Sabtu, 5 Mac 2011

Tutorial : Nak ringankan blog / cepatkan loading blog

Daftar churp-churp dan dapatkan peluang menarik!

Korang perasan tak aku dah tukar template belog sebanyak 2 kali dalam seminggu dua neh? Aku tukar ada sebab. Meh lhar aku citer kat korang kenapa aku tukar walaupun aku tahu tak semua orang berminat nak tahu kenapa. Anggaplah kita sedang berborak-borak untuk merapatkan perhubungan online kita.

Citernya macam neh. Aku sebenarnya suka template belog yang plain sebab aku nak memudahkan diri aku baca apa yang aku dah tulis. Aku tak boleh terima template belog yang berwarna gelap. Aku pernah buat dulu. Aku fikir dulu aku suka template belog yang berwarna gelap. Sebab apa ble aku pergi belog yang menggunakan template belog seperti itu aku rasa "ehh lawa lah belog dia" dan aku tertarik. Aku memang tertarik pada blog yang menggunakan warna-warna gelap seperti coklat dan hitam. So ble aku memikirkan konsep template aku akan cari warna-warna macam neh. Aku pun download lah template warna hitam ble mula-mula berblog. Tetapi rupanya apa yang aku suka tengok pada belog orang lain tidak pula aku suka tengok pada belog aku sendiri. Enh macam mana tue? Entah. Aku rasa berserabut nak mampos. Nampak sangat aku ikut-ikutan. Itu belum lagi macam-macam widget yang aku letak. Almaklumlah baru belajar berblog masa tue [konon dah expert lhar sekarang]. Last-last aku pening.

So aku tukarlah template lain. Aku cari macam-macam template then aku terai download. Ada template yang aku minat tetapi masa loading pula lambat nak mampos. Sampailah aku jumpa template biru + putih yang aku pakai sebelum neh. Lama gak aku guna template tue. Ada kot 3 bulan. Ade ke? Entah pepandailah korang calculate ada ke takde. Then ble aku tengok member belog aku milo suam tukar template baru aku pun mula lah menyemak nak tukar gak. Nampak sangat gak aku ikut-ikutan tapi aku peduli apa. Aku suka template milo suam simple dan tak menyerabutkan otak aku. 

Cari-cari punya cari aku jumpa lah template neh. Template yang aku guna sekarang neh. So aku pun terai lah template neh kat belog sample aku dulu. Saja nak test kelajuan loading. Ceh. Lambat nak mampos. Geram aku. Disebabkan ia lambat lah aku tukar template yang aku dah pakai 5,6 hari lepas. Template tue pun lemau gak. Lambat gak loading. Nak-nak aku guna broadband. Lagi lah sengsara nak tunggu. Memang template tue lebih tersusun daripada template neh. Lebih-lebih lagi ruangan komen template tue yang kemas. 

Tapi macam aku kata disebabkan warna template itu tidak kena dengan selera mata aku. Aku tukar balik. Aku pakai gak template neh. Template neh lagi lambat loading dari template tue. So aku kena cari solution untuk overcome benda neh.

Entah apa yang aku taip kat google, belek punya belek dari satu belog ke satu belog akhirnya aku dah dapat jawapan untuk cepatkan loading page kat belog aku. Tapi ada satu masalah ble aku tak dapat cari balik belog tersebut. Aku pergi clean kan seme maklumat google aku pagi tadi sebab lambat response dan hang. Asalnya aku nak re-install chrome kat laptop aku tapi tetiba aku rasa bek aku clear kan cache, history ke apa-apa dalam chrome aku. Sudahnya seme maklumat hilanglah. Aku terai search balik tetapi tak jumpa. Sebab aku pun lupa keyword apa yang aku taip sampai aku terjumpa info menarik neh.

Aku rasa korang mesti dah tahu yang ;

1. kurangkan widget yang tak perlu

2. pilih template yang ringan

antara tips yang popular pernah korang baca ble mencari info mengenai neh. So sekarang aku takmo kasi benda alah kat atas neh. Benda alah kat atas neh terkandung hampir ke semua belog yang aku masuk dan ia tak menyelesaikan masalah orang macam aku. Kalau ko dah ada template yang ko suka takan ko kena tukar template len pula? Dah tue kalau widget ko memang kurang [sebenarnya cakap pasal aku], ko nak kurangkan apa lagi plak? Sebenarnya aku bercadang nak tambah 2,3 widget lagi lah ada.

So bagi korang yang ada masalah cam aku elok korang copy code kat bawah neh ;

<script type="text/javascript" src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.4/jquery.min.js">
<script type='text/javascript' src='https://sites.google.com/site/jquery01/jquery.lazyload.mini.js?ver=1.5.0'></script>
<script type="text/javascript">
jQuery(document).ready(function($){
if (navigator.platform == "iPad") return;
jQuery("img").lazyload({
effect:"fadeIn",
placeholder: "http://3.bp.blogspot.com/_LZtXSNcp76A/THkEtEOZfrI/AAAAAAAABRo/IARVMD_8TwA/s1600/grey.gif"
});
});</script>
Pergi dashboard - design - add new gadget - add html - copy paste code di atas - klik save - done. 

Aku cakap terus terang aku taktahu macam mana nak baca code kat atas tue. Tapi apa yang aku tahu selepas aku paste kan code tersebut dalam belog aku, memang ada perubahan. Belog aku memang cepat loading terutamanya bahagian body. Dan ia berbaloi untuk aku sebab itulah bahagian yang aku paling pentingkan. Aku taktahu samada benda neh sesuai untuk wordpress atau tidak. Aku tak test kat belog wordpress aku sebab wordpress aku memang cepat load.

Aku nak kreditkan benda alah neh pada satu belog kaler pink. Belog tue aku taktahu apa nama dia tapi template dia menarik dan tak banyak widget. Tak silap aku lhar belog tue ada kreditkan kat nescafe ke kopi ke sapa ke.. pasal benda neh. So kepada mereka yang menyumbangkan perkara neh aku ucapkan timer kasih lah dan maafkanlah aku sebab aku tak letak link belog ko dalam neh. Aku dah terhilangkan maklumat pasal ko dan jangan kecik ahti key.

Ameno : Neh tutorial ke?

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...