang diperlukan. Sebab itulah kita ada ruang untuk berpolitik. Supaya boleh salurkan perbezaan dan pandangan kita. Mahasiswa juga perlu diberikan saluran yang sama. Sebab mahasiswa neh bakal memerintah negara. Lebih cepat mereka memahami bagaimana boleh menentukan dasar negara adalah lebih baik sebab mereka boleh membantu menambahbaikkan sistem dan polisi negara. Luar dan dalam kampus. Mahasiswa neh haruslah bebas bersuara sepenuhnya tanpa ditekan. 

Menekan pandangan seseorang tidak akan mengubah ahti dan pemikiran seseorang. Seseorang itu mungkin tidak akan tegar bercakap depan2 tetapi dia berani cakap belakang2. Dan belakang2 neh lah yang akhirnya boleh menyebabkan kerajaan hilang kepercayaan suara anak muda. Ini ialah kesalahan kerajaan sendiri, jangan salahkan mahasiswa yang memberontak tapi salahkan diri sendiri yang menekan. 

Soalan : Tak perlu berpolitik. Dorang hanya pandai demo susahkan orang jek.

Jawapan : Jangan risau. Andai di ajar dan diberikan peraturan, mereka juga pasti akan ikut dan menerima faham garis panduan neh. Ia perlukan usaha untuk mengubah tingkah laku dan emosi mereka. Ia sesuatu yang boleh kita ubah. Ia bukan masalah besar pun sampai nak halang mahasiswa daripada berpolitik. Rakyat di malaysia neh majoriti mereka bertamadun. Bersangka baiklah pada masyarakat sendiri.

Soalan : Pokoknya.. mahasiswa tidak dibenar politik.. sebab lama2 seme termakan dengan hasutan pembangkang.

Jawapan : Nah.. inilah jawapan sebenarnya. Bukanlah kerajaan fikir pasal masa depan anak2 muda neh. Bukanlah kerana anak muda neh tidak cemerlang dalam akedemik. Bukan pula kerana anak muda neh tidak kenang budi, apatah lagi ia bukan pasal pinjaman. Tetapi seme neh dibuat sebab kerajaan takut hilang kuasa. Kerajaan tidak yakin anak muda akan sokong mereka. Jika kerajaan open dalam membiarkan mahasiswa neh berpolitik, kerajaan percaya bahawa mereka akan kehilangan sokongan yang besar dari anak muda. Bahkan dari rakyat malaysia itu sendiri. Bukan lah kerana pembangkang neh suka menghasut, ia adalah disebabkan kerajaan sendiri yang terang lagi jelas menipu dalam setiap apa yang mereka sampaikan kepada rakyat di luar sana. 

Lebih tepat, setelah bertahun2 lama nya mereka menipu rakyat melalui media massa, mungkin faktor itu sudah tidak boleh mempertahankan mereka lagi apabila mahasiswa di izin berpolitik. Bila mahasiswa sudah dizinkan untuk berpolitik, mereka akan terdedah dengan pelbagai perkara. Dan salah satunya, mahasiswa akan mula berfikir untuk membezakan mana satu salah dan mana satu betul. Dan bila mereka sudah pandai bezakan yang itu, dan automatik tanpa perlu disuruh mereka sendiri akan tidak akan condong kepada kerajaan. Ia perlukan seseorang itu menjadi jahat, untuk dilihat sebagai jahat. Yang neh kerajaan, kena faham.


Ameno : Menyekat suara tidak boleh menyekat perasaan. Kena ingat tue.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...