Jumaat, 1 Julai 2011

Risalah anti-bersih, ambiga, murtad dan fakta kes lina joy.


Kat atas neh ialah risalah yang di edarkan kepada orang ramai sesudah solat jumaat. Konon nya nak kaitkan bersih dengan agenda murtad. Tah pape lah weh. Nampak salah ambiga tapi tak nampak salah sendiri. Korang kata kita kena anti india dan ambiga sebab sokong murtad?Okey fine sekarang neh korang fahamkan betul2 benda neh ;

fakta kes lina joy

1. 11 NGOs yang terlibat dalam kes lina joy.

Malaysian Bar Council <-- bersih = pro pembangkang
All Women’s Action Society (AWAM)
Sisters in Islam (SIS) <-- ada kaitan dengan bersih = kerajaan bela mereka.
Catholic Lawyers Society
Interfaith Spiritual Fellowship
Malaysian Civil Liberties Society (MCLS)
Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism (MCCBCHS)
National Human Rights Society (HAKAM)
Pure Life Society
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) <-- bersih = pro rakyat
Vivekananda Youth Movement, Seremban
Women’s Aid Organization (WAO)
Women’s Development Collective (WDC)



2. Pada tahun 1999, beliau membuat permohonan kedua untuk menukar nama kepada Lina Joy tanpa menyatakan sebab pertukaran kepada agama Kristian telah diluluskan dan kad pengenalan baru beliau masih tertera perkataan Agama Islam. <-- Boleh tukar nama dalam ic rupanya. Tak pernah terfikir ke yang nama lina joy tue nama seakan kristian ketika jpn luluskan permohonan tersebut? Ambiga tak pegang jpn kan?
Pada tahun 2000, beliau membuat permohonan ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk untuk menghilangkan perkataan agama Islam tersebut. Permohonannya tidak dibenarkan oleh JPN tanpa kebenaran dari Mahkamah Syariah yang memperakui beliau keluar dari agama Islam. Mahkamah Syariah mengguna pakai undang-undang Islam tidak membenarkan seseorang Muslim keluar dari Islam, dan Sijil Tukar Agama seperti yang dikehendaki oleh JPN tidak dapat dikeluarkan. <-- rupanya sijil tukar agama wujud di malaysia. Bukan kah ini pelik? Siapa yang luluskan perlembagaan terbabit? Adakah ambiga? Bila kerajaan = perlembagaan = membenarkan orang islam tukar nama = sijil tukar agama = tukar agama = adakah itu kesalahan ambiga? Adakah ambiga ialah pihak yang mengubal perlembagaan malaysia?
3.  Peguam Malik Imtiaz Sarwar  <-- siapakah ini orang? Ini ialah orang islam. Ini ialah peguam. Ini ialah individu yang mengetuai majlis peguam pada ketika itu dalam perbicaraan kes lina joy. Dia di pihak yang menyokong permohonan lina joy untuk membuang islam daripada kad pengenalan nya. Dia bertindak sebagai wakil pemerhati tetapi dibenarkan berhujah bagi membela kes lina joy. Dan apa yang diperhujahkan oleh dia ialah ;
seseorang berhak mengamalkan apa2 kepercayaan mengikut ketetapan yang telah diperuntukkan oleh dasar perlembagaan itu sendiri. Apa itu perlembagaan? <-- dasar negara.  Ini bermaksud ;
dasar negara = perlembagaan = umno pegang = ada kelompangan dalam isu murtad.  Tiada apa2 penambahbaikan dalam isu neh selepas ataupun sebelum kes lina joy berlaku. Maksudnya kat sini ingatkan kerajaan nak sedarlah bahawa benda neh merbahaya or memudaratkan tapi haramm.. dorang biarkan aje perlembagaan wujud seperti itu dan kekal sampai sekarang. Maksudnya perlembagaan yang sama membenarkan keizinan kepada lina joy untuk murtad wujud = kekal = masih di amalkan hingga kini.
Dalang utama pihak yang membela Lina Joy adalah wakil Bar Council yang beragama Islam (Malik Imtiyaz Sarwar) telah mengambil partisan stand untuk memberi hujah yang menyokong tindakan Lina Joy tanpa mendapat restu dari Bar Council member.
Malik sendiri berpendirian agar seorang Muslim dibenarkan untuk menukar agama mereka kepada apa jua pilihan mereka… <-- Sebut betul2, siapa dia neh? Ya orang islam. 

Jadi di manakah watak ambiga ini timbul kawan2? Mana? Di manakah posisi ambiga sewaktu kes lina joy ini dibicarakan dalam mahkamah? Apakah kesimpulan yang boleh dibuat? 
1. lina joy dah murtad selama 8 tahun bermula dari tahun 1990 lagi. Kes dia jadi kecoh bila dia berkahwin dengan orang kristian dan mahu mendaftarkan perkahwinan nya di mahkamah tetapi ditolak kerana dia dipercayai orang islam dan berkahwin dengan orang india maka  sepatutnya pendaftaran perkahwinan dia haruslah sebagaimana orang2 islam yang lain iaitu melalui jabatan agama islam dan bukan nya JPN.
2. Tetapi lina joy tak boleh berbuat demikian sebab dia dah keluar dari islam. Dia kahwin cara kristian.  Namun dia berhasil tukar nama dalam ic. Walaupun tak berjaya tukar status agama. Dia kemudian menggunakan khidmat peguam bagi membantu dia murtad.
3. kes ini dibicarakan di mahkamah persekutuan kerana dibenarkan oleh hakim. Siapa kah hakim pada ketika itu? Takmo amek tahu kah? Ketua Hakim Tun Fairiz, Dato’ Alauddin, & Dato’ Richard = dua hakim islam + 1 hakim bukan islam. 
4. Hakim membenarkan kes dibicarakan di mahkamah persekutuan kerana ianya diperuntukan oleh perlembagaa. Sekali lagi kita nampak kepincangan perlembagaan tidak membela akidah penganut islam.
5. Peguam yang paling lantang bersuara dalam kes membela lina joy juga seorang muslim. Dia memperkatakan perkara yang memang termaktub dalam perlembagaan. Sekali lagi kelemahan perlembagaan didedahkan.
6. Jadi dalam kes lina joy siapakah yang patut dipersalahkan? AMBIGA? Betul ke AMBIGA? 
Kesimpulan nya bagi aku dalam kes lina joy,  ibu bapa dia lah yang patut dipersalahkan secara total kerana gagal mendidik anak. Akidah kena pupuk. Macam pokok. Kena siram selalu. Kena bagi baja. Baru dia subur. Kena fahamkan anak2 apa itu islam. Kalau2 kecenderungan anak2 dah lain, kena cari langkah2 pencegahan. Bila keluarga gagal, maka disinilah peranan masyarakat. 
Tapi masalahnya masyarakat pun tiada tempat mengadu. Kita nampak orang murtad tapi apa yang kita boleh buat? Bukan ada talian sms 1murtad. Yang mana kita boleh call dan adu kepada mereka yang berkaitan. Supaya mereka tahan lina joy dan betulkan balik akidah asal dia. Kita takde semua tue. Jadi masyarakat pun tak boleh mainkan peranan mereka disebabkan tiada sokongan kerajaan. 
Dan kerajaan pula mengambil sikap sambil lewa. Satu kes ialah satu kes sehingga ianya diperbesarkan dan menjaja nama baik kerajaan maka ia baru menjadi satu masalah yang patut di atasi. Begitulah sikap kerajaan dulu dan sekarang.
Kes lina joy melukakan ahti penganut islam dan bukan islam. Umat islam terluka kerana perlembagaan kita seolah2 tiada langkah2 pencegahan terhadap gejala murtad yang dilihat semakin berleluasa. Manakala bukan islam kecewa kerana apa yang diperuntukkan oleh perlembagaan tidak dapat di amalkan sepenuhnya oleh mereka. Hak mereka ada, tetapi mereka rasa di aniaya. Jika hak itu tiada,  mungkin mereka akan sedia faham. Tetapi bila hak itu ada, dan mereka meminta hak mereka dilaksanakan tetapi tidak dijalankan maka disinilah wujud perbalahan antara orang islam dan bukan islam. 
akidah umat sendiri bermasalah, blame orang bukan islam.
sendiri tak solat, blame bukan islam.
Sendiri malas, blame bukan islam.
sendiri miskin, blame bukan islam.
sendiri kerja dengan bos cina, blame bukan islam.
sendiri salah pilih kawan dengan org bkn islam yg racist, blame orang bukan islam.
sendiri tak faham perlembagaan, blame bukan islam.
sendiri tak faham islam, blame bukan islam.
sendiri beli kat kedai cina, blame bukan islam.
sendiri pakai product jenama dan berlagak, blame bukan islam
sendiri minum arak + hisap dadah pun nak blame bukan islam?
sendiri gila judi pun blame bukan islam? 
sendiri makan rasuah pun blame bukan islam?
sendiri tak reti baca Alfatihah? Pun nak blame bukan islam?
sendiri kena belit dengan ular or masuk neraka pun nak blame orang bukan islam?

Ko ingat orang bukan islam boleh tahan ke dengan semua2 perkara di atas? Bila kerajaan kita tak peka bab2 akidah, ianya bukan kesalahan orang bukan islam. Bukan dorang yang cop sijil halal pada lesen judi disko dan segala bagai. So fikirlah. Belajar2lah cermin kelemahan akidah masing2. Dok pongpangpongpang pasal ambiga last2 peguam muslim rupanya yang bela lina joy.. perghhh malu.. hampehhh mana nak letak muka aku sebagai orang islam neh.. mana? Heh. Sekian.


Nota : kita berkerjasama dengan NGOs bersih hanya berkisarkan kepada tuntutan bersih, selain dari itu kita tidak sehaluan dalam mana2 kes murtad. 
Ameno : cari plastik hitam

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...